Chapter 04

1.8K 99 9
                                    

Keesokan harinya, Darya meneruskan harinya seperti biasa. Dia bangun dari tidurnya dan terus menunaikan solat subuh. Pada pagi yang gelap itu juga, dia teringat akan air yang lelaki itu berinya semalam lalu tersenyum.

Dia terus bangun selepas siap menunaikan solat subuh dan pergi ke peti ais lalu mengambil sekotak air ais lemon tea. Dia membukanya dan minum.

Tiba tiba Layla datang dari biliknya. Dia mendekati Darya lalu merampas minuman yang berada ditangannya itu dan minum tanpa berkata apa apa.

''sedappp''

Darya menjelingnya dan merampas semula airnya yang berada ditangan Layla.

''Kau..Belilah sendiri!''

Layla memandangnya dengan pandangan nakal lalu tersenyum senget. Darya hanya mengerutkan dahinya apabila melihat Layla berkelakuan begitu.

''Kau fikir aku tak tahu siapa bagi ke hm?''

Darya tersentak. Mukanya sudah naik merah apabila Layla berkata. Macam mana perempuan ni tahu..

''b-bisinglah kau ni''

Layla ketawa terbahak bahak apabila melihat muka Darya yang merah bagaikan tomato itu. Dia terus berhenti ketawa apabila mendengar seseorang mengetuk pintu apartment mereka. Siapa pulak yang datang tengah tengah subuh macam ni. Takkan lah Danish.

Darya memandang Layla dengan pandangan terkejut. Kalau sampai perempuan ni, bukan setakat hantu..semut pun dia takut.

Layla cuba untuk menenangkan dirinya. Kalau dia tak tenang, silap silap Darya menangis tak tentu pasal.

Layla mendekati pintu itu lalu membukanya perlahan untuk melihat siapa yang berada diluar. Apabila dia buka, tiada siapa. Dia menoleh kearah Darya dengan pandangan yang pelik.

Darya menelan air liurnya

Darya dan Layla membulatkan mata mereka terkejut apabila melihat seseorang yang bermuka hijau berdiri dihadapan pintu.

''AAAA!''

Layla menjerit manakala Darya mengerutkan keningnya pelik apabila melihat sosok tubuh yang dia kenali berdiri dihadapan pintu itu.

''Ni aku le..Arzhel''

Layla berhenti menjerit. Dia terus menghembus nafas lega. Ingat ada toyol.

''Kenapa muka kau hijau?''

Darya jalan mendekati mereka

''Kenapa awak datang sini?''

Arzhel mengeluh. Bertubi tubi soalan datang kepadanya serentak. Arzhel masuk kedalam tanpa dijemput lalu duduk di sofa. Layla menutup pintu sebaik sahaja Arzhel masuk kedalam.

''aku tak boleh tidur..sebab tu aku datang sini''

Darya memandangnya pelik. Dia ingat ni hotel ke nak keluar masuk macam tu je..

Arzhel memandang sekeliling. Mata terus terpandang air ice lemon tea yang dikenalinya diatas meja dihadapannya. Nampaknya dia memang hargai..

Darya mengerutkan dahinya apabila melihat Arzhel senyum sinis sambil melihat air yang berada diatas meja itu. Dia pantas mengambil air tersebut nak menyorokkannya dibelakang badan.

Arzhel hanya ketawa kecil melihat tingkah laku Darya.

Tiba tiba seseorang membuka pintu apartment mereka. Dari belakang sudah tahu siapa gerangannya. Danish.

Danish mengerutkan dahinya apabila melihat Arzhel duduk di sofa ruang tamu tersebut. Sama juga seperti Arzhel. Dia memandangnya pelik apabila Danish masuk ke apartment mereka.

ARZHEL (og)Where stories live. Discover now