TANGAN yang tidak berhenti menggeletar sejak dua jam tadi disulam bersama. Mulut tidak lepas berzikir, meminta semoga segala urusan isterinya dipermudahkan yang sedang berada di dalam labour room ketika tu.
Kali ini dia tidak mampu. Dia tidak mampu menemani isterinya bersalin kerana Melissa terpaksa beranak secara C-section (Caesarean Section). Sepatutnya due Melissa lagi seminggu namun Melissa tiba-tiba Prepartum Hemorrhage (Tumpah darah sebelum bersalin) jadi, mereka terpaksa melakukan pembedahan.
“Yim...” Luthfi yang baru sahaja sampai di kawasan menunggu itu terus mendapatkan sahabatnya yang jelas hampir menangis ketika itu. Bahu sahabatnya ditepuk perlahan.
“Mel macam mana?” soal Luthfi. Apabila Qayyim menelefon dia sebentar tadi, laju dia bergegas ke hospital. Sebelum tiba di hospital, dia meninggalkan Hannah dan anak-anak mereka di rumah Haiyan, adik iparnya. Nasib baiklah lelaki itu ada di rumah. Kalau tak ada, terpaksalah dia angkut semua datang sini.
“Aku tak tahu, Fi. Mel tiba-tiba tumpah darah masa aku keluar pergi barang tadi. Tak boleh nak fikir apa, aku bawa dia terus ke hospital. Qasy pun aku tinggal je dekat rumah tadi, lepastu minta Lekir tolong hantar ke rumah umi dengan ayah.”
Nasib baik kafe Lekir tidak jauh dari rumah mereka. Bolehlah dia meminta tolong lelaki itu tadi. Nasib baik juga otak dia tak berhenti berfungsi tadi.
“Dah, aku yakin Mel okey je tu. Biasalah tu tumpah darah. Walaupun jarang, tapi bukan kes rare untuk ibu mengandung. Kau ni, tenangkan fikiran tu dulu.” Qayyim tidak membalas, sekadar mengagguk lemah sahaja.
Macam mana dia boleh tenangkan fikiran dia bila isteri dia sedang bertarung nyawa di dalam bilik bedah ketika ini?
Semua berlaku dengan begitu cepat sehinggakan dia hampir tidak mampu mencerna satu-satu perkara yang telah berlaku. Papa dengan mama pun dia tak sempat bagitahu tadi. Umi dengan ayah dia minta Lekir sahaja tolong sampaikan.
Mungkin semua ini tidak akan terjadi jika dia lebih peka dengan keadaan Melissa. Kalaulah dia tidak keluar untuk membeli barang dapur tadi, mungkin semua ini tidak akan berlaku.
“Astaghfirullahalazim...” Qayyim lekas beristighfar apabila sedar akan dirinya yang sudahpun mempersoalkan takdir.
Wajah dipalingkan sekali lagi— memandang sahabatnya yang hanya diam menguis-nguis jari sendiri. Mungkin bosan.
“Hannah dengan anak-anak kau macam mana? Hari minggu macam ni rumah kau mana ada pembantu.” Dia baru teringat akan keadaan keluarga Luthfi ketika itu. Hannah tidak boleh ditinggalkan seorang diri di rumah.
“Aku hantar dorang kat rumah adik Hannah. Kau jangan risaulah pasal aku. Kau tu fokuskan diri kau pada Mel dengan anak korang je. Tak perlu fikirkan benda lain, aku ada. Biar aku pula yang tolong kau kali ni,” balas Luthfi sambil menepuk bahu sahabatnya beberapa kali.
Dia faham apa yang dirasai Qayyim ketika ini kerana dia juga pernah lalui situasi seperti ini namun kes mereka agak lain. Saat dia seperti hilang hala tuju, Qayyimlah yang tidak berhenti menghulurkan bantuan dan menolong dia semampu yang lelaki itu boleh.
Tidak lama selepas itu, Tengku Aishah dan Tengku Yusuf turut sampai di hospital tersebut bersama dengan Safiya.
“Fawwaz, macam mana dengan Mel?” laju Tengku Aishah mendapatkan anak sulungnya itu. Anaknya yang tampak lelah itu laju dibawa kedalam pelukan.
“Fawwaz takut, mama...” Lemah suara itu bersuara. Entah kenapa, saat berada di dalam pelukan mamanya, Qayyim berasa seperti anak kecil. Air mata juga laju mengalir. Air mata yang dia tahan dari tadi akhirnya terlepas jua.
Dia takut. Dia takut jika apa yang dia dan Melissa takutkan selama ini benar-benar terjadi.
Dia tidak tahu sama ada dia kuat atau tidak jika semua itu terjadi. Dia tidak yakin dengan diri sendiri.
“Dah, Inshaa Allah Mel okey. Bawa banyak berdoa,” pujuk Tengku Aishah seraya mengusap lembut belakang badan anaknya.
Perasaan gusarnya juga tidak hilang dari tadi namun dengan keadaan anaknya yang begini, dia tidak boleh menunjuk sisinya yang lemah.
“Dah... Jangan nangis.” Sekali lagi Tengku Aishah memujuk. Air mata di wajah anaknya disapu dengan ibu jari.
Saat jari kasarnya menyentuh wajah Qayyim, hatinya terasa hiba. Bilakah kali terakhir dia melihat anak lelakinya ini menangis? Sejak berginjak remaja, Qayyim sudah jarang menunjukkan sifat sebenarnya dan meluahkan perasaan seperti ketika dia kecil dahulu.
Dan selepas berpuluh tahun, dia kembali melihat wajah ini— wajah yang menangis dan sembab dengan air mata kerana isterinya.
Air mata yang jatuh itu menunjukkan betapa cintanya Qayyim kepada Melissa dan dia sebagai orang tua, sangat-sangat bersyukur dengan semua ini.
“Yim, nampak gaya operation dah habis.” Luthfi yang menjadi pemerhati dari tadi menegur apabila skrin yang menunjukkan info semasa tentang pembedahan yang sedang berlangsung ketika itu menunjukkan bahawa pembedahan Melissa telah tamat.
Hampir lima minit mereka menunggu, pakar yang in-charge dengan pembedahan Melissa keluar. Laju sahaja Qayyim mendapatkan kawan sekerjanya itu.
“Man, macam mana isteri aku?”
—TBC—
Thank for reading!
Jangan lupa vote dan komen tau! Komen banyak-banyak sikit hehehe(◍•ᴗ•◍)❤
Cuba pilih nak cerita ni menuju ke arah mana:
1. Sampai Melissa beranak ni je
2. Nak masuk sikit kisah Lekir (sikit jee, dalam 2 bab je kut)
3. Tak nak dah, end je terus
4. No.3
(Kalau takde yang pilih saya buat sampai extra 4 je, pastu tamat)
Dan... jemputlah follow instagram saya qweenellaa.(。・//ε//・。)
ANDA SEDANG MEMBACA
Qayyim's Remorse [C]
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 || 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Terjerat dalam perkahwinan yang tidak pernah diingini dan dirancang, lebih-lebih lagi...
![Qayyim's Remorse [C]](https://img.wattpad.com/cover/344421668-64-k610727.jpg)