RAMBUT lebat milik anak lelakinya diusap penuh kasih. Mata tidak lari dari memandang wajah polos itu yang sudah terlena.
Comelnya anak dia ini, lagi-lagi masa tidur sebab senyap, tenang sahaja tapi bila sedar, pernah dia terdetik betul ke Qasyaf ni anak dia dengan Melissa sebab dia tak sebuas ini masa kecil dulu. Mungkin ikut perangai Melissa.
Qayyim ketawa perlahan. Anak dia memang hyperactive tapi dengan dia sahaja. Dengan Melissa boleh pula dengar kata tapi bila dengan dia, sepatah pun tak dilayan. Tapi tidak bermaksud Qasyaf seorang yang tidak dengar kata, tidak cuma dia nakal. Namun nakal dengan daddy dia sahaja.
“Terima kasih sudi jadi anak daddy, sayang.” Satu ciuman dia labuhkan pada dahi licin milik anak lelakinya. Dia masih ingat lagi wajah Qasyaf yang masih merah dan tangisan pertama anak dia. Walaupun bukan dia yang sambut, namun dia dibenarkan untuk masuk ke labour room bersama dengan Melissa. Bukan sebagai doktor namun sebagai suami untuk isterinya.
Melissa dimasukkan ke hospital swasta dan juga tempat dia bekerja, jadi mengikut polisi hospital dia bekerja, suami dibenarkan masuk untuk memberi sokongan moral kepada isteri.
Dia lihat dengan mata sendiri bagaimana isterinya bertarung nyawa untuk melahirkan permata mereka dan bagaimana isterinya bertahan selama sembilan bulan mengandung tanpa keluhan.
Sebab itulah dia selalu pesan kepada anaknya supaya jangan pernah buat mommy dia sedih. Kalau ada tidak puas hati atau sedih, datang sahaja kepada dia. Jangan pernah susahkan hati mommy dia.
Pun begitu, tidak bermaksud Qasyaf mengetepikan mommy dia. Anak dia seorang yang pintar. Sentiasa mencari mommynya kalau berlaku apa-apa yang tidak meggusarkan hati, tidak membiarkan Melissa terasa dipinggirkan.
“Abang?” Laju Qayyim berpaling kearah isterinya yang sedang berdiri di depan pintu bilik anak mereka. "Kenapa, Mel?"
Melissa tarik senyum tipis. Tangan didepakan, meminta suaminya untuk datang dan tanpa dipinta, badan halus Melissa terus dimasukkan kedalam pelukan.
“Kenapa ni, sayang? Lapar ke?” soal Qayyim sambil mengusap lembut rambut lebat milik isterinya. Sesekali, haruman wangi itu dihidu dan dikucup.
“Mel mengantuk. Jom, tidur...”
“Okey, jom.” Tadi dia dah teman Melissa ke bilik tidur sebelum dia tidurkan Qasyaf dibiliknya anaknya sendiri. Mereka berdua ambil keputusan untuk asingkan bilik tidur Qasyaf memandangkan mereka bakal menimang cahaya mata yang baru.
Nasib baik anaknya itu tidak berkata apa-apa. Makin teruja adalah.
“Abang...” Melissa memanggil lembut suaminya yang baru sahaja merebahkan badan di sebelahnya. Laju Qayyim memusingkan badan menghadap isterinya itu.
“Iya, sayang? Kenapa ni?” Wajah gusar Melissa yang tampak gusar direnung lembut.Pipi isterinya yang sedikit tembam kerana mengandung diusap lembut. Melissa membalas pandangan itu sebelum air mata mengalir lesu.
“Eh, Mel. Kenapa ni sayang?” Qayyim bangkit semula dari baringan sebelum tubuh kecil itu dibawa kedalam pelukan. Telapak tangan mengusap lembut belakang badan Melissa yang masih lagi menangis. Dia tidak menyoal mahupun mengeluarkan sepatah pun perkataan sehinggalah isterinya itu habis menangis.
“Sayang... Kenapa ni? Apa yang buat hati Mel tak tenang ni?” Tenang sahaja nada Qayyim menyoal isterinya. Selalunya Melissa akan menangis tanpa sebab kerana ada benda yang dibimbangkan oleh wanita itu. Biasalah, ibu mengandung. Emosi mereka tidak seperti biasa. Ada kalanya panas, ada kalanya sejuk.
Jadi, dia sebagai suami hanya mampu memujuk dan menenangkan seperti biasa dan bukankah lumrah wanita yang seringkali overthinking untuk semua perkara?
“Entahlah abang, Mel rasa tak sedap hati...” ujar Melissa lalu menyentuh perutnya.
“Mel takut...” Tangan yang mula menggeletar itu laju sahaja digenggam kemas oleh Qayyim. Wajah isterinya yang lencun dengan air mata dilap lembut dengan ibu jari.
“InShaa Allah, tak ada apa-apa sayang. Doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan urusan kita. Dah, jangan fikir yang bukan-bukan lagi. Tak ada apa-apa pun yang akan jadi.” Sekali lagi isterinya itu dipeluk kemas. Dahi Melissa dikucup lama.
Usah dikatakan Melissa, dia juga turut takut. Perasaan yang tak akan pernah hilang dari dulu sehingga sekarang. Dia takut jika Allah mengambil semula kebahagiaan yang telah mereka berjaya gapai ini.
TBC
Thanks for reading! Jangan lupa vote dan komen tau!!!
Pendek je bab kalini. Selalunya 1k+ words tapi kalini 600 lebih je. Takut kalau panjang-panjang jadi benda lain pula.
Boleh ke nak minta 10 comments and 30 votes untuk bab seterusnya? Yes or Yes?
ANDA SEDANG MEMBACA
Qayyim's Remorse [C]
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 || 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Terjerat dalam perkahwinan yang tidak pernah diingini dan dirancang, lebih-lebih lagi...
![Qayyim's Remorse [C]](https://img.wattpad.com/cover/344421668-64-k610727.jpg)