Waktu balik sudah tiba. Darya mengemas barang barang yang berselerak dimeja dan memasukkan kedalam bagpack nya lalu bangun keluar dari dewan untuk mencari kelibat Layla.
Semasa dia berjalan, Hayden datang kearahnya dengan senyuman manis terukir di wajah. Dia merupakan kawan uni Darya sejak tahun pertama lagi. Tapi tak la terlalu rapat seperti Layla dan Danish.
"Nak balik ke?"
Darya mengerling Hayden yang berdiri disebelahnya dengan tajam. Dia ni buta ke buat buat buta..
"Tak de lah..nak masuk"
Hayden hanya ketawa kecil. Sudah biasa dengan perangai Darya yang selamba itu. Baginya perkara ni dah terbiasa..
"Tunggu siapa?"
"Layla..dia kata dia nak balik sama sama. Bayangnya pun tak nampak dari tadi"
Hayden memandang pelik kearah Darya.
"Aik..dia dah balik dulu lah tadi. Dia kata dia nak singgah kedai chocolate. Nak beli hadiah untuk Danish katanya."
Darya membulatkan matanya. Sumpah perempuan ni mintak penumbuk balik nanti. Sakitnye hati aku..
"Sumpah lah wei..siot lah!"
Darya duduk di atas kerusi yang berdekatan dengannya. Dia sudah cuba call berkali Kali malah tiada hasil. Perempuan itu mesti sedang berseronok memilih hadiah. Memang tidak lah nak bukak phone. Mau disilent phone tu.
Darya meraup wajahnya. Macam mana nak balik ni. Hari dah malam memang tidak lah nak jalan kaki.
Darya mencari kelibat Hayden. Tiba tiba sahaja lelaki tu hilang..nampak sangat tak ikhlas nak tolong hantarnya balik.
Darya mengeluh. Dah la sorang..Hari pun dah gelap..nikmati lah hari indah ini Darya Adeena..
Tiba tiba kereta Porsche hitam berhenti di hadapannya. Darya mengerutkan kening apabila tingkap dibuka. Terus terpapar wajah yang dia kenali.
Arzhel
"Masuk"
Darya berdiri sambil tersenyum. Dia membuka pintu lalu masuk kedalam dengan senyuman yang masih terukir di wajahnya. Ada pun orang yang baik hati..hehe
"Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya. Awak cakap je apa apa yang awak nak..saya bagi"
Arzhel hanya senyap tidak berkata apa apa. Mata masih tumpu kepada pemanduan.
"Macam mana kau boleh sorang sorang kat situ..mana housemate kau?"
Tiba tiba pertanyaan dari Arzhel itu memecahkan suasana sunyi antara mereka. Darya mengeluh lalu menyandarkan badannya ke kerusi.
"Dia tak bagitahu yang dia dah balik dulu. Dia kata dia nak beli hadiah untuk crush dia kut."
Arzhel memandang Darya sekilas lalu ketawa kecil. Dari sudut muka Darya sudah tahu yang perempuan itu sangat pasrah
''its not funny Arzhel..''
Darya menjeling tajam lelaki itu.
Arzhel masih tersenyum. Gembira melihat perempuan kerdil itu sakit hati. Comel je.
Darya hanya senyap. Kang kalau melawan nanti mengadu dekat bapak dia. And aku kena buang uni...tak nak tak nak
Beberapa menit kemudian, Arzhel memberhentikan kereta porsche hitamnya di hadapan sebuah mansion yang sangat sangat besar. Siap ada air pancut lagi di tengah tengah laman itu.
Darya tersadar dari tidurnya lalu melihat sekeliling. Matanya automatik terbuka luas apabila melihat kawasan yang dia tidak pernah tahu ia wujud.
''Kenapa awak bawah saya kat sini?...awak nak kidnapped saya ke?!''
![](https://img.wattpad.com/cover/344870113-288-k126549.jpg)
YOU ARE READING
ARZHEL (og)
Romantizm"Are you insane...tak nampak ke bidadari depan mata awak ni?!" -Darya Adeena "Aku sanggup buta dari tengok bidadari hodoh macam kau" -Arzhel Darren Start:23 Jun 2023 End:-