Jemput follow instagram saya qweenellaa (sapa tak follow saya mogok *nada ugut)
Happy reading! Komen banyak-banyak tau, bagi meriah sikit.
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
WAJAH Melissa yang pucat dipandang dengan perasaan yang berbelah bahagi. Terketar-ketar tangan Qayyim ingin menggapai tangan halus tak bergerak milik isterinya.
“Mel...”
Tubuh kaku Melissa dihampiri. “Mel... Abang minta maaf,” bisik Qayyim lemah. Air mata jatuh bercucuran.
“Abang minta maaf.” Ulangnya sekali lagi.
“Abang minta maaf sebab tak dapat selamatkan anak kita. Abang minta maaf.” Tangan Melissa diangkat dikucup tangan itu lama. Rasa bersalah terhadap isterinya kian menebal.
Anak mereka yang sepatutnya selamat dilahirkan tidak berjaya diselamatkan.
Anak kembar mereka... Dan hanya seorang yang berjaya diselamatkan.
“Tak sangka anak kita kembar, Mel. Dari awal kita tak nampak dia. Doktor pun tak perasan yang dia ada dengan kita selamani. Mungkin sebab itu dia pergi awal sangat. Sampai muka kita pun dia tak sempat tengok.”
Qayyim mengusap pula wajah isterinya. Walaupun wajah itu pucat, kecantikan Melissa sedikit pun tidak terjejas. “Terima kasih, sayang. Terima kasih...”
Lantas, Qayyim bangun dari kerusi dan dahi, pipi dan bibir Melissa dikucup. Air mata yang tumpah, disapu.
Entah apa yang dia rasakan ketika ini, dia tidak mengerti. Dia sedih kerana anak yang dia tidak sempat lihat membesar di depan matanya telah pergi tetapi dia juga gembira kerana isteri dan anaknya selamat.
Otaknya juga bagaikan gagal berfungsi. Dia tida tahu apa yang perlu dibuat. Dia tahu, dua sepatutnya pergi melihat anaknya buat kali terakhir dan mempercepatkan urusan pengebumian namun bagaimana pula dengan Melissa?
Bagaimana dengan perasaan isterinya nanti? Dia tidak mampu melukai hati isterinya itu. Melissa bertarung nyawa untuk melahirkan anak-anak mereka, mana mungkin dia ingin membiarkan isterinya diserang rasa sedih sebegitu.
Lama Qayyim termenung di atas kerusi bersebelahan dengan katil Melissa. Genggaman pada jemari isterinya pula langsung tidak dilepaskan.
Dia hanya termenung dan memikirkan apa yang perlu dia lakukan selepas ini. Bagaimana dia harus memberitahu isterinya tentang anak-anak mereka dan... Bagaimana dia ingin menghadapi hari-hari yang mendatang dengan baik bersama keluarga kecilnya.
“Abang...” Lamunan Qayyim terhenti apabila suara serak milik Melissa menjengah. Laju sahaja dia mendapatkan isterinya yang masih lemah ketika itu.
“Sayang... Mel okey ke?” Wajah Melissa diusap lembut. Senyuman dia hadiahkan untuk isterinya. Melissa yang ingin bangun dari terus berbaring, diangkat dan dia sandarkan isterinya itu pada kepala katil.
“Mel okey. Kembar kita?” Suara Qayyim bagaikan tersekat di kerongkong apabila Melissa menyebut kembar mereka. Bagaimana dia harus memberitahu isterinya tentang anak mereka? Anak lelaki kedua mereka yang telah pergi walhal belum sempat mereka bertemu empat mata.
“Gegirl kita okey. Sihat, Alhamdulillah. Muka dia cantik, macam Mel.” Melissa tersenyum saat mendengar keadaan anak perempuan pertama mereka.
“Lagi sorang? Boy kan?” Soalan Melissa, Qayyim biarkan tidak berjawab. Lama Qayyim mendiamkan diri menyebabkan Melissa mula rasa tidak sedap hati.
“Abang? Anak kita? Macam mana?” Sekali lagi Melissa menyoal. Suaranya juga sedikit meninggi. Kenapa Qayyim senyap sahaja? Kenapa dengan anak mereka? Sakit ke? Kena kuning ke? Berat tak cukup ke?
“Abang... Jangan senyap macam ni. Anak kita tak okey ke? Dia sakit ke?” Bertalu-talu soalan ditanya olej Melissa namun yang dijawab hanyalah gelengan daripada suaminya. Melissa merenung wajah suaminya yang sugul dan mata yang memerah itu.
“Abang... Anak kita...” Melissa dapat dengar esakan milik Qayyim walaupun sedaya upaya lelaki itu tahan. Kini, matanya juga sudah mula bergenang. Gelengan itu susah menjawab segala persoalan dia.
Anak dia...
Tidak, anak mereka.
Anak mereka sudah tiada...
“Abang minta maaf, Mel. Abang minta maaf.” Lantas, badan kecil isterinya dibawa ke dalam pelukan. Badan Melissa yang terhinjut kerana menangis diusap tanpa henti.
“Anak kita, abang... Anak kita...” Berkali-kali Melissa mengulang ayat yang sama. Tiada kata yang mampu gambarkan perasaan dia ketika ini. Sedih yang tidak mampu dia ungkapkan.
Anak yang tidak pernah dia sedar akan kewujudannya itu telah pergi. Telah pergi tanpa sempat dia lihat wajah comel itu.
Anak mereka.
“Iya, Mel... Anak kita...”
Di dalam wad yang sunyi itu, hanya suara tangisan mereka berdua sahaja yang memenuhi ruangan itu. Langit di luar juga mendung, seperti memahami perasaan mereka yang sudah pun dihujani dengan perasaan sedih.
WAJAH pucat dan badan kecil yang sudah tidak bernyawa lagi mereka dekati. Setiap langkah yang mendekatkan mereka pada jasad anak mereka itu terasa sangat berat.
“Adik...” Melissa menyeru lembut anaknya. Anak dia sangat comel. Muka yang sangat iras dengan kembarnya. Tangan yang menggeletar, menyentuh kulit wajah anaknya yang sudah pun dingin.
“Adik, mommy ni.” Qayyim yang berdiri dibelakang Melissa hanya mampu melihat. Dia tidak kuat untuk menjadi seperti Melissa. Hati dia rapuh, tidak seperti isterinya yang kuat semangat.
“Adik, ni pula daddy. Maafkan mommy dengan daddy ya sebab tak dapat jumpa dengan adik. Terima kasih, adik sebab sudi hadir dalam hidup kami walaupun sekejap.” Lemah sahaja pertuturan Melissa. Air mata ditahan sehabis mampu. Dia perlu redha. Dia perlu merelakan pemergian anaknya.
“Terima kasih, adik. Mommy dengan daddy sayang adik sangat-sangat. Anak kesayangan mommy dengan daddy, Tengku Qalish Al-Mateen.”
Air mata Qayyim jatuh. Tangan naik menutup matanya yang sudah basah. Anak mereka betul-betul sudah tiada. Perlahan, kaki mendekati Melissa yang hanya kaku berdiri di sebelah katil bayi anak mereka.
Bahu isterinya dipeluk sekejap dan sisi kepala isterinya dikucup. Lalu, dia mengambil jasad anak mereka. Dikucup penuh sayang jasad itu sebelum dia mengazankan anaknya untuk kali terakhir.
“Terima kasih, Qalish. Kita jumpa lagi disana.” Tiada lagi air mata, yang tinggal hanyalah senyuman. Walaupun pahit, dia perlu terima. Ini takdir yang telah tertulis. Suratan takdir yang mereka semua tidak mampu ubah.
Selesai Qayyim azan, Melissa turut menghadiahkan kucupan pada dahi, pipi dan hidung Qalish.
“Pergilah, sayang. Terima kasih kerana sanggup dilahirkan oleh mommy.”
—TBC—
Thanks for reading!! Jangan lupa vote dan komen. Komen banyak sikit, saya suka baca komen awak semua.
Tak kisahlah dah berapa lama komen tu, saya ingat tau!
Also satu soalan :
ebook ke wattpad? pilih tau!!
ke nak dua-dua je?
Jangan lupa, follow instagram saya @\qweenellaa sekali :3
ANDA SEDANG MEMBACA
Qayyim's Remorse [C]
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 || 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Terjerat dalam perkahwinan yang tidak pernah diingini dan dirancang, lebih-lebih lagi...
![Qayyim's Remorse [C]](https://img.wattpad.com/cover/344421668-64-k610727.jpg)