BALIK sahaja Lekir, suami isteri itu hanya diam. Masing-masing leka dengan fikiran sendiri, memikirkan tentang berita yang baru sahaja mereka terima.
"Em, Tengku."
Qayyim berpaling memandang isterinya itu. Dia yakin, jika dia rasa dikhianati wanita itu akan lebih merasa lebih lagi daripadanya. Mungkin masih terkejut apabila mengetahui bahawa ada yang tidak menyukainya.
"Tengku, apa yang patut saya buat? Sampai hati dia buat saya macam ni." Air mata menitis jatuh. Wajah ditunduk memandang lantai wad.
Sakitnya hati ini. Tidak pernah dia rasa seperti ini, jika sakit mengetahui masa silam suaminya sudah perit bagai disiat-siat, kali ini hatinya sudah tiada rasa. Rasa percaya kepada orang lain hilang seperti itu sahaja.Qayyim bangun mendekati Melissa. Badan wanita itu dibawa kedalam pelukan. Jika dia yang mendengar sahaja sudah dapat rasakan betapa sakitnya dikhianati seperti itu, apatah lagi isterinya yang merasakan itu.
"Sampai hati dia buat saya macam ni. Apa salah saya sampaikan macam ni sekali dia buat saya. Sepuluh tahun kami berkawan, tapi dia musnahkan semua itu sekelip mata saja," hambur Melissa lagi. Qayyim hanya mendengar tidak berkata apa-apa. Belakang isterinya digosok lembut cuba menenangkan wanita itu.
Lama mereka berada didalam keadaan begitu sampaikan kaki Qayyim mula lenguh namun tidak pula dia mengeluh tentang itu.
"Giving your faith to someone means that you're giving them a blade, whether they keep it to protect you or use it to kill you."
Ayat Qayyim menyebabkan Melissa terdiam seketika. Mencerna setiap bait ayat yang dilontarkan oleh lelaki itu. Wajah diangkat memandang lelaki itu. Mata yang masih basah dibiarkan. Mata mereka bertemu.
"And they decide to kill me," tambah Melissa. Senyum tipis melakar pada wajah cantiknya. Tangan masih lagi melingkar pada pinggang suaminya dan jarak antara mereka pada ketika itu sangat dekat. Entah kenapa tapi dia suka berada dalam keadaan seperti ini. Terasa hangat dan selesa, lebih-lebih lagi apabila lelaki itu menggosok belakangnya dengan begitu lembut.
Qayyim membongkokkan sedikit badan dan melabuhkan tangannya diatas katil, mengunci pergerakan Melissa. Wanita itu hanya statik berada ditempatnya dan wajah mula membahang apabila suaminya itu merapatkan jarak antara wajah mereka.
"If they try to hurt you, I'll be the one who fight them and save you. Hurting you means they're messing with me." Tangan Qayyim naik nengusap wajah Melissa. Apabila jari kasar Qayyim menyentuh kulit lembutnya, badannya terasa sejuk dan aneh.
"Why?" Kini, tangan halus Melissa pula naik mengusap wajah bersih Qayyim. Dia sendiri terkejut dengan tindakan dia namun suasana sekarang menyebabkan kata hatinya untuk teruskan apa yang dia ingin lakukan. Lagipula tak salah pun sentuh suami sendiri, bukan?
Apabila merasa sentuhan itu, lelaki itu betul-betul terbuai. Tapak tangan yang lembut dan halus itu sangat bahaya buatnya. Anak matanya tajam menusuk ke dalam anak mata Melissa. Wajah cantik isterinya ditilik buat entah kali keberapa. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak berfikir yang bukan-bukan.
"Because..." Mata melirik pada bibir milik isterinya itu. Seraya itu Melissa menggigit lembut bawah bibirnya. Dia gementar dan takut namun dia tidak mahu situasi ini berakhir. Melihat tingkah Melissa, ibu jarinya menyentuh lembut bibir wanita itu. Agh! Dia sudah gila. Dia tidak mampu menipu diri sendiri lagi. Dia mahukan wanita ini, wanita yang bergelar isterinya itu.
"You're mine and only mine." Nafas mereka akhirnya bersatu. Tudung yang dipakai Melissa dibuka. Getah rambut wanita itu dilepas membiarkan rambut panjang itu jatuh mengurai.
YOU ARE READING
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...