BAB 44

3.2K 137 0
                                    

Dada yang terasa sakit seperti ditindih membuat lena aku terganggu . Sudah beberapa kali aku menepis tetapi tetap jua rasa itu membuat aku sukar untuk bernafas .

Perlahan-lahan mata dicelik untuk melihat . Tangan seseorang yang langsung tidak tertutup itu menbuatkan aku terus bangun dari baringan . Aku memandang gerangan di sebelah yang tidur dengan nyenyak .

Wajah Rose yang tidur sambil menganga mulut itu membuat aku menghembus nafas lega . Lupa semalam aku tidur di rumah umi sebab nak siapkan apa yang patut .

Jam di telefon bimbit yang masih bernyala aku tengok . Lagi 10 minit nak azan subuh . Aku mula bergerak ke arah birai katil besar itu dan turun dengan perlahan-lahan . Figura Rose di belakang yang tidur tak ingat dunia aku pandang .

Patutlah umi bersungguh nak bagi bilik tetamu yang lain kepada aku bila tahu yang aku nak tidur dengan Rose , tetapi aku menolak sebab rasa kurang selesa . Rupanya umi sudah tahu betapa buasnya anak daranya tidur sampai habis kaki tangan naik dekat muka orang . Nak menyesal pun tak ada gunakan ? Menda dah jadi .

Rambut yang panjang paras pinggang itu aku kepit menggunakan pengepit rambut . Aku berdiri menggeliat kecil bagi merenggangkan segala urat yang bersimpul . Berbunyi-bunyi tulang aku .

Samar-samar , kedengaran bunyi masjid berkumandangkan ayat suci Al-Quran dari dalam bilik Rose . Tanpa menunggu lebih lama , aku terus menuju ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk .

15 minit membersihkan diri dan mengambil wuduk , aku mula memakai baju dan telekung untuk solat Subuh . Rose yang masih tidur itu aku pandang . Berfikir antara mahu kejut atau tak .

TUKK TUUKK !

" Adik , bangun solat . " Aku terus memalingkan kepala memandang ke arah pintu bilik . Kedengaran suara garau Harraz di balik pintu bilik itu buatkan aku rasa segan seketika .

" I'll count until 5 . If you don't open the door , i will come in and pull your legs off the bed . "
Aku terus membuntang mata mendengar ayat ugutan Harraz . Aku laju-laju menuju ke arah katil mengejutkan Rose .

" Err Miss Rose bangun subuh . " Kejutku sambil menarik comforter yang meliputi badan itu ke bawah . Namun aku terus kembali menutup badan itu yang terdedah sepenuhnya . Gadis itu hanya mengenakan baju satin nipis yang singkat . Aku yang perempuan tengok pun rasa malu .

" 3 "

" 2 "

Tanpa berfikir lagi , aku terus menuju ke arah pintu bilik dan terus membuka pintu itu sebelum tangan Harraz sempat membukanya . Dia memandang aku lama dengan kening terjungkit .

" I thought you sleep in guest room ? " Soal Harraz dengan wajah pelik . Aku menggaru pipi sambil tersengih .

" Assalamualaikum , Selamat pagi . " Ucap aku memalau soalannya . Harraz sudah bersandar di muka pintu sambil tersenyum .

" Morning my angel . " Balas Harraz sambil mata langsung tak lepas dari merenung aku . Aku menggaru pipi yang tidak gatal kerana malu .

Aku menjeling sekilas wajah Harraz yang kelihatan kacak dengan bersongkok . Kening tebalnya masih kelihatan basah dengan air wuduk . Bibir merah delima itu terhias dengan senyum sungging buatkan aku malu . Bauan dari cologne yang dipakai Harraz semerbak menyebar baunya di keliling aku .

" Subuh-subuh pun nak bergula ke ? " Kami berdua terus memandang ke arah katil dimana Rose sedang duduk di birai katil dengan rambut kusut masai . Aku terus terbuntang mata melihat badannya yang terdedah .

Tanpa menunggu , aku terus berlari anak menuju ke arah penyidai tuala dan mengambil tuala berwarna merah jambu yang ku fikir milik Miss Rose itu . Terus badan yang terdedah itu aku balut dengan tuala tersebut . Miss Rose tersenyum kecil dengan mata yang masih terpejam rapat .

MR HARRAZ ARZHELWhere stories live. Discover now