Bab 2

23 4 0
                                    



" Haih , Qai ni tak habis habis nak sakitkan hati aku. Fikir aku ni apa ? Sabar je lah Lana. Tak lama lagi kau akan keluar dari dunia ni. "

Baru sahaja ingin melelapkan mata. Ada suara yang menjerit memanggil namanya. Tak lain tak bukan. Qaila lah siapa lagi.

" Haih gergasi ni , memekak betul lah " kutuk Lana seorang diri sebelum keluar dari bilik. Lana melihat Qaila yang bercekak pinggang di hadapannya. Budak ni baru 20 tahun tapi dah besar kepala ye. Mana taknya , mak bapak tak ajar.

" Kau nak apa ? " Tanya aku ringkas.

" Ma panggil. " Dia berkata sejurus itu menjeling dan terus berjalan meninggalkan aku.

" Haih , tadi suruh aku masuk bilik. Dah masuk bilik panggil pulak. Orang dalam rumah ni memang semua tak boleh tak ada aku ke ? Cepat betullah rindu.Ini belum aku lari dari rumah. Kalau aku dah lari ni , tak tahula nak tahan rindu tu macam mana. " Bebel Lana seorang diri.

Lana berjalan menuju ke dapur. Kelihatan Makngah berada di dapur sedang memotong buah apel. Potong potong bukan kasi aku makan pun.

" Makngah , kenapa panggil Lana ? Ada apa apa ke ? " Tanya Lana lembut. Walaupun Lana ni suka menjawab mulut dengan Qaila tapi itu bukan bermakna dia perlu turut sama biadap dan kurang ajar dengan makngah. Semarah marahnya pada makngah , masih ada sifat hormatnya akan orang yang lebih tua.

" Ha kau , kau ni kan kerja nak membuta je. Mentang mentang harini kau tak kerja. Kau bolehlah duduk sedap sedap dalam rumah ni goyang kaki ? Kau fikir kau mem besar ke Alana ? " Marah makngah. Aik ? goyang kaki ? kerja dalam rumah ni pun aku yang buat. Boleh pulah dia cop aku goyang kaki ? Nak harapkan orang lain ? huhh macam reban ayam dululah rumah ni jadinya. Setakat nak potong bawang , potong buah , kisar cili , sapu rumah aku pun boleh buat lah.

" Kau pergi cabut rumbut yang dah panjang panjang kat depan tu. Kalau susah sangat guna je mesin rumput depan rumah tu. Kalau kau tak reti nak guna itu kau punya pasal lah perempuan. Dah berambus , serabut tengok muka buruk kau ni. " Lana hanya diam. Tak kuasa nak membalas kang panjang pulak dialog aku.

Lana keluar dari rumah ingin mencabut rumput. Dia mencabut satu persatu rumput panjang dihadapan rumah makngah itu. Tiba tiba dia disapa satu suara.

" Lana !!Lana !! " Lana menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan seorang lelaki sedang menaiki motor menuju ke arahnya. Haih , dia datang dah.

" Lana , buat apa ni ? " Tegur lelaki tersebut. Riezal. Lelaki yang menyukainya sejak dia berumur 21 tahun lagi.

" Buta ? " Tanya Lana sepatah. Bukan niatnya ingin kurang ajar tetapi dia cukup taksuka dengan sifat Riezal ni. Seorang yang suka menyentuh perempuan dan suka membuat Lana rimas. Sejujurnya, memang Lana tak selesa dengan Riezal.

" Amboi , saya ni tanya baik baik jawablah baik baik. Kan orang kata apatu , orang berbudi kita berbahasa. " Kata Riezal dengan nakal.

" Dengan kau ni tak payah nak berbudi bahasa sangat , buang masa " Kata Lana laju lalu dia menyambung mencabut rumput.

" Awak, jom keluar. Saya bawak awak pergi ronda kampung. Nak tak ? " Tanya Riezal sambil memandang Lana tak berkelip.

" Nak ronda kampung ? Naik motor ? " Tanya Lana. Riezal laju mengangguk.

" Kau ni bodoh ke apa ? Kau siapa ? Kenapa aku nak kena naik motor dengan kau ? Apa ? Kau fikir orang tak mengata ke berdua duaan macamtu. " Laju Lana membidas.

" Alah , bukan kita dekat tempat takde orang. Kita dekat public kot.

" Kau nak bawak aku ronda kampung untuk apa ? Kau ingat aku ni duduk London ? Aku dah hari hari tengok kawasan ni. Kau pergi balikla. Serabut aku layan kau ni. " Lana membalas dengan kasar.

" Awak ni kan , takboleh ke sekali je awak layan saya dengan baik ? " Riezal marah Lana. Bukan marah tapi lebih kepada tegas.

" Kau nampakkan aku tengah buat apa ? kau tahukan siapa yang suruh aku buat semuani ? kau tahukan apa yang jadi dekat aku kalau aku tak dengar cakap makngah ? " Ye , sememangnya Riezal tahu yang Lana sering didera dan dipukul oleh Aisyah kerana ada satu hari dimana Riezal ternampak Lana dilibas mengunnakan tali pinggang di dalam stor luar rumah yang tidak tertutup pintu sewaktu Riezal lalu dihadapan rumah mereka.

" Aku tanya ni , kau tahukan !? " Naik seoktah suara Lana. Riezal angguk perlahan.

" Jadi , kalau kau tahu. Kau balikla Riez. Kau nak tengok aku kena pukul ke apa ni ? ". Riezal menggeleng laju. Riezal terus start enjin motornya.

"Saya balik dulu , jaga diri. " Lana hanya mengangguk perlahan. Riezal berlalu pergi. Lana menyambung kembali kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

tbc.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
He's Not YouWhere stories live. Discover now