Bab 8

23 2 0
                                    

             Hari yang dinanti telah pun tiba. Aaaa tak sabarnya nak dapat kerja. Harini Mira tawarkan aku untuk hantar aku ke pejabat Darren. Yelah , ada bagusnya juga lagipun dia dah kenal dekat mana pejabat Darren. Aku mengoleskan sedikit lipbalm , bedak dan mascara. Cukup ! Dalam beg aku ni ada 3 benda tu je hahahah. Maklumlah , tak ada duit nak beli pondesen. Guna bedak baby je mampu. Aku keluar dari rumah tepat jam 8:30 pagi. Kenapa terlebih awal ? sebab aku takut terlewat. Lebib baik terlebih awal daripada terlewat bukan ?

Mira start enjin keretanya dan kereta diluncurkan ke destinasi yang ditujui. Dalam perjalanan banyak jugak yang kami borakkan. Contohnya , duduk mana ? spm berapa A ? berapa adik beradik ? makanan kegemaran ? single ke taken ? macam macam lagilah soalan basic yang diajukan. Itulah cara kami mengenali satu sama lain dalam masa yang singkat sebegini. Tanpa sedar , kereta sudah terpakir tepat di atas kotak kuning. Aku mendongak ke langit.

DH EMPIRE HOLDING

Besarnya office dia. Agak agak berapa tingkat ? Omelku seorang diri.

Aku keluar dari kereta ingin melihat bangunan pencakar langit itu dengan lebih jelas. Terpegun aku seketika. Syarikat ni memang milik Darren ke ? atau diapun bekerja bawah orang ? eh Alana kalau dia bekerja bawah orang takkan lah dia nak ambil kau kerja pulak. Aku mengetuk cermin tingkap gelap Mira. Dia menurunkan cerminnya.

" Awak tak nak turun ke ? " Tanyaku perlahan.

" Eh , saya dah lewat ni. Class saya lagi 30 minit. " Kata Mira mendatar. Dia memang dah bagitahu aku yang dia ada class tapi takkanlah dia taknak teman aku naik atas. Aku ni dahla tak biasa tempat tempat macamni.

Melihat air muka ku berubah kendur , Mira terus bersuara. " Awak jangan risau , awak masuk je dalam. Nanti awak jumpa staff yang dekat kaunter tu. Nama dia Fyza. Awak cakap aje nak jumpa abang. Nanti dia tunjukkan. Maaf , saya tak dapat teman awak. Dah lewat ni. "

Aku senyum manis sebelum mengangguk. Tak apa lah , lagipun dia dah tolong hantar aku dah kat sini. Belajar berdikari la Lana.

" Cakap nak jumpa abang awak je kan ? " Aku tanya sekali lagi bagi memastikan pertanyaanku. Mira mengangguk " Iya , awak cakap je nak jumpa abang. "

Aku berterima kasih sebelum masuk kedalam. Mira sudah meninggalkanku. Langkah dilaju kan. Jam menunjuk pukul 8:50 pagi. Fuh , lagi 10 minit. Terlopong mulutku selepas masuk ke dalam. Mewahnyaaa !!!

Mata melilau mencari kaunter pertanyaan. Haa tu pun. Kaki menapak ke arah seorang perempuan yang berada tidak jauh dari tempatku sekarang. Aku melihat nametag di bajunya. Fyza. Okay , dah jumpa orangnya. Jap jap tarik nafas dulu. Berdebar pula rasa.

" Ya cik , boleh saya bantu ? " Tanya Fyza dengan ramah.

Emm aku nak jawab apa eh ? macam mana aku nak tanya ni ? kenapa aku takut semacam ni.

" Err ... " Kepala digaru.

" Cik okay ? cik cari sesiapa ke ? " Tanya Fyza lagi. Aku laju mengangguk.

" Ya , ya. Saya cari abang. Abang ada ? " Laju mulutku menjawab dengan yakinnya. Eh kejap ....

" Abang ? " Dahinya dikerutkan. Alamakkk... kau kenapa Alana. Abang kepala otak kau. Mulut laju ditutup. Aarghh malu dengan diri sendiri.

" Eh eh bukan. Maksud saya , Darren. Darren Harsh. " Gelabah aku dibuatnya. Mana taknya , kau abangkan si Darren tu dah kenapa ????!!!
Ni semua salah Mira. Dialah yang suruh tanya macamtu. Ish , kan aku dah terikut. Eh tapi betullah dia cakap tu. Tu kan abang dia. Kau lah bodoh pergi ikut kenapa. Pagi pagi dah bangang kau ni Lana.

" Oh , tuan Darren. Tuan Darren ada dekat atas tapi boleh saya tahu. Cik ada buat appointment tak ? " Tanya Fyza. Aku menggeleng perlahan

" Er , tak ada tapi Darren suruh saya datang. " Kataku perlahan. " Boleh saya tahu nama cik ? ".

" Alana. Nama saya Alana. " Dia mengangguk perlahan. " Kejap ye " Katanya lalu senyum sekilas. Nombor di dail. Telefon analog tersebut di letakkan di telinga.

" Ada orang nak jumpa tuan , namanya Alana. Dia kata tuan suruh datang. Okay baik tuan. Nanti saya suruh dia naik ya. " Aku melihat dia mengangguk ngangguk kepala. Dia call Darren ke ? ni mesti kes tak percayakan aku. Alah alah.

" Cik Alana , cik boleh jumpa tuan. Tuan berada di tingkat 7. " Katanya bersama senyuman. " Terima kasih. "

" Sama sama. "

Kaki di atur berjalan menuju ke arah lif. Nombor 7 ditekan.

Ting !

Kaki menapak keluar daripada lif. Kelihatan ramai manusia yang melihat ke arahku. Erk , kenapa diorang pandang aku semacam ? selepas beberapa saat masing masing sambung meneruskan kerja. Langkah di aturkan lagi sehingga tiba di hadapan satu pintu.

Darren Harsh.

Tangan ingin mengetuk pintu tersebut ,namun terhenti apabila ditegur seseorang.

" Cik "

Aku berpaling muka ke kanan. Terdapat seorang perempuan berambut paras telinga berada di hadapan pintu bilik Darren.

" Cik , nak jumpa tuan ke ? " Aku mengangguk. " Cik ada buat appointment? " Haih , kenapala soalan ni lagi yang keluar. Cubala tanya soalan lain macam ' Cik , dah makan ke kalau tak saya nak belanja? ' Ini tak , asyik soalan sama je.

Aku menggeleng. " Staff dekat bawah dah call Darren. Dia cakap saya boleh masuk. " Aku jawab mendatar. Perempuan yang bernametag Janna itu mengangguk tanda mengizinkan aku masuk. Aku juga turut tunduk tanda menghormatinya.

Pintu diketuk , kalini tak ada yang halang.
" Masuk. " Kedengaran suara Darren dari dalam memberikan kebenaran untuk aku masuk. Pintu dibuka , wajah kacaknya tersembul di hadapan mukaku. Haih , pagi pagi dah tengok keindahan alam. Heh Alana. Kau merepek apa, datang nak kerja kan ? jangan nak mengarut. Sempat aku marah pada diri sendiri.

" Yang kau tercegat dekat situ kenapa Alana ? Masuk lah. " Katanya mendatar sambil mata tidak lepas memandang kertas kertas yang berselerak di atas mejanya. Aik , macam mana dia tahu ni aku ? kalau orang lain macam mana? tak ke malu dia? Aku terus menutup pintu dan berjalan ke arahnya.

Aku memerhati setiap lekuk badannya. Sado. Harini dia berkemeja hitam. Handsome. Macho. Argh menggoda gila.

" Kau tenung apa ? tak reti duduk ? " Dia mengangkat wajah. Gulp ...

Alamak , kantoi ke ?

Kerusi ditarik. Aku duduk menghadapnya. Ya allah , harap haraplah aku lulus.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
He's Not YouWhere stories live. Discover now