42: MENJADI ORANG TENGAH

170 8 2
                                    

AWAL pagi Adam sudah tercongok di depan rumah Hanna buat menjemput Maleeq. Bersama EX5 lapuk kepunyaan Adam, mereka lalu berangkat ke bengkel bersama-sama. Sudah beberapa hari Maleeq mula bekerja. Rajin pula dia.

"Siapa yang suruh dia bekerja tu, Hanna?" Najwa bertanya.

Makin elok pula kelaku budak itu lama-lama. Dah tak lagi kuat berontak macam dulu. Kelakuannya sekarang sudah seperti orang normal. Siap bekerja di bengkel Adam lagi.

"Tak tahulah, ibu. Tapi semenjak Adam bawa-bawa dia keluar ni, dia semakin okey pula."

"Itulah, elok pulak dah sekarang. Baguslah kan. Mudah-mudahan dia cepat ingat dan balik pada keluarganya."

Muka Hanna terus berubah. Tetapi dia buru-buru selindungkan kerna tak mahu sehingga ibunya perasan. "Ibu, Hanna minta diri dulu. Nak pergi kerja."

"Haa, iyalah. Elok-elok." Najwa biarkan tangannya dicium oleh Hanna. Diperhatikan anaknya mula berlalu. Najwa melepaskan keluhan setelah Hanna selamat keluar.

Sebagai ibu, Najwa tak buta untuk sekadar menyedari akan riak wajah Hanna yang berubah apabila dia menyinggung soal keluarga Maleeq. Najwa tahu yang anaknya sedang menaruh hati pada pemuda itu. Sebab itulah dia berkata demikian, supaya Hanna mulai membuang jauh-jauh apa saja perasaan terhadap Maleeq.

Buatnya benar lelaki itu sudah berumahtangga, siapa juga nanti yang akan terluka bila Maleeq sudah dapat mengingat keluarganya semula.

Sebelum perkara itu terjadi, Najwa perlu menyedarkan Hanna supaya tidak menaruh apa-apa harapan. Kita tolong orang tu sehingga sembuh saja. Jangan ada ada simpan apa-apa keinginan di sebaliknya. Semoga Hanna segera sedar diri.

***

SUDAH beberapa hari Maleeq mula bekerja dengan Adam. Pada awalnya dia kekok dan sedikit canggung. Tetapi dia jenis rajin berusaha. Maka dengan sedikit tunjuk ajar yang Adam berikan, lama kelamaan Maleeq pun mampu melakukannya sendiri.

Seronok Adam. Tertolong juga kerjanya. Ternyata lelaki ini seorang yang rajin dan ringan tulang. Adam tak lagi keseorangan membuat kerja. Ada juga member boleh ajak berbual.

"Hello, Aryan. Adam ni." Tak pakai salam dah. Lupalah tu.

"Ha! Ya, Adam. Ada perkembangan apa?"

"Aku nak bagitahu. Maleeq sekarang dah bekerja dengan aku dekat bengkel."

"Iya ke? Bagus-bagus. Dia ada tunjukkan apa-apa respon positif tak? Macam dia ingat sesuatu ke?"

"Buat masa ni tak ada. Tapi, dia adalah juga cakap yang dia dah mula segan dengan Makcik Najwa dan Hanna. Aku cakap kat dia, aku tak mampu bagi gaji, tapi dia kata belanja makan pun tak apa. Janji dia tak lagi menyusahkan keluarga Makcik Wawa."

Aryan tersenyum perlahan. Gembira mendengar perkembangan baik yang Adam sampaikan. Walaupun Maleeq masih belum mampu mengingat apa-apa, tapi sekurang-kurangnya dia mula sedar bahwa Hanna bukanlah keluarganya.

"Okey, tak apa Adam. Kau bagi je dia gaji semampu yang kau boleh. Jangan risau, duit tu aku yang support. Janji kau perhatikan dia. Minggu depan aku turun sana."

Adam pun setuju dengan cadangan Aryan. Walaupun Maleeq kata cukup belanja makan saja, tetapi setiap kali habis bekerja, Adam akan memberi beberapa puluh ringgit sebagai upah.

Tidak tentu jumlah wang yang diberi memandangkan pendapatan harian berubah-ubah. Kalau dapat lebih, Adam pun beri lebih. Kadang-kadang boleh sampai RM50 Maleeq dapat. Alhamdulillah, dia seronok. Bolehlah buat tolong-tolong bagi belanja dapur pada Makcik Wawa.

Kondisi kesihatan Maleeq kini semakin pulih. Badannya juga mula berisi kembali. Muka yang kusam juga semakin berbinar. Jiwa yang selama ini terperangkap dalam kelam perlahan mula menemui cahaya baharu.

NIKAH GANTUNGWhere stories live. Discover now