Prolog ☕️

22 5 0
                                    

TIADA langsung sahutan di dalam talian. Telefon masih terlekap di telinganya namun dia tidak menangkap sebarang suara manusia. Hanya sedikit bunyi nafas yang terhela keluar. Tak mungkin kawannya tertidur pula.

"Helo?" panggilnya. "Kau dah tidur ke?" Dia menebak. Mana tahu kawannya itu kepenatan sehingga terlelap.

Lama mendiamkan diri barulah ada suara yang membalas.

"Tak." Suara garau tanpa riak menyahut pertanyaan yang diajukan sebentar tadi. Suara itu terdengar perlahan di corong talian.

"Surah apa yang kau pasang tu?" Tanya suara di dalam talian.

Baru sedar dia ada memasang alunan ayat al-quran berserta terjemahan menggunakan pembesar suara radio yang terletak kemas di hujung meja. Rasanya volume radio itu sudah dia kecilkan. Tak sangka pula kawannya masih boleh dengar.

"Oh, ni... surah Ar-Rum. Aku sengaja pasang tengah-tengah malam ni. Tak adalah rasa sunyi sangat." Terangnya kepada kawan yang masih berada di hujung talian. "Kenapa kau tanya?" Pelik juga apabila kawannya tiba-tiba berminat nak amik tahu.

Helaan nafas terdengar lagi. Namun, kali ini lebih berat berbanding tadi. Macam keluhan menyesal pun ada.

"I don't know... didn't those holy verses of Qur'an supposed to make us feel calm? But why I feel the opposite? Kenapa dada aku rasa lebih sesak sekarang ni?"

Kehairanan yang timbul daripada soalan tersebut membuatkan dia membawa telefon yang diletak di telinga ke telapak tangan. Ruangan aplikasi dibelek dan dia meneliti bacaan surah yang terpasang ketika itu.

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, (supaya mereka kembali insaf dan bertaubat." Bait ayat ke-41 itu dibaca separuh berbisik.

"... supaya mereka kembali insaf dan bertaubat..."

Cuping telinganya menangkap suara bisikan daripada dalam telefon mengulang bacaan tersebut. Pelik. Kawannya itu tidak pernah berminat untuk mendalami agama apatah lagi melazimi bacaan suci kitab mukjizat Nabi Muhammad SAW itu. Entah kenapa ayat yang ini buat dia gelisah, serba tak kena.

"Erm... mungkin ayat itu kena dengan kau. Kau terasa deep dengan ayat tu, mungkin sebab ada kerosakan yang pernah 'tangan kau buat' pada manusia lain?" Dia hanya meneka. Boleh jadi betul atau salah. Bukan dia sengaja bagi telahan melulu tapi sebagai kawan baik, dia masih ingat dosa silam yang pernah sahabatnya itu lakukan cuma tak mahulah dia ungkit lebih jelas.

Talian kedengaran sunyi. "Entahlah." Mungkin dia sudah lupa akan kejadian itu.

Surely the heart sees what is invisible to eyes.

Sekadar itu jawapan ringkas dari sahabatnya sebelum kedengaran suaranya menguap.

"Tak apa kalau macam tu, kau masuk tidur dululah. Aku banyak kerja lagi nak kena siapkan ni. Anything, inform aku bila kau nak datang sini nanti." Ujarnya menamatkan perbualan.

"Okey. Jumpa kau kat Paris."

Tit. Talian dimatikan.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧


*tambah ke 'Library' untuk dapat notifikasi seterusnya 🔜

https://vt.tiktok.com/ZSLAUkMDV/
Boleh layan video ni dulu☝️

~ Let's continue our journey ~

Enchanté [NEW STORY]Where stories live. Discover now