Bab 1

68 5 0
                                    



" Makngah , Lana kena buat apa lagi ye ni ? Lana dah siap dah potong bawang ni. Nak kena buat apa lagi ? " Tanya Alana kepada ibu saudaranya , Aisyah.

" Pergi basuh baju sana , jangan nak basuh guna mesin rosak baju aku nanti. Aku nak kau basuh guna tangan. Dah kau tunggu aku apa lagi ? Pergilah cepat !!! " Jerkah Aisyah kepada Alana.

Beginilah kisah kehidupan seorang gadis bernama Aurora Alana. Selalu disuruh dan akan dipukul bila tak buat kerja yang disuruh.

Selesai sahaja membasuh baju , Alana duduk di atas kerusi. Penat seharian buat kerja. Tiba tiba datang sepupunya , Qaila. Perempuan yang kuat dengki dengan Lana.

" Hoi , kau buat rilek apa kat sini ? kerja kau dah siap ke ? amboi , sukahati kau je duduk senang lenang dalam rumah ni. Apa ? kau ingat ni rumah mak bapak kau ? " Kata Qaila dengan riak yang bongkak.

" Mak bapak aku dah mati ? kecoh kenapa ? mak bapak kau belum mati kan ? hidup lagi. So , tak payah nak main mak bapak orang okay  ? " Balas Alana pedas. Ini sifat seorang Alana. Walaupun sering dihina , dicaci , dimaki dan dipukul itu bukanlah lesen untuk dia jadi seorang yang lemah dan lembik. Dia bukanlah seorang yang mudah dipijak. Dia sudah lali , selama 6 tahun tinggal bersama ibu saudaranya membuatkan dia sudah makan hati. Dari dia berumur 17 tahun dan kini Alana sudah berumur 23 tahun. Dia tekad , dia akan lari dari rumah ini. Bukannya dia tak pernah lari , tapi selalu kantoi. Kalini , dia akan cuba sedaya upaya untuk keluar dari rumah neraka ni.

" Eh kau ni kan perempuan, tak padan dengan menumpang dalam rumah aku la. Maaa oo , maaaa ". Mula dahtu nak mengadu dengan ma dia. Menyampah aku.

" Ye ye apa kau ni bising bising. Aku nak buat kerja kat dapur pun susah. "

" Ma tengokni , perempuan ni. Sedap sedap dia je duduk tak buat kerja. Dahla dia biadap dengan Qai ma tahutak !!! . " Qaila mengentak kakinya dengan kuat. Alah alah perempuan ni ko tu duduk rumah kayu je kang tak pasal pasal runtuh rumah kau ni , jadi gelandangan pulak takde rumah nanti.

" Hey , budak kau takpayah nak buat hal ye. Kau pergi masuk bilik kau sekarang !!. Naik semak aku tengok muka kau ni. " Tengking Aisyah. Lah , tiba tiba emosi mengalahkan orang yang period eh kejap lupa pulak member dah menopause.

Aku hanya bangun dan berjalan masuk kedalam bilik tanpa sebarang kata.

" Eh budak ni , biadap betul jalan depan aku macamtu je. " Aku hanya diam. Tak kisah la orang nak kata aku apa pun , aku dah takde perasaan nak sedih , menangis untuk semuani.

Orang nak kata aku biadap ? Hahaha katalah. Orang tak lalui apa yang aku lalui , apa ? dia bagi aku tinggal sini patutnya aku kena bersyukur ? . Selama aku dekat sini , apa yang aku makan dan minum semua hasil dari duit aku sendiri. Kenapa ? sebabnya adalah aku tak dibenarkan makan makanan dari rumah ni. Aku kerja dekat kedai Pak Mail dekat hujung kampung. Dari aku form 5 lagi aku dah start kerja situ. Mula mula Pak Mail tak bagi pun tapi lepas aku merayu pujuk apa semua. Alhamdulillah jalan. Aku kerja sebagai jaga kaunter je. Gaji RM35.00 sehari , cukupla untuk aku makan. Lagipun , duit tu untuk aku makan je. Bukannya aku guna untuk beli apa apa. Itupun tak sampai 20 ringgit.

Dekat rumah tu kerja pun aku buat , apa je aku takbuat. Basuh baju , masak , basuh tandas semua benda la kerja rumah. Kalau dibayar tak apa lah. Ini ahahhaa tapi takpelah aku ikhlas je. Walaupun aku ni dilayan tak ubah macam orang gaji. Aku memang makan hati sangat sebab dia tu darah daging aku sendiri. Yang layan aku macam babu ni adalah darah daging aku sendiri. Bukannya manusia lain. Saudara kita layan kita macam tahi ? kau rasa ? 6 tahun aku hidup macamni. Aku dah taktahan nak jadi hamba abdi orang.


tbc.

- 24

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


- 24.06.2023 -

He's Not YouWhere stories live. Discover now