Keesokan harinya, harini adalah hari terakhir cuti sebelum Darya kembali ke university seperti biasa. Dan ini adalah hari pertama Layla keluar tengah pagi. Mana agaknya dia pergi..
Puas Darya mencarinya disemua sudut apartment itu malahan tiada hasil. Mesti perempuan tu keluar untuk persiapan tunangnya bulan 5 ini. Bulan 9 pula terus kahwin. Memang tak de masa lah untuk aku.
Tiba tiba Darya terfikir tentang sesuatu. Dia terlupa untuk memikirkan jawapan lamaran Arzhel semalam.
Dia terus mengurut kepala untuk menenangkannya untuk seketika.
Darya mengambil telefon yang berada disebelahnya untuk menelefon ibu dan ayahnya yang kini berada di Selangor. Telefon untuk mengurangkan serabut di kepalanya.
''Assalammualaikum ibu''
''Ha ye Waalaikumussalam..kenapa call pagi pagi macam ni Deena?''
Untuk pengetahuan semua..Parents Darya, makcik,pakcik dan sepupunya semua memanggilnya Deena. So jangan pelik ye.
''Ada orang lamar Deena ibu..''
Faizah membulatkan matanya sejurus Darya berkata kata.
''Hahh?!..siapa tu Deena?''
''Nama dia Arzhel.''
''Siapaa pulak tu ya allah. Kenapa ibu tak pernah tahu ni''
''Memanglah ibu tak pernah tahu sebab Deena baru jumpa dia dua minggu lepas''
Mulalah pertengkaran kecil antara dua beranak ini.
''Kenapalah Deena baru cakap ada orang lamar Deena. Ayah dah fikir dah nak kahwinkan Deena dengan pilihan dia''
Mata Darya terbuka luas
''S-sumpah la ibu..''
''Hm..Ibu pun tak tahulah apa yang ayah fikir. Dia nak Deena kahwin cepat sebab taknak kamu tu bujang lama sangat. Layla pun dah nak tunang kan. Apa salahnya Deena pun ikut sama''
Darya mengeluh
''Bukan apa ibu tapi Deena kan muda lagi. Baru nak masuk 21 tahun. Kalau Deena kahwin nanti dah tak boleh nak keluar rumah bila bila masa yang Deena nak and Deena ada tanggungjawab besar tau. Ibu tak rasa ke terlalu awal..''
''Entah la Deena. Ibu pun tak tahu nak cakap macam mana. Deena sorang je yang boleh pujuk ayah sekarang ni.''
''Hm yelah..lain kali Deena telefon lagi. Bye Assalammualaikum''
''Waalaikumussalam''
Panggilan dimatikan Darya. Dia mengambil nafas dalam dan hembus. Ingatkan telefon boleh kurangkan serabut tapi makin bertambah.
Darya mengambil keputusan untuk mandi dan keluar berjalan sendiri. Nak ajak Arzhel..rasa bersalah..nak ajak Layla dengan Danish. Mereka sedang sibuk membuat persiapan. Berjalan sendiri sahajalah jawapannya Darya.
Dia berdiri mengambil tuala lalu masuk ke tandas untuk membersihkan diri.
Beberapa menit kemudian, dia sudah siap bersiap untuk pergi keluar. Dia bergerak pergi ke rak kasut lalu terus keluar dari apartment selepas siap memakai kasut converse nya.
Tiba tiba di sudut hujung apartmentnya terdapat sebuah note yang ditampal di dinding. Dia membuka lalu baca
Aku tunggu bawah
Tak silap lagi. Ni mesti lelaki tu.
Darya menyusun pergerakan turun ke bawah tanpa membuang masa.
YOU ARE READING
ARZHEL (og)
Romance"Are you insane...tak nampak ke bidadari depan mata awak ni?!" -Darya Adeena "Aku sanggup buta dari tengok bidadari hodoh macam kau" -Arzhel Darren Start:23 Jun 2023 End:-