39: TAK SANGGUP

179 10 2
                                    

"PUTERI okey?" tanya Aryan.

"InsyaAllah okey." Mengangguk ala kadar, lantas menyandarkan kepala yang lesu pada bahu seat 4x4 yang Aryan pandu.

Sejenak Aryan sempatkan melirik wajah wanita itu, sayu sekali. Dengan keadaannya yang lemah dan sedang memerlukan perhatian, dia gigih juga mahu terbang ke Sabah untuk melihat sendiri suaminya.

Aryan tahu, cinta Puteri terhadap Maleeq tiada duanya. Walaupun puas orang cuba yakin bahwa suaminya sudah tiada, tetapi instinc seorang isteri seperti Puteri tak semudah itu digula-gulakan.

Maka dengan terpaksa Aryan meneman Puteri hari ini travel ke Sabah. Aryan harap Puteri akan bertabah bila melihat keadaan Maleeq nanti yang tak lagi sama seperti dulu.

"Puteri, dah fikir masak-masak ke nak jumpa dia?" soal Aryan lagi. Mereka baru sahaja keluar dari kawasan Kota Kinabalu, dan bergerak menuju kampung di mana Maleeq ditemui.

"Kenapa Aryan tanya macam tu?"

"Tak adalah. Saya cuma pastikan yang Puteri, sudah bersedia menghadapi kemungkinan yang akan berlaku."

Puteri lalu menuntaskan padangan tepat pada Aryan yang sedang memandu. "Puteri tak fahamlah apa yang Aryan cuba cakap ni. Kan kita ke sana cuma nak pastikan adakah orang itu betul suami Puteri atau bukan."

"Kalau bukan macam mana?"

Puteri terdiam lantas merunduk. Muram kembali. "Puteri akan belajar untuk reda."

"Betul ke tu?"

Jeda! Betulkah Puteri akan reda? Atau itu hanya ayat untuk sedapkan hati saja? Dia kembali mengangkat muka lalu menatap Aryan lebih serius.

"Kenapa Aryan tanya soalan tu hah? Aryan yakin sangat ke yang suami Puteri memang dah tak ada?" Sepertinya Puteri kurang setuju dengan cara berfikir Aryan. Memang tak setuju pun, kerana dia yakin orang yang bakal ditemuinya nanti adalah Maleeq. No doubt!

"Er... Bukan macam tu! Saya cuma, tak nak Puteri kecewa je nanti."

"Aryan! Aryan tak boleh fikir macam tu, tau. Sepatutnya Aryan kena beri Puteri semangat, bukan malah buat Puteri rasa down." Tumpah kembali air matanya.

Aryan jadi serba salah.

"Aryan patutnya kena tolong yakinkan Puteri yang Puteri akan berjumpa suami Puteri semula. Jauh-jauh Puteri datang ni untuk apa kalau bukan nak jumpa dia?" Tangisannya semakin menjadi.

Aduhai, kenapalah Aryan yang perlu hadap situasi ini? Dia dahlah paling lemah tengok perempun bersedih. Memang benar dia kena bantu Puteri beri dorongan dan semangat, tapi dia lagi tak sanggup untuk melihat drama pertemuan mereka nanti yang pasti akan membuat Puteri tambah kecewa. Apa patut dia kena buat sekarang?

"Oke, okey! Puteri jangan sedih lagi. Kita jumpa dia nanti ya."

Puteri tak menjawap melainkan sambung menangis. Perasaannya yang halus menjadi lebih sensitif bila disinggung tentang Maleeq. Dia kembali bersandar dan menangis terisak-isak, sehingga akhirnya dia tertidur.

Kesihannya dia! Besar sungguh dugaanmu, Puteri. Bersabarlah! Semoga Tuhan gantikan dengan kebahagiaan di hari akan datang, detik hati Aryan.

***

DUA jam 45 minit, Aryan akhirnya tiba di destinasi. Puteri masih tidur, dia biarkan buat seketika. Aryan terus memandu ke klinik desa tempat Hanna bekerja. Sekarang masih jam bekerja, pasti Hanna masih berada di klinik.

Aryan memarkir kenderaan di depan klinik lalu masuk untuk bertemu Hanna. Alhamdulillah Hanna ada. Langsung saja Aryan datang menemuinya.

"Assalamaualaikum, Yam," tegur Aryan.

NIKAH GANTUNGWhere stories live. Discover now