Chapter 01

4.5K 146 7
                                    

Darya Adeena berjalan sambil tangan kirinya memegang plastik yang berisikan samyang dan sebotol air coca cola dan tangan kanannya memegang sebatang aiskrim magnum classic.

Dia meneruskan perjalan sehingga sampai ke apartmentnya. Mata melilau melihat kawasan sekeliling. Ramai betul orang..Ni kalau sesat memang tak akan jumpa jalan keluar macam ni..

Semasa dia sedang berada didalam dunianya sendiri sambil melihat sekeliling, tiba tiba seorang lelaki melanggar kuat bahunya sehingga plastik yang dipegangnya jatuh ke tanah. Nasib aiskrim tak jatuh..dah la mahal.

Darya menjeling lelaki itu atas bawah dengan perasaan yang sangat marah. Cari nahas betullah jantan ni..

"Awak ni buta ke apa..tak nampak ke bidadari depan mata awak ni?!"

Jeritnya kearah lelaki berkaca mata hitam itu. Orang awam disitu memandang mereka. Ya..suara Darya sangat kuat. Kegeraman yang ada di dalam dirinya sekarang tidak boleh dikira.

Lelaki itu menoleh bawah kearah Darya lalu membuka cermin mata hitamnya. Mata beku hitam miliknya membuatkan semua orang ketar ketir tetapi bukan Darya. Darya membalas pandangan lelaki itu dengan mata kecilnya tanpa rasa takut atau getir walau sedikit.

"Aku sanggup buta dari tengok bidadari hodoh macam kau"

Darya membulatkan matanya. Lelaki ni memang perangai macam ni ke..panas betullah hati aku. Macam nak tumbuk tumbuk je muka poyo dia tu.

Tanpa dia sedari, lelaki itu sudahpun pergi meninggalkannya sendiri disitu tanpa berkata apa apa. Tiada kata maaf langsung yang keluar dari mulutnya itu kecuali aku sanggup buta dari tengok bidadari hodoh macam kau

Darya membuat keputusan untuk mengejar lelaki itu malahan dia terlepas dari pandangan. Baru beberapa saat dia meninggalkannya disitu. Takkanlah cepat sangat dia hilang. Ke dia boleh menyamar jadi orang lain..

Darya menutup mulutnya apabila sesuatu terlintas dikepalanya. Takut mahu cakap tapi Itu manusia atau...

Darya mengambil plastik yang terjatuh di tanah semasa bahu mereka berlanggar sesama sendiri tadi dan berlari sekuat hatinya dengan menggunakan segala tenaga yang dia ada.

Darya menutup rapat pintu apartmentnya apabila sudah selamat sampai lalu kunci pintu setelah masuk ke dalam. Dia mengambil nafas dalam lalu hembus lega. Alhamdulillah selamat sampai..

"Woi..kau kenapa. Macam nampak hantu je.."

Tegur Layla yang datang dari arah ruang tamu. Dia juga merupakan housemate dan kawan baik kepada Darya. Rezekinya lah dapat housemate kawan baik sendiri. 

Darya tersentak apabila mendengar suaranya lalu memegang dadanya. Nak rehat sekejap pun tak boleh lah..

"Kau ni..terkejut aku!"

Darya memukul bahu Layla dengan kuat menggunakan plastik yang berisikan ramen dan coca cola. 

"Sakit lah...tak de lah kau ni kenapa?...nak kata gile aku rasa kau ni masih waras"

Balas Layla sambil mengeringkan rambutnya dengan menggunakan hair dryer. Malas nak layan perempuan itu..

"Tadi ada orang langgar bahu aku. Tapi dalam beberapa saat dia hilang. Aku rasa tu bukan orang tapi..."

Dalam masa yang sama, pintu diketuk oleh seseorang dari luar. Darya sudah menelan air liurnya dengan kesat.

Tok tok tok...

Darya memandang Layla. Dia memberi isyarat supaya jangan membuka pintu itu. Takut hantu tadi datang untuk membalas dendam

Layla hanya menjeling Darya. Dia berjalan kearah pintu itu lalu membukanya. Darya hanya menutup mata dengan tangannya.

ARZHEL (og)Where stories live. Discover now