Qaseh memandang Sofea tajam dengan muncung itiknya tidak lekang dari tadi. Sofea pula hanya sengih kambing macam orang tidak bersalah. Bertuah betul ini anak. Kalau tak kenangkan budi mama dan papa, memang dah lama budak depan ni kena makan jari ketamnya.
"Ala, sorry lah Qaseh", Sofea terus meminta maaf pada Qaseh. Walaupun mulutnya tidak lekang dengan maaf, senyum tidak bersalah Sofea sengaja disuakan untuknya. Macam Sofea sengaja ingin mengusiknya.
"Sorry naik lori la", jeling Qaseh dengan hati berbaki geram.
"Nak naik lori siapa? Mana ada lori sini. Nanti la aku mintak Abang Seth."
"Sofea!", suara Qaseh tinggi bila nama Seth sengaja disebut. Sudahlah hati ini tengah geram, nama lelaki itu pula disebut. Semakin galak Sofea ketawa melihat wajah Qaseh sudah mencuka.
"Sampai hati kau tak bagitahu aku selama ni kau kenal Seth. Rupanya kawan papa."
Memang pagi lagi dia sudah serbu ke rumah Sofea. Tak kira lah kalau gadis itu tengah bulan madu pun, memang dia cari sampai lubang cacing. Ada perhitungan dengan Hana Sofea.
"Aku bukan taknak bagitahu tapi aku taknak nanti kau lari. Mana aku nak cari kau nanti. Buatnya kau lari ke Amazon, masak lah aku", kata Sofea. Inai di jari-jemari masih merah kelihatan. Al maklumlah, baru je jadi raja sehari.
Qaseh mengeluh perlahan. Walaupun dia sedikit kecewa, tapi ada benar juga kata-kata Sofea. Memang sah dia akan lari kalau dia tahu keluarga Sofea berkawan baik dengan suaminya.
"Qaseh, sorry lah. Bukan kami semua taknak bagitahu, tapi kami cuma rasa bukan hak kami nak masuk campur. Aku pun taknak bagitahu tentang Seth sebab aku rasa aku tak berhak nak campur."
"But at least let me know."
Sofea garu kepala. "Tapi Seth yang tak benarkan."
Mata Qaseh terbeliak. Terkejut. Sofea menutup mulut kerana mulut sejenis susah nak brake awal-awal. Payah kalau kena pressure macam ni. Memang semua terbongkar habis.
"Seth tak benarkan? What do you mean?", Qaseh tidak berpuas hati dengan Sofea. Banyak rupanya rahsia dia tidak tahu.
"Kau tanya lah suami kau sendiri. Semua jawapan ada pada dia."
Qaseh terdiam seketika. Kalau dia mahukan semua jawapan, memang dia kena hadap lelaki berbadan sasa tu. Masalahnya, sudah seminggu Seth Xavier pun tidak muncul sejak malam itu. Qaseh pun lebih selesa sebegitu kerana dia masih janggal dengan Seth. Lagipun, memang dia nak jauhkan diri dari Seth kan.
"Qaseh, bincanglah baik-baik dengan Seth. Enough is enough. Lama sangat kau bawa diri. Ni masa kau untuk kembali semula", kata-kata Sofea membuatkan Qaseh sedikit terpana.
"Bukan senang, Sofea."
Tangan Sofea memegang erat jari-jemari Qaseh. Disalurkan sokongan untuk kawannya. Tidak betah melihat Qaseh mahu mendiamkan diri lagi. Sampai bila nak menderita macam ni?
"Kadang-kala, Allah temukan kita dengan seseorang dari hal yang kita tak ingin. Sebab Allah nak kita redha. Bila kita redha, in sha Allah pasti ada kemanisan yang akan menyusul. Tuhan nak tengok kita ni bersabar atau tidak. Dan, setiap pertemuan kita dengan seseorang bukan sia-sia. Ada benda Allah dah susun."
Qaseh hanya diam sahaja. Hatinya berbolak-balik cuba mentafsir semula kata-kata Sofea. Sudah redha kah dia? Sudah cukup 8 tahun dia ingin ikhlaskan semuanya?
"I'm married a stranger, Sofea. Tak semudah tu aku nak ikhlaskan semua benda."
Sofea senyum nipis. "Tu sebab kau tak buka mata kau luas-luas. Apa yang ada di depan mata kau anggap asing. Sebab tu kau tak ikhlas."
YOU ARE READING
Sekali Lagi Cinta
Romance"Nak puaskan hati semua orang, saya akan nikah dengan Qaseh malam ni jugak!", Seth Xavier. Qaseh terpana. Sudahlah neneknya baru sahaja pergi. Kini dia pula harus bernikah dengan lelaki asing. Demi maruah, mereka terpaksa disatukan. Perginya Seth X...