Bab 1 🥐

13 3 0
                                    

"HAACHUM!!!"

Durrah spontan bertahmid; mengucapkan alhamdulillah. Cuaca sejuk yang mencucuk sehingga ke tulang belikat masih terasa biarpun dia menyelubungi diri dengan winter jacket setebal dua inci. Hidung yang kegatalan ditenyeh beberapa kali. Sememangnya orang Asia yang sudah terbiasa bermandikan peluh dalam cuaca normal 32 darjah Celcius akan culture shock berdepan dengan suhu sejuk ekstrem sebegini. Serendah 10 darjah Celcius! Mana tak bekunya...

Tangan Durrah yang tersarung wooly gloves menggenggam dengan lebih kemas skarf yang membaluti lehernya. Makin terasa dingin pula. Jarang sekali kota Paris mencurahkan salji lebat dengan kepingan kristal halus yang bercucuran jatuh menimpa bumi. Deretan bangunan yang tersaji pada pandangan Durrah pun kini sekadar berkabus seperti jerebu. Semua diselubungi serba-serbi warna putih.

Tapi setakat itu sahaja pun, sudah tegak bulu romanya setiap kali ditampar angin sejuk yang mencengkam pipi. Haih, bilalah musim sejuk ni akan berakhir? Durrah merungut dalam hati.

Dia menyapu debu putih seperti garam itu agar jatuh ke tanah. Lengan sebelah dijadikan alas kemudian Durrah merebahkan pipi pada palang besi sejuk itu. Cuaca sebegini, duduk dekat luar pun boleh buat dia mengantuk. Daripada sibuk mengaduh sejuk, kini dia boleh pula terlelap di situ.

Suasana sungguh hening. Tiada langsung bunyi yang menerpa telinga Durrah yang berbalut hoodie dan topi. Dalam musim sejuk begini sahaja dapatlah dia merasa me time di luar tanpa perlu bertemu dengan orang di jalanan. Cukup tenang.

If only I could have a clear mind like this everyday...

Tanggapan yang muncul pada saat fikirannya baru sahaja melayang ke alam imaginasi. Really, it hurts her. For 24 hours, her state of mind is unstable. Pernah tengok wayar yang berselirat? Macam itulah neuron dalam kepalanya. Bukan mudah untuk dia perbetulkan setiap laluan pemikiran itu agar dapat berfikir ke satu tujuan sahaja. Banyak sahaja cabang yang buatkan dia kusut. Bila dia selalu mengelat buat kerja, orang kata dia buat-buat penat. Alasan untuk jadi malas.

Orang lain akan fahamkah keadaan dia ini?

Mata Durrah terus celik apabila kedengaran bunyi winter boots berderap dalam timbunan salji. Ada seseorang berdekatan dengannya. Tak mungkin bunyi ranting jatuh kerana pokok yang berada di sini semuanya sudah gondol tidak berdaun.

Laju kepalanya mendahului menoleh ke belakang sebelum badan yang tadi membongkok terikut sama berdiri tegak. Who's figure is that? Mata Durrah mengecil.

Figura yang sedang berjalan dengan kedua-dua tangan di poket itu bersahaja melangkah ke arahnya. Dengan aturan kaki diangkat perlahan menembusi salji membusut yang agak tebal di tepi bangunan. Melihat riak muka tidak puas hati pada wajah itu, Durrah tersengih panjang.

"Hah sengihlah dekat situ. Senyum macam kambing. Suka sangat keluar tak beritahu aku." Dari jauh lagi Amna sudah membebel. Apa tidaknya, malam-malam buta yang sejuk beku ni dia kena keluar cari Durrah yang menghilang tiba-tiba macam kucing kehilangan anak. Cuma sahaja dia tidaklah terpekik terlolong.

Durrah makin menyeringai senyum lebar. Tertawa sedikit bila melihatkan but yang Amna pakai tenggelam dalam salji itu. Mengomel minah itu marahkan salji yang tak tahu apa-apa.

"Macam mana kau tahu aku dekat sini hah?" Soal Durrah sebaik sahaja Amna berdiri di sebelah. Ada sejalur kain daripada jenis wool yang wanita itu pegang. Makin jelas kelihatan di mata Durrah bila tangan itu dibawa membetulkan tudungnya yang sudah senget-benget.

"Is that yours, Amna?"

Pertanyaannya tidak berjawab.

Skarf itu sengaja ditayang di hadapan muka Durrah. Terpaksa Durrah tolak sedikit tangan Amna ke tepi, nampaklah gadis itu tersenyum sinis di sebaliknya. "You know, Durrah. You are not tough enough to be in this winter."

Enchanté [NEW STORY]Where stories live. Discover now