Chapter 05

994 55 4
                                    

Darya merenung keluar tingkap sejurus Layla keluar untuk bertemu Danish kesayangannya. Dia terus membuka phone untuk melihat jika Arzhel ada mengajaknya keluar tetapi malangnya tidak. Satu perkara sahaja yang dia boleh katakan sekarang. Boring.

Darya mengambil keputusan untuk mengambil angin sendiri. Semantara cuti sem tinggal dua hari. Lebih baik bersoronok sendiri.

Dia mengambil cardigannya yang elok tergantung dibelakang pintu biliknya lalu pakai. Darya terus mengambil sliper crocs berwarna putihnya lalu keluar dari apartment.


Kaki terus bergerak menuju ke starbucks berdekatan dengan apartment mereka. Bukan selalu nak pergi sendiri kan.

Darya membuka pintu masuk starbucks. Tetapi mata terus terfokus kepada perempuan dan lelaki yang sangat dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan Danish dan Layla.

Layla baru perasan akan kehadirannya. Dia terus menoleh kearah Darya dan melambainya untuk pergi kemeja mereka. 

Darya hanya mengeluh. Baru nak me time...redho jelah Darya oi.

Darya berjalan bergerak kemeja Layla dan Danish lalu duduk disebelah Layla. Dia hanya menerima nasibnya dengan hati yang sangat terbuka..

''Apa kau buat dekat sini?...jarang noh kau nak pergi starbucks sendiri. Selalunya kau ajak aku''

Layla berkata. 

Darya mengerlingnya dengan pandangan yang tajam.

''Orang tu kan dah ada pujaan hati..mana nak ingat kita. Sampai lupa solat subuh'' 

Layla membulatkan matanya sejurus Darya berkata. Sumpah malu..dah lah Danish dihadapan mereka sekarang ni.

''E-erm..aa..Danish awak tak nak order apa apa lagi ke?''

Darya tersenyum sinis apabila Layla menukar topik secara tiba tiba. Mesti dia tengah malu gile kan sekarang.

Danish tersenyum kecil apabila melihat muka Layla yang sudah naik merah. Dia menggelengkan kepalanya. 

''ok..''

''Aku nak order jap..''

Darya bangun lalu pergi ke kaunter untuk membuat pesanan.

Layla senyum janggal apabila hanya tinggal mereka berdua sahaja dimeja itu selepas Darya bangun untuk membuat pesanan. Harap harap dia tak ambik serious pasal tu..


Selepas beberapa jam, Danish dan Layla sudah mahu pergi ke tempat seterusnya. Darya mengambil keputusan untuk terus balik ke apartment.

''Nak berkepit berkepit jugak..tapi jangan lupa solat dzuhur!''

Sempat Darya menjerit sebelum mereka bergerak pergi. Layla dan Danish masih boleh mendengarnya walau jarak mereka jauh.

Layla memejamkan matanya lalu senyum kearah Danish

''j-jom pergi..tak payah layan dia''

Danish ketawa kecil lalu mengikuti Layla dari belakang.

Darya meneruskan perjalanannya ke apartment selepas selesai memalukan Layla dihadapan Danish kesayangannya. Rasa bersalah tapi rasa seronok pun ada..

Tiba tiba seseorang datang kearahnya lalu memandang tepat kearahnya. Darya mengerutkan keningnya apabila melihat muka yang dikenalinya. Arzhel

''Seronok malukan kawan sendiri hm?''

Arzhel tersenyum lalu ketawa kecil.

''M-macam mana awak tahu?''

ARZHEL (og)Where stories live. Discover now