• PROLOG •

749 30 1
                                    

"KAU sanggup nyawa kau tergadai? Kau sanggup tengok mereka akan kena serang dengan ahli kumpulan lain nanti?"

Lidahnya terasa kelu untuk menjawab pertanyaan berikut. 

"Mereka dah lama mati dalam hidup aku." Tutur kata si gadis jelas dingin.

"Kau buat pilihan yang salah. Kau hancurkan hidup kau."

Dayang menafikan kata-kata yang keluar dari mulut Rizuan.

"Aku takkan buat pilihan yang salah kali ini."

"Macam mana dengan adik kau?" Kening sebelah diangkat.

Jeda.

"Aku.. Aku akan serahkan dia pada musuh dan aku sendiri yang akan pulang pada musuh."

"Kau tak boleh buat macam ni, Dayang."

Keras bicaranya.

Semuanya akan memusnahkan hidup. Pilihan yang pada awalnya si gadis sangka adalah pilihan yang betul tetapi dia percaya suatu saat nanti si gadis akan menderita dengan pilihan sendiri.

"Kau nampak pengorbanan aku nak selamatkan adik dari mereka berdua. Kau tak buta."

Hanya kerana satu malam, dendam mula terbit didalam diri.

DCC

"ADIK, kau dengar cakap aku.. Duduk dengan mereka dulu okay? Nanti aku balik semula dekat kau." Senyuman dihias dibibir sambil tangannya memegang bahu Ervin.

"Kau nak pergi mana, kak? Kau nak tinggal aku ke?"

Seketika Dayang diam.

"Aku akan tinggal kau buat sementara waktu. Jangan buat hal." Mata si adik direnung tajam. Berat hati ingin meninggalkan tetapi dia tidak mahu lelaki ini duduk bersama dengan keluarga.

"Aku sayang kau. Kalau apa-apa jadi dekat aku, hidup macam biasa." Ringkas pesanan itu. Namun, cukup membuatkan jiwa si adik terbunuh.

Pelukan diberi bersama rindu yang akan muncul dihati pada suatu saat nanti.

Dendam Disebalik Cinta [SU]Where stories live. Discover now