BAB 23

2.9K 134 0
                                    

Aku memandang kosong ke arah tanah perkuburan di hadapan . Aku hanya mampu melihat dari jauh memandangkan aku tak boleh masuk . Kubur ibu dan abah yang berada di atas bukit jelas kelihatan dari luar .

" Anis rindu ibu abah . " Kataku perlahan . Badan di sandar pada seat sambil tangan menggengam erat stereng kereta . Mulut terkumat kamit membaca Al-Fatihah dan Ayat Kursi .

" Anis tak tahu berapa lama lagi Anis boleh tahan ibu . Kuat ke Anis nak teruskan hidup ? Sumpah , Anis tak tahu . " Aduku sendirian di dalam kereta . Bergema ayat itu disetiap sudut .

" Setiap hari Anis dapat mimpi tu ibu . Anis takut . Anis tak ada sesiapa nak bersandar . " Airmata aku lap . Dilap dengan kasar sehingga terasa pedih kedua biji mata .

" Wina ? Anis tak boleh kacau dia ibu . Wina dah nak kahwin . Dia tengah sibuk persiapkan majlis dia . "

" Nenek ? Anis tak boleh melawat nenek sebab nurse tak bagi . Nurse cakap nenek demam , jadi dorang perketatkan kawalan orang yang masuk bilik nenek . "

" Akhirnya , Anis ditinggal sendirian ibu . Hiks , macam mana Anis nak kuat ibuu ? Anis perlukan ibu . " Aduku dengan tangis teresak-esak . Airmata yang jatuh tidak aku lap lagi .

Terasa penat , terasa letih . Semuanya terasa saat ini . Tertanya-tanya pada diri , macam ni ke aku akan hidup sampi tua ? Tiada siapa di sisi dan mati sendirian ?

Aku termenung memandang kubur mereka . Airmata dibiar mengering dan mengalir tanpa henti . Mata di pejam seketika cuba menenangkan diri . Aku beristighfar dalam hati cuba menenangkan perasaan yang sedang berkocak .

" Hmmmm . "

Airmata di lap dengan tisu . Handbreak kembali diturunkan . Aku menundur kereta perlahan-lahan sebelum keluar dari parking lot perkuburan itu .

Aku memandu perlahan menuju ke destinasi seterusnya . Memandangkan harini aku cuti tetapi seperti biasa , aku bekerja di taman tema sebagai mascot arnab . Tapi kalini bukan arnab lagi .

Kereta diparking jauh dari semua orang . Bonet belakang aku buka dan keluarkan maskot baharu itu . Kepala maskot aku pandang sebelum tersenyum hambar .

Hampir sebulan aku memakai mascot baru ini . Dan selepas itu , tiada siapa lagi kenal aku . Mahupun Ivy atau Harraz atau kucing dan teddy . Mereka semua sudah tidak kenal aku lagi .

Aku berhenti menjadi mascot arnab dan diganti dengan mascot tupai . Kalau mahu berehat , aku tidak lagi kebelakang bangunan , sebaliknya aku hanya berehat didalam kereta .

Aku berjalan jauh dari mascot-mascot lain kerana tidak mahu terserempak dengan sesiapa yang aku kenal . Kecuali wanita pemberi belon . Itupun dia tak tahu aku asalnya adalah arnab .

Topeng kepala tupai itu aku sarungkan di atas kepala . Nafas ditarik dan dihembus cuba menanangkan hati .

Selesai mengunci kereta , aku terus berjalan menuju ke arah company untuk mengambil belon . Seperti biasa , wanita itu akan menunggu di hadapan pintu company sambil memegang segenggam tali belon .

" Hai tupai . " Sapanya ceria seperti sedia kala . Aku melambai tangan kearahnya dan mengambil alih genggaman belon tersebut .

Selesai menyerahkan belon , dia terus beredar masuk ke dalam company gah tersebut dan aku terus beredar berjalan untuk ke lapangan paling jauh sekali .

Kanak-kanak yang melintasi aku akan diberikan belon satu seorang . Seperti biasa , ada yang minta bergambar dan aku hanya turuti . Walaupun badan bergerak seakan gembira , wajahku keras dibalik topeng .

10minit berjalan , akhirnya aku sampai di pintu belakang taman tema . Di situ memang tiada mascot kerana jauh dari parking dan tidak ramai orang guna pintu itu .

Tetapi tetap jua terasa sesak kerana ramai pelajar melepak dan bermain game bersama-sama . Kadang-kadang mereka tegur , aku hanya melambaikan tangan . Dan kadang-kadang dihiraukan . Itu biasa .

Aku berjalan entah kemana di tengah panas itu . Kaki melangkah merata tempat mencari kanak-kanak untuk diserahkan belon . Hanya ada beberapa biji belon lagi . Dan selepas itu , aku boleh berehat .

" Aww , mummy tak cukup token nak naik ferry wheel . " Keluh si ibu di tepi . Aku menghiraukan sahaja dan terus melangkah .

" But , Ivy nak naik . " Rengek si gadis membuat aku berhenti melangkah . Sebaris nama yang aku kenal .

Aku memusing kepala memandang gerangan yang berdiri di bawah pokok itu . Kak Manis bersama Ivy sedang ralit mengira token di dalam tangan .

" Nahh tak cukup satu . " Keluh Kak Manis memuncung bibir . Mereka berdua duduk di bawah pokok sambil memuncungkan mulut . Aku tersenyum hambar di balik topeng dan melangkah menuju ke arah mereka berdua .

Token terakhir yang berada di dalam poket aku keluarkan . Mungkin perasan akan kehadiran aku , Kak Manis dan Ivy terus berdiri .

Tangan Ivy aku ambil dan diletakkan satu token terakhir itu di atas telapak tangannya . Ivy merenung aku lama sebelum menunduk memandang tangannya .

" Ivy got token mummy ! Yeahhhh ! " Sorak si gadis lalu memeluk erat tubuh Kak Manis .

Aku tersenyum hambar di balik topeng . Tangan digenggam menahan rasa kecewa . Air mata sudah mula laju turun membasahi pipi .

" Thank you squirrel . I love you ! " Ucap Ivy lalu mencium pipi topeng . Aku mengangguk kepala dan terus memusingkan badan untuk beredar .

Tanpa menunggu , aku terus berlari meninggalkan mereka berdua . Bibir di gigit kuat menahan esakkan . Kenapa sesakit ini Ya Allah ??

Berlari dan berlari tanpa memandang ke depan , tiba-tiba sahaja terasa bahu aku dirempuh seseorang . Badan sedikit terhuyung hayang tetapi sempat di imbang badan .

" I'm sorry , are you okay ? " Tangannya cuba memegang aku tetapi sempat aku mengelak . Aku melihat aiskrim yang terjatuh di atas lantai itu . Vanilla strawberry .

" Saya minta maaf . " Kataku sambil menundukkan badan . Poket di dalam maskot aku raba dan terus keluarkan duit not RM 10 .

Duit itu aku serahkan kepada jejaka di hadapan . Dia terpaku seketika di situ . Tanpa menunggu , aku kembali berlari . Kunci kereta aku ambil dan terus di tekan punat unlock .

Pintu kereta aku buka dan terus masuk tanpa menunggu . Topeng kepala aku buka dan dicampak ke seat sebelah . Kepala aku letakkan di atas stereng kereta . Airmata yang tidak berhenti mengalir itu terus membasahi stereng kereta . Mata aku lap kasar menghapus airmata tersebut .

" Anis kena kuat . Seorang Anis Natasya kena kuat ! " Kataku memberi semangat .

Tanpa menunggu , aku menghidupkan kereta dan terus keluar dari parking lot . Dibiarkan sahaja mascot dibadan itu . Tujuan aku hanya satu . Rumah .

MR HARRAZ ARZHELWhere stories live. Discover now