"Excuse me."
Fath menyapa dengan nada suara yang sederhana. Gadis yang membelakangi dia itu tidak menyahut apatah lagi menoleh. Dia sudah bertekad untuk menjadikan gadis itu sebagai subjek fotografinya namun dia tidak langsung mengilas pandang Fath membuatkan jejaka itu mengeluh dalam hati. Dia berdecit. Sudah semestinya hanya itu reaksi yang dapat wajah beku itu pamerkan.
Oh wait! Otaknya baru dapat memproses sebab yang memungkinkan gadis itu tidak langsung melayan sapaan darinya. Normal sebenarnya untuk masyarakat Perancis tidak bertutur dalam bahasa asing selain bahasa peribumi mereka sendiri. Jadi tidak hairanlah kalau kedatangan dia di situ tidak diendahkan.
Fath ligat berfikir tapi fikiran dia benak sangat ketika ini. Dia garu kepala yang tidak gatal. Apa kata sapaan itu dalam bahasa Perancis ya?
Telefon bimbit dikeluarkan dan dia mula menyelongkar aplikasi yang pernah dia muat turun sebelum ini. Peluang makin cerah pabila halaman Lingodeer yang ditekan mula memaparkan halaman utamanya. Sempat Fath kilas pandang ke hadapan untuk memastikan gadis itu tidak berganjak.
Lah, mulut Fath membulat bentuk 'o'. Tak ada banyak beza sangat pun kalau diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Buat penat dia menaip aje.
Fath mulai mendekati gadis itu dengan yakin. "Excusez-moi," dia menyapa sekali lagi.
Menjadi! Gadis itu menoleh pada dia.
Hati dia lega sedikit. Tangan memperkemaskan kamera yang dipegang. "Can I-"
Belum sempat Fath mengajukan keizinan, gadis itu berkerut kening memandang dia lantas Fath pula yang mendapat soalan.
Tidak semena-mena gadis itu tersengih. Dah kenapa?
"It's actually 'mwa' not 'moi'." Jelasnya bersama senyuman singkat.
Fath sekadar melongo dan mengangguk laju. Alamak, silap pula. Lantaklah macam mana sebut pun. Ada dia kisah?
"May I take your picture, mademoiselle?"
Tak mahu berlengah. Fath terus mengajukan hasrat yang dari tadi dia simpan. Perkataan cik yang selalu ditujukan untuk golongan wanita belum berkahwin, Fath gunakan sebagai bonus bagi menarik perhatian gadis tersebut. Kalau bukan kerana Khai yang suruh, tak adanya Fath nak terhegeh-hegeh macam sekarang ni. Mujur gadis itu bersetuju.
Pakaian kasual dengan jaket kulit dan seluar jeans yang dipakai, ditambah pula dengan aksesori di kepala sudah cukup menjadikan gadis itu menarik setelah dilihat daripada lensa kameranya. Dia turut memperkenalkan diri walaupun tanpa Fath bertanya. Fath acuh tak acuh mendengar sedang matanya fokus melaraskan tetapan pada skrin DSLR.
Ines. Hanya nama depan itu sahaja yang Fath dapat sebut.
Photogenic. Itu tanggapan pertama Fath saat gambar yang ditangkap, tertancap pada skrin. Senang berurusan dengan orang sebegini. Disuruh buat gaya apa pun, cantik sahaja terhias pada foto. Apatah lagi deruan angin yang berhembus daripada Sungai Seine menjadi aktor tidak berbayar tambah mencantikkan gambar yang diambil. Persis seorang model apabila tangan gadis itu naik menyuak rambut yang disapa angin menutupi sebahagian muka.
"Do I look good?" Ines terhenti seketika, bertanya pada Fath. Tiada respons. Mata Fath asyik mengambil gambar. Walaupun Ines dalam pose yang tidak bersedia, Fath tekan juga punat kamera.
Candid. Yes! Itu yang Fath nantikan daripada tadi. Nampak natural sahaja riak wajahnya. Macam inilah baru dia puas hati.
Selesai sudah, barulah Fath menayangkan jari 'okey' kepada Ines yang sedang tekun memandangnya. Tak berkelip dia menatap wajah tak beremosi milik Fath yang tidak langsung mengilas pandang selain tunduk melihat kamera.
YOU ARE READING
Enchanté [NEW STORY]
Romans"Nice to meet you." - FATH HAZIL "We don't use that here. Instead, Enchanté." - DURRAH QAILA Déjà vu. Ilusi memori itu tidak semuanya benar. Boleh jadi memori itu sekadar imaginasi atau peristiwa sebenar yang bercampur-baur dengan keadaan sekeliling...