Part 3

199 30 3
                                    

"Qaseh anak mama!"

Berlari anak Datin Maya mendapatkan Qaseh yang baru sahaja tiba di rumahnya bersama Sofea. Lebar senyuman Datin Maya bila anaknya yang sorang ini akhirnya pulang juga ke tanah air. Walaupun tiada pertalian darah bersama Qaseh, gadis itu sudah pun dianggap seperti anaknya sendiri.

Tangan dilebarkan untuk memeluk tubuh langsing Qaseh. Semakin cantik gadis di hadapannya ini. Muka persis pelakon Hollywood, Kiera Knightley. Senyuman manis Qaseh pasti membuatkan ramai lelaki terpikat dengan anak ini.

Qaseh juga membalas pelukan Datin Maya. Mak angkatnya ini memang sangat mesra dan murah dengan pelukan. Sikap Datin Maya yang sangat lemah lembut dan baik buat Qaseh jatuh sayang pada mama Sofea.

"Rindunya kat Qaseh", kedua-dua pipi Qaseh dicium. Sempat pipi gadis itu dicuit.

Qaseh gelak. "Qaseh pun rindu kat mama. Mama sihat?"

"Sihat, sayang. Terlebih sihat. Ni tengok Qaseh dah balik Malaysia, bertambah sihat. Kan, Sofea?", ujar Datin Maya.

"Ala, mama sihat sebab papa pandai jaga. Habislah, Qaseh. Lepasni kita kena ikut mama hunting makanan. Mama ni pantang dengar ada kedai baru buka, memang laju je dia nak cuba", kata Sofea.

"Heyy, mama support local business tau. Lagipun, tekak melayu mama ni mana boleh tinggal makanan Malaysia."

Qaseh senyum melihat dua beranak ini. Memang dari dulu sampai sekarang Datin Maya memang begini.

"Papa mana, ma?", tanya Qaseh.

"Papa keluar sekejap jumpa kawan. Kejap lagi balik lah tu. Jom, masuk dalam. Mama siap dah masak ayam masak merah favourite Qaseh and sup daging untuk Sofea. Hari ni mama masak lauk kegemaran anak-anak mama."

Qaseh dan Sofea terus senyum bila mama masak lauk kegemaran masing-masing. Mama memang gemar sangat memasak. Bila papa suruh buka restoran, mama tidak mahu dengan alasan dia hanya masak untuk keluarga sahaja. Dia mahu masak di rumah sahaja, tidak mahu buka restoran.

Lauk-pauk sudah dihidang di atas meja. Laju Qaseh melabuhkan punggung di sebelah Sofea. Sofea pula dilihat sudah pun mencedok lauk ke dalam pinggannya.

"Makan, Qaseh. Jangan malu-malu. Ni pun rumah keluarga Qaseh. Papa tak sabar nak jumpa Qaseh", kata mama.

"Terima kasih, ma. Beruntung Qaseh dapat jumpa mama, papa dan Sofea."

"Ish, mama dan papa pun beruntung dapat jumpa Qaseh. Boleh tambah lagi sorang anak. Lepas ni, tak payah dah balik UK, duduk je Malaysia. Teman kami semua di sini."

Qaseh angguk. 8 tahun rasanya sudah cukup lama dia menghilangkan diri dari tanah air. Mujur keluarga Sofea sangat memahami keadaan dirinya.

"Qaseh dah tak boleh lari, ma. Dia kena duduk je Malaysia. Kalau dia lari lagi, kita kejar dia", usik Sofea.

"Eleh kamu nak kejar, esok kamu tu nak jadi bini orang. Mana boleh sesuka hati kejar Qaseh. Nanti Izzul pula kejar kamu", kata Datin Maya. Pecah gelak Qaseh lihat muka Sofea sudah mencebik. Ada-ada je dua beranak ini.

Niatnya bertandang ke rumah keluarga Sofea kerana esok adalah hari pernikahan Sofea dan Izzul. Datin Maya memang awal-awal sudah pesan pada Qaseh untuk bermalam di sini bersama mereka. Taknak biarkan Qaseh berseorangan.

Makan tengahari 3 beranak itu penuh dengan jenaka dan gelak tawa. Sudah lama rasanya Qaseh tidak rasa perasaan bahagia sebegini. Rasa punyai keluarga kembali. Dulu bersama dengan arwah nenek, hanya berdua sahaja. Kini, keluarga Sofea sudi memberi Qaseh peluang untuk menumpang kasih bersama mereka. Qaseh amat bersyukur.

Sekali Lagi CintaWhere stories live. Discover now