TANAH kubur yang masih merah, disentuh untuk kali terakhir. Senyuman yang mampu diukirkan juga terasa pahit.
Dia baru sahaja selesai mengebumikan anak mereka. Tidak pernah terjangka bahawa dia yang akan mengebumikan anak dia seperti ini.
"Terima kasih, adik kerana sudi hadir dalam hidup daddy dengan mommy. Walaupun daddy tak sempat pun untuk dengar suara dan tengok mata cantik adik, daddy tetap sayang adik. Terima kasih, sayang."
Qayyim dapat rasa bahunya ditepuk lembut oleh bapa mertuanya. Mungkin ayah cuba menyalurkan sedikit kekuatan untuk dia. Dia redha. Dia redha dengan semua perkara yang telah berlaku.
Qada' dan qadar Allah, tiada siapa yang mampu halang. Qayyim bangkit dari berlutut di sebelah kubur itu.
Beberapa orang masjid yang turut datang untuk pengebumian itu dia hampiri dan ucapan terima kasih tidak berhenti keluar dari mulutnya.
Tidak ramai yang datang, hanya tiga orang ahli masjid, dia dan ayah serta papanya sahaja yang datang. Papanya pula ada kerja di luar negeri, terpaksa pulang awal.
"Jom, Yim. Balik." Encik Uzair mengajak Qayyim untuk pulang. Bahu menantu tunggalnya dipeluk dan diusap. Rasa sedih kehilangan cucu yang tidak sempat dia lihat, sungguh menyedihkan tapi dia sedar, Melissa dan Qayyim yang hadapi semua ini lagi sedih.
Jadi, dia sebagai orang tua hanya mampu memberikan kata semangat dan ajar apa yang patut. Anak menantu dia masih muda, panjang lagi kisah hidup mereka dan banyak lagi cabaran keluarga kecil itu perlu hadapi.
Sampai di rumah mertuanya, Qayyim masuk ke dalam bilik Melissa. Disitu, dia menangis semahu-mahunya. Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan selemah ini. Sakit sebuah kehilangan ini tiada ubat. Dia hanya mampu mengenang wajah yang tidak sempat membesar itu.
Lama dia termenung, meratapi nasib sendiri tetapi siapa dia untuk menafikan takdir Allah. Mata melirik ke arah jam dinding di bilik. Sudah masuk pukul dua petang. Sebentar lagi dia perlu pergi ke hospital pula.
Melissa masih tidak dibenarkan untuk pulang memandangkan isterinya itu beranak dengan cara c-section. Paling cepat pun mungkin dalam masa lima hari baru dapat pulang kalau tiada apa-apa yang berlaku.
Badan dibawa ke tandas, ingin membersihkan diri dari tanah yang tercalit sedikit pada pakaian yang dipakainya itu.
Sebelum pergi ke hospital, dia perlu jemput Qasyaf di rumah Uwais terlebih dahulu. Rindu mommy katanya. Daddy dia ini tak pula dia rindu. Tak semena, Qayyim tersenyum sendiri, mengingatkan anak lelakinya itu. Ada-ada sahaja celoteh Qasyaf.
"MOMMY!"
Nyaring suara Qasyaf memanggil mommynya yang sedang menyusukan adik dia. Senyuman langsung tidak memudar dari wajah comel Qasyaf. Melissa hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepala dengan perangai anak sulungnya itu.
"Qasy, adik nak tidur tu. Jangan jerit macamtu," tegur Qayyim yang turut berjalan mendekati katil Melissa.
Lantas, kepala yang tertutup dengan tudung sarung itu dikucup sekilas. "Abang dah selesai ke urusan kebumi?" soal Melissa. Senyuman yang terasa susah untuk ditarik, dia paksa juga.
Qayyim mengangguk sekilas. "Alhamdulillah, semua dah. Maaf sebab Mel tak dapat tengok." Seraya itu, Qasyaf yang terkial-kial ingin duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil yang menempatkan Melissa, Qayyim angkat dan membiarkan anak lelakinya itu duduk diatas riba.
Melissa menggeleng, "Tak apa. Lagipun Mel tak sanggup tengok..."
Qayyim tidak terus membuka mulut. Tangan naik menyentuh kekura tangan isterinya dan kulit lembut itu diusap.
ANDA SEDANG MEMBACA
Qayyim's Remorse [C]
Romantik[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 || 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Terjerat dalam perkahwinan yang tidak pernah diingini dan dirancang, lebih-lebih lagi...
![Qayyim's Remorse [C]](https://img.wattpad.com/cover/344421668-64-k610727.jpg)