Bab 5

15 3 0
                                    

" Maa !! Maaa !! " Jerit Qaila yang baru sahaja keluar dari biliknya. Dia melihat ibunya yang sedang membasuh ikan di didapur.

" Apa yang bising pagi pagi buta ni. " Aisyah memarahi Qaila. Pagi pagi dah memekak.

" Qai lapar la ma , ni budak bodoh tu mana ? " Tanya Qaila sambil melihat lihat sekeliling.

" Ma taktahu lah , dia tak keluar bilik lagi lahtu. " Jawab Aisyah.

" Aik , dah pukul 11.00 dah ni ma. Takkan tak bangun lagi , dia selalu bangun awal. " Qaila pelik sendirian.

" Haa ni , kau pergi jemur kain tu. Tak payah kesah pasal Alana tu. " Arah Aisyah kepada anaknya.

" Eh kenapa Qai pula kena buat kerja. Bukan kerja Qai lah nak buat semuani. " Qaila menghentak hentak kakinya.

" Dah kalau kau tak nak buat kau pergi panggilah si Alana tu. Takpayah nak hentak hentak kaki !! Aku nak buat kerja pun tak senanglah macamni ! " Marah Aisyah kuat. Geram betul !

" Erghh !! " Qaila mendengus kasar. Dasar Qaila. Tunggu ajal je ni , anak derhaka.

Qaila berjalan ke depan pintu bilik Alana. Dia mendengus dan memusingkan bebola matanya ke atas sebelum mengetuk pintu kasar. Tak pasal pasal pula aku nak kena kejut kau.

" Hoi hodoh , kau buat apa lagi dalam bilik. Keluar la!! " Jerit Qaila kuat.

Qaila mengetuk lagi bagai nak roboh pintu dibuatnya. Terus dia memulas tombol pintu tersebut. Qaila terkejut. Aik , dia tak kunci pintu ke ?

Alangkah terkejutnya Qaila bila dia tidak nampak sosok tubuh Alana. Dia pergi mana ?
Qaila membuka pintu bilik air , tak ada orang. Jangan jangan dia lari kot.

" Lana !! Lana !! " Jerit Qaila kuat. Dia beranggapan Lana hanya menyorok. Setelah 2 minit lebih dia memanggil nama tersebut tetapi tiada satu sahutan pun. Akhirnya dia pasti yang Alana betul betul sudah lari.

Tak guna punya perempuan!! Kau lari ye. Qaila terus keluar dari bilik dengan perasaan bengang. Ibunya yang masih berada di dapur dihampiri.

" Ma ! Lana hilang !!! Lana lari. " Katanya kuat. Aisyah terus berpaling muka melihat Qaila.

" Kau biar betul ? " Membulat mata Aisyah ketika itu. Qaila mengangguk selamba. Aisyah terus berlari menuju ke bilik Alana. Melihat Almari baju yang kosong dan juga tiada manusia di dalam bilik tersebut membuatkan Aisyah mengacip gigi.

" Budak celaka , aku bela kau dari dulu. Senang senang macamtu je kau lari ? Takguna. !!! " Aisyah sudah dilamba amarah.

Qaila dihuni rasa gembira dan serabut. Gembira sebab perempuan tu dah bla. Jadi dia bolehla bersama dengan Riezal. Ya dia sudah lama menyukai Riezal. Tapi sayangnya Riezal sukakan Alana. Apa yang lebihnya Alana tu sangatlah. Alana tu memang cantik tak dinafikan tapi dia pun cantik apa ? kenapa Riezal tak pandang dia ?

Qaila berasa serabut pula disebabkan lepasni dialah yang akan buat semua kerja rumah lepas ketiadaan Alana. Arghhhh !!!

Sampai sahaja di depan supermarket tersebut , aku turun dari grab tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai sahaja di depan supermarket tersebut , aku turun dari grab tersebut. Aku ada juga memesan pada grab tersebut supaya dia tunggu aku sudah membeli kerana aku akan pulang menggunakan grab yang sama. Itupun sebab uncle tadi yang bayar lebih kepada pakcik ni. Kalau tak , tak adanya dia nak tunggu aku.

Aku masuk ke dalam supermarket tersebut. Aku mengambil troli dan menolak perlahan. Aku berjalan sambil menolak troli mencari barang yang ingin dibeli. Nak masak apa eh ?

Mataku terpacak pada tin sardin. Macam nak makan sardin. Aku terus menolak troli menuju ke rak tin yang berada dihujung sana. Tanpa aku sedar , troliku telah melanggar seseorang. Alamak kau ni Lana , focus sangat dengan sardin tu. Bukannya dia lari pun !!

Seorang perempuan berpaling ke arahku. Muka dia macam baya baya umur aku je. Aku terus meminta maaf. Dia senyum segaris. Fuh nasib baik dia tak marah. Mana lah tau dia bagi ayat macam dalam drama tu. " You ni buta ke apa ? " Haa mampos aku nak menjawab. Aku meminta maaf sekali lagi sebelum mengundur diri.

Aku mengambil satu tin sardin tersebut. Lamanya tak makan sardin. Sardin sekarang mahal ye. Bahagia rasanya , bila aku dah bebas macamni. Boleh ke situ ke sini tanpa konkongan. Tak terperuk dalam rumah je. Alhamdulillah.

Aku membeli juga , teh lipton , cerek air , ajinamoto , biskut tawar , kuali , bahan basah mentah , santan , bawang merah putih , halia , bawang besar , asam jawa , cili kisar cili padi , sayur sayur lain dan beras. Buat masa sekarang ni sahajalah. Itupun dah mencecah Rm 139.50 Ini sebab kuali , cerek air dengan ayam ikan lah mahal. Kalau ikutkan banyak lagi yang aku nak beli tapi itulah kena berjimat. Aku ni belum bekerja , kang tak ada duit naya hm.

Sesudah sahaja membeli , aku pulang ke rumah. Grab tu hantar sampai rumah , baik betul. Ikutkan hati aku , aku nak suruh dia berhenti kan aku kat kedai uncle tadi je
tapi dia kata tak apalah lagipun uncle tu bayar dia RM40.00 perghh mengalahkan nak pergi jauh jauh. Aku meminta diri dari pakcik tersebut sebelum masuk ke dalam rumah. Tiba tiba ada satu kereta masuk ke dalam pagar rumah sebelah. Kiranya rumah jiran aku , aku memandang pelik. Tengah hari tadi masa aku sampai sini , tak ada kereta rasanya sebelah rumah aku ni. Mungkin baru balik kerja. Aku mengendahkannya lalu tangan mengambil kunci rumah dan membuka pintu.

" Assalamualaikum " sapa seseorang. Aku berpaling muka ke arah gerangan suara tersebut. Eh ?

" Eh awak " Riaksi perempuan tersebut kelihatan terkejut , bukan dia je terkejut aku pun terkejut lah. Dia perempuan yang aku langgar dengan troli tadi.

" Waalaikumussalam " Jawabku . " Awak baru pindah sini ke ? " Tanyanya mesra. Aku mengangguk perlahan.

" Tak sangka pula kita berjiran. " Aku senyum dan membalas " Itulah "

Dia keluar dari pagar rumahnya dan menuju ke rumahku. Eh , sporting betul.

" Saya Mira. " Dia mengenalkan diri dan menghulurkan tangan. Aku menyambut hulurannya. " Alana , panggil Lana je. " Kataku perlahan.

" Nampaknya saya ada kawan lah lepasni. " Katanya lalu ketawa, aku turut ketawa.

" Eh , awak masuklah dulu. Kesian awak mesti penat kan. " Katanya merendah diri. Bagus diani.

" Eh tak adalah , saya okay je. " Kataku pula. " Awak free tak malam ni ? " Tanya Mira.

" Saya free je , lagipun saya baru pindah. Tak ada nak buat apapun. " Kataku pula. " Kalau macamtu , kita keluar makan nak tak malamni ? " Cadangnya. Aku terkejut. Cepatnya dia percayakan aku , macam mana lah kalau aku ni orang jahat ?

Aku nak menolak tapi macam tak sesuai pula. Lagipun kami baru kenal. Aku mengangguk dan dia mula tersenyum gembira. Dia nampak periang. Mungkin umur dia bawah aku ?

" Okay , malamni pukul 9 malam tau. " Pesannya. Aku mengangguk dan dia pun berjalan masuk ke dalam rumahnya sambil melambai lambai tangannya ke arahku. Aku membalas lambaiannya. Nampaknya tak jadilah aku masak malamni.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
He's Not YouWhere stories live. Discover now