Chapter 09

32 3 0
                                    


SUASANA jalan raya Kuala Lumpur ketika itu agak sesak hingga ramai yang tersekat dalam kesibukan lalu lintas .

Mereka turut tersekat dalam traffic jam tersebut .

Eirana duduk menopang dagu kerana berasa bosan .

Lagu dari corong radio tidak berjaya menghiburkan dirinya apalagi menghilangkan bosan .

Mata memandang kenderaan yang sesak di depan kereta mereka .

" Sayang " panggil Khair yang sedang memandu di sebelah Eirana .

Ya dia pulang bersama Khair dan Niclas membawa pulang Roll Royce Cullinan milik Matilda .

Ini kerana Khair mahu menghantarnya pulang .

Katanya sudah lama mereka tidak menaiki kenderaan bersama .

Jadi Eirana yang malas bertengkar ikutkan saja apa yang di mahukan oleh lelaki itu .

Eirana menoleh dengan wajah malas memandang Khair .

" Yes ? "

" Siapa lelaki tadi ? " Tanya Khair ingin tahu .

" Siapa ? Lelaki mana ? " Eirana tidak faham .

" Lelaki yang datang bersama you , kenapa dia siap peluk bahu you . Sayang you curang dengan I ke ? "

" Motherfucker watthefuq ? Sejujurnya I tak kenal siapa dia "

Ya jujur dia tidak mengetahui siapakah Leon kerana jejaka itu terlalu misteri .

Hadir dalam hidupnya seakan seorang pengintip .

Mungkin lelaki itu seorang agen CIA yang di hantar oleh America Agensi untuk menyelesaikan misi .

Ya betul ! Dan dia hanyalah kambing hitam dalam misi lelaki itu .

" You tak kenal ? Tak kenal sampai berpelukan macam tu ? "

Khair mula bengang kerana tadi ketika makan jelas sekali lelaki itu cuba menarik perhatian Eirana .

Malah cuba mendekati gadis itu .

Bukannya dia tidak perasan .

Dia lelaki dia tahu cara pandangan lelaki apabila berminat dengan kaum hawa .

" Dia siap kenyit mata pada you , beri you ayam dia . Itu you cakap tak kenal ? "

" Hey I cakap tak kenalkan ? Yang you susah sangat nak faham ni kenapa ? "

Eirana turut bengang kerana Khair seakan menyalahkan dirinya dalam hal ini .

Sedangkan dia langsung tidak mengenali siapa Leon sebenarnya .

Lelaki itu yang datang dalam hidupnya dan ingin berkawan dengannya .

" Habistu macam mana dia boleh datang dengan you dan makan semeja dengan kita ? "

" I patut tanya soalan itu pada you , macam mana you boleh datang ke Johnny's sedangkan I tak jemput you pun "

Till Death Do Us Apart Where stories live. Discover now