18: DEJA VU

453 16 6
                                    

"ABANG! Abang rehat dulu ya. Puteri nak pergi bilik depan sekejap nak ambil pakaian bawa ke sini. Kalau abang nak apa-apa bagitahu Puteri, okey?"

Jam sudah menunjukkan lapan malam. Mereka pun keletihan akibat berpesta seharian. Puteri perlu mengambil pakaiannya sebentar untuk dipindahkan ke bilik baru. Jadi dia minta keizinan daripada suaminya terlebih dahulu.

Tetapi, Maleeq malah merengek macam budak kecil nak kena ditinggal emaknya. Tak dikasi isterinya beredar. "Ala, besok-besok pun boleh ambil, sayang. Janganlah tinggalkan abang. Takut!" Apa yang ditakutkan pun tak tahu.

"Mengadalah abang ni! Seriuslah takut?"

"Aah! Takut nak jauh-jauh dari sayang. Seinci pun tak mahu pisah, tau!"

Puteri ketawa lucu. Ada-ada saja suaminya ini. Tahu dah, miang! "Abang sabarlah dulu. Puteri kejap je. Sekejap lagi Puteri datang balik."

"Alah, sayang. Sayang... Janganlah! Princess..."

Tak tahulah dia punya mengada tahap macam mana. Bukannya bini dia nak keluar jauh pun. Pergi bilik sebelah je.

Terpaksa suaminya ditinggalkan dulu. Puteri perlu mengambil barang-barangnya di bilik lama. Kosmetik dan mandian perlu dibawa pindah selain pakain dan bantal peluk kesayangan.

Sementara Maleeq, terpaksa melopong membiarkan isterinya keluar. Sebenarnya dia pun dah kepenatan, sebab itu dia tak bagi Puteri keluar. Karang dia tertidur betul-betul, apa pun tak dapat. Rugi besarlah!

Uwaaah!!! Menguap banyak kali, mata pun dah mula kuyu. Isteri pula tak kunjung tiba. Mana sayangku ni? Katanya sekejap je. Akhirnya Maleeq kalah. Terlelap juga matanya.

Tetapi, lelapnya kali ini agak berbeza. Dia rasakan tidurnya cukup nyaman dan selesa. Mungkin kerana penangan bilik baru? Mungkinlah!

Tapi Maleeq rasakan dirinya seolah sedang tidur di biliknya sewaktu dia masih tinggal di rumah Zahaedy dulu. Begitulah perasaannya. Sebab itu mudah sungguh dia terlelap. Dalam kiraan detik saja, jiwanya sudah bagaikan terapung ke awang-awangan, ringan seperti awan.

Namun 10 minit kemudian dia kembali tersentak. Pintu bilik terbuka perlahan-lahan. Mata kekal terlelap tapi sukma seakan masih sedar akan kehadiran.

"Abang! Are you sleep?"

Suara itu muncul mendayu-dayu di pendengaran. Ya! Aura ini sama seperti ketika itu. Maleeq cuba gagahkan diri untuk terjaga, namun dia masih belum berjaya.

Sehinggalah sentuhan tangan lembut meraba dadanya, Kedua matanya automatik terbuka.

Wanita itu tersenyum lembut. Rambutnya yang panjang dibiarkan terurai. Maleeq amati dengan seksama, memaksa mata yang masih separa sedar meneroka sekujur tubuh di hadapannya.

Seperti dia pernah lihat wanita ini mengenakan pakaian itu. Night dress satin berwarna hitam, hanya itu yang melekap pada tubuh rampingnya. Ya! Hanya itu.

Jelas terlihat lekuk badan dan segala bentuk yang si dia miliki. Maleeq cuba ingat semula, di manakah dia pernah melihat wanita ini mengenakan pakaian itu?

Jiwa telah kembali sedar lalu mengusir kantuk dari kepala. Kedatangan isteri yang sedia menyerah diri disambut dengan tangan terbuka. Inilah masanya! Inilah malamnya! Tiada apa lagi yang akan menghalangi. Dia dan Puteri semestinya saling memiliki.

Puteri dirangkul dan dibiarkan duduk di atas pangkuannya. Terlalu dekat sehingga dia dapat merasakan setiap lekuk tubuh wanita itu. Wanginya! Indahnya! Senyuman si dia membuatnya bertambah sedar, bahawa satu ketika, dia pernah mengalami situasi ini. Tetapi ianya hanya di dalam mimpi.

NIKAH GANTUNGWhere stories live. Discover now