Keesokan harinya, Darya masih lena di katilnya tanpa dia sedari jam sudah menunjukkan pukul 7:00 pagi. Ya...dia terlepas solat subuh.
''Darya Adeena!..perempuan ni lah kan''
Layla datang dekat kearah Darya yang masih lena lalu memukul badannya menggunakan bantal dengan kuat
''Kau tahu tak kau terlepas solat subuh!''
Darya yang sedang nyenyak itu terus terbangun apabila mendengar Layla berkata yang dia sudah terlepas solat subuh.
Dia memandang kearah Layla
''s-sumpah la...''
Layla mengeluh. Penat nak layan perangai budak ni sorang ni...
''YA!''
Darya bangun dari katil dengan pantas dan terus masuk ke tandas untuk mengambil air sembahyang
''kenapa kau tak kejut aku!''
Darya terus memakai telekungnya yang berwarna putih lalu membentang sejadah.
''Aku dah kejut kau banyak kali dah''
Darya mengabaikan Layla. Dia terus membaca niat solat subuh seperti biasa.
Selepas beberapa menit, dia selesai menunaikan solat subuh. Darya bangun melipat sejadah lalu membuka telekungnya.
Dia terus mengambil telefon bimbitnya yang berada diatas katil lalu membukanya.
Mata terus terbuka luas apabila melihat notification dari nombor yang tidak pernah dia lihat. Dan tiba tiba nama di nombor itu tertulis 'Handsome'. Sejak bila dia save?
Darya membuka notification itu. Dia mengerut apabila melihat gambarnya yang sedang nyenyak tidur di kereta Arzhel malam semalam. Tak salah lagi..mesti mamat tu.
'Macam mana awak dapat nombor saya?'
Darya menunggu balas dari Arzhel. Dia menenung telefon yang berada ditangannya. Lambat betul dia ni nak jawab..
Beberapa menit menunggu, Arzhel membalas pertanyaan Darya
'Time kau tengah tidur'
Darya menaikkan keningnya. Senangnya ek jawapan dia..
Darya terus membulatkan mata apabila Arzhel tiba tiba sahaja menelefonnya. Dia automatik mencampak telefon bimbitnya diatas katil. Jawab ke tak ek...
Selepas beberapa saat memikir, Darya mengambil telefon bimbit yang dibalingnya tadi lalu mengangkat panggilan Arzhel.
''Nak jawab pun lambat''
Kata Arzhel dengan nada bekunya seperti biasa.
Darya terkebil kebil apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Arzhel. Hehe..betullah tu
''m-mana ada!''
Arzhel tersenyum sinis
''Turun. Aku ada dekat bawah''
Darya terus membulatkan matanya. Mamat ni memang tak dijangka la..
''Awak buat apa dekat sini?!''
Kata Darya tetapi Arzhel sudahpun meletakkan panggilan. Benci betullah dia ni..
Darya terus bangun dari katil dan berlari menuju ke tandas untuk menggosok gigi dan membasuh muka bangun tidur nya.
Beberapa menit kemudian, Darya turun kebawah untuk berjumpa lelaki itu. Dia hanya mengenakan dress floral yang berwarna putih merah jambu dan shawl putih yang kemas diikat belakang.
YOU ARE READING
ARZHEL (og)
Storie d'amore"Are you insane...tak nampak ke bidadari depan mata awak ni?!" -Darya Adeena "Aku sanggup buta dari tengok bidadari hodoh macam kau" -Arzhel Darren Start:23 Jun 2023 End:-