Bab 4

19 3 0
                                    




Jam tanganku menunjukkan pukul 12:30 tengah hari. Kini tibalah aku di bumi Kuala Lumpur , mataku meliar liar memandang sekeliling. Agak janggal dengan suasana baru. Aku diturunkan di perhentian bas dan perjalananku seterusnya diteruskan lagi dengan menaiki teksi menuju ke rumah sewa ku. Jangan tanya macam mana aku order teksi eh ? kebetulan ada dekat situ lalu lalang. Aku apa lagi ? teruslah tahan. Kalau tidak sampai ke malam aku menunggunya. Macam mana aku boleh dapat rumah sewa secepat ni ? siapa lagi yang bantu aku kalau bukan Pak Mail dengan Kak Zira. Merekalah yang telah membuat pesanan melalui facebook kepunyaan mereka. Kau ingat apa ? orang tua tak ada fb ? hello , fb tu memang makanan diorang okay. Kita budak budak muda ni , instagram dengan twitter je tahu. Tang nak guna fb takpandai.

Rumah yang disewa tu tak adalah mahal sangat , RM400 sebulan. Rumah sewa , 1 bilik tidur 1 bilik air. Kecik , padanlah dengan harga.

Setibanya di hadapan perumahan tersebut aku turun dan mengucapkan terima kasih kepada pakcik teksi tersebut. Ha ha kau jangan nak tanya aku dah bayar ke belum. Mestilah dah. Kau ingat aku ni jenis suka suka minta free ke ? Kawasan rumah sewa aku ni memang kawasan perumahan. Okay lah , tak adalah sunyi sangat. Kira hidup jugaklah kawasan ni. Aku terus masuk dan merebah diri. Boleh tahan lah tak adalah kuno sangat. Kau jangan nak expect lebih lebih macam dalam drama tu eh ? rumah aku ni biasa je. Boleh la buat buat hidup , yang pasti bukan dua tingkat macam dalam tv3 tu yang mewah mewah tu.

Aku terus berjalan ke muka pintu dan menjengah masuk melihat bilikku. Katil bujang , almari pun besar pintu bilik je. Malaslah nak complain. Kita ni bukan orang kaya , ini pun dah bersyukur. Ciee malas nak complain padahal dah complain. Aku duduk dan merebahkan diri di atas katil. Haih , dalam masa terdekat aku kena cari kerja. Kalau tidak , kebulur aku nak hidup kat sini tanpa ada pekerjaan. Tiba tiba perutku berbunyi , ha sudah dia mari dengan lapar sobat. Aku memegang perutku.

Aku keluar dari bilik dan menuju ke dapur , aku membuka peti sejuk , laci , almari dapur ingin mencari sesuatu untuk di makan. Haduhai Lana , agak agaklah. Kau baruje sampai sini , mana mai nya makanan kalau tak beli. Kau ingat ni apa ? homestay? apa ingat dia nak sediakan kau maggi ? air kosong pun takde weh. Tak ada benda pun dalam peti kau tahu !!??? Tapi kira okaylah , garam dengan gula dah ada. Takpayah aku susah susah beli nanti.

Kira okaylah ada jug air ada cawan dan pinggan itu pun 3 biji. Tak adalah aku nak kena beli pinggan gelas ape semua. 3 biji ? setiap satu. Aku sorang je dalam rumah ni okay lahtu 3 biji.

Dan terpaksalah aku keluar cari barang dapur. Aku masuk ke dalam bilik , merebahkan badan buat kali kedua dan ya aku terlelap. Sedar sedar dah 4:13 petang weh. Ya allah aku belum solat zohor. Lagi berapa minit je nak asar. Aku terus bangun menuju ke bilik air , mandi dan terus solat zohor. Aku hanya duduk di atas sejadah sambil menunggu solat asar. Haih , bosannya hidup aku. Telefon pun tak ada.Teringat dulu dulu , aku pernah ada telefon. Abah dengan ibu pernah belikan aku telefon masatu aku umur 16 tahun. Bahagia bukan main weh , tapi aku dulu nakal. Asyik jatuh je sampai 3 kali aku tukar screen protector. Nakal tu bukannya aku pergi baling baling phone aku. Aku ni jenis takkesah , bila tak kesah tu aku akan pegang phone pun nak taknak jadi jatuhlah. Senang cerita aku ni jenis cuai. Bila dah kerap jatuh , aku dah tak peduli lagipun aku bukannya reti sangat guna phone masatu. Jatuh , jatuh , jatuh dan jatuh last sekali yang retaknya screen. Memang masatu redho jelah , terus phone aku hang. Tak hidup hahaha. Rasa menyesal jugaklah tak jaga dengan baik. Kalau tak mungkin sekarang aku masih bersama telefon tu. Telefon tu memang murah , Vivo y66. Tapi kenangan tu yang penting. Memori dalam phone tu. Aku ingat lagi masatu ibu beli dalam RM 300 lebih juga. Tapi sekarang telefon tu dah tak canggih dah. Mungkin harga pun dah turun mendadak. Telefon tu masih ada aku letak dalam laci bilik aku dekat rumah makngah, lepastu entah lupa pula nak ambil.

Tak apa Lana , lepasni kau cari kerja. Biar kau dapat hidup senang tanpa bantuan orang lain dah. Belajar berdiri di atas kaki sendiri. Lepasni kau bolehla beli telefon tak adalah bosan aku dekat rumah ni. Yang mana otak tak function tu , tak payah tanya tak ada tv ke ? engkau fikir aku ni duduk rumah sewa yang RM 2000 sebulan ke ? sah sah la tak ada tv. Imagine sendiri lah weh betapa keciknya rumahni.

Aku bersiap siap ingin keluar , nak kemana ? beli barang dapur lah. Tadi aku dah cakap kan ? tanya tanya ada jugak makan penampar.

Aku berjalan keluar dari kawasan perumahan , penat ye jadi manusia yang tak ada transport dengan phone ni. Aku berjalan jalan keluar hingga aku ternampak sebuah kedai telefon. Kau tak payah nak fikir yang perjalan ni hanya makan 5m. Aku berjalan dari rumah sampai kedai ni dalam kejauhan 2km. Kau pikirlah sendiri jauh mana. Aku dah mengah ni , tak ada masa aku nak explain macam mana nak kira 2km tu sejauh mana.

Aku masuk ke dalam kedai tersebut , kelihatan seorang uncle berada di kaunter. Cina ye , ni kedai cina. Aku meminta pertolongannya.

" Hi , uncle. Saya nak pinjam phone uncle untuk call teksi boleh ? saya tak ada phone , transport pun tak ada. Saya nak ke supermarket. Nak beli barang dapur , saya baru sahaja pindah kawasan ni. " Kataku seraya itu senyum manis. Uncle tu pandang aku pelik , sah sah dia ingat aku scammer. Lepastu aku menipu , aku ambil phone dia bawa lari. Cliche betul cara pencuri ni.

" Hmm " Dia menggumam perlahan. Dia mengambil telefonnya dan menyerahkan padaku. Aku memegang telefonnya dan termenung. Err

" Uncle , boleh uncle tolong call kan teksi. Saya tak reti. " Aku menyerahkan phonenya kembali.

" Dalam phone uncle ni ada grab saja ma. Uncle order grab bole ke ? " Aku mengerutkan keningku. Bukan ke grab tu mahal ..

" Err , grab tu mahal kan ? tak apalah uncle. Saya cari teksi sendiri jelah. " Aku senyum tawar. Hmm mana aku nak cari teksi ?

" Eh tak apa , uncle belanja. Kamu tak ada duit ke ? tak apa uncle belanja wuo " Aku terus laju menggeleng kepala.

" Eh uncle tak apa saya boleh je cari teksi. Mana tahu ada teksi lalu lalang kawasan ni. "

" Kawasan ini manyak susah dapat teksi ma. " Haa sudah , macam mana ni ?

" Jangan risau , uncle belanja kamu. Murah saja grab tu. " Dia senyum ringkas. Aku senyum lagi kepadanya.

Masih ada manusia yang baik ...

Dia terus call grab. Selang beberapa minit , muncul grab axia berwarna putih. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya buat kai ke seribu. Dia seorang yang baik hati , syukur aku jumpa dan kenal dia. Aku terus masuk ke dalam kereta dan menuju ke supermarket terdekat.

Kalau makngah dengan Qaila tahu Lana lari , rasa rasanya apa yang jadi ? 🥲🥲

tbc.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
He's Not YouWhere stories live. Discover now