Part 2

213 34 4
                                    

Qaseh menjejakkan kaki dengan seribu satu perasaan. Perasaan yang sukar digambarkan. Bercampur aduk. Yang pasti tiada perasaan bahagia.

Takut. Hiba. Sedih.

Satu keluhan dilepaskan. Akhirnya, dia kembali ke tanah air yang didiami sebelum ini. Negara yang beri impak terbesar buat dirinya. Masih utuh lagi peristiwa 8 tahun lepas. Masih jelas lagi apa yang terjadi malam itu. Oleh kerana itu juga, dia membawa diri pergi dari tanah airnya.

Qaseh menarik bagasi sebesar 28 inci keluar dari lapangan terbang. Rambut panjangnya diikat kemas memudahkan dia untuk menarik bagasi. Lirik matanya dapat menangkap seorang lelaki mengenyit mata dan senyum nipis.

"Lelaki pantang nampak perempuan", guman Qaseh perlahan. Dia berlalu pergi ke pintu utama.

Dari jauh Qaseh lihat Sofea melambai tangan ke arahnya. Jelas terpancar wajah teruja gadis itu.

"Qaseh!! Qaseh! Sini sini", panggil Sofea lantang. Qaseh geleng kepala. Memang tahu dah perangai Sofea ni, excited terlebih.

Belum sempat dia menegur Sofea, gadis itu laju memeluk erat tubuh langsing Qaseh. Sangat kuat sampai tersedak Qaseh dibuatnya.

"Sorry.. sorry. Aku excited la dapat jumpa kau. Rindu sangat-sangat!!", kata Sofea. Sofea memandang wajah Qaseh lama. Wajah putih bersih Qaseh memang cantik. Dengan tubuh langsing, tinggi lampai, mata almond boleh buat lelaki terpukau, senyuman manis.

"Kau sihat?", tanya Qaseh sewaktu mereka sudah berada di dalam kereta. Qaseh melihat jalanraya yang agak padat dengan kereta. Bandaraya besar memang tak pernah tak padat.

"Sihat. Kau sihat? Macam mana duduk UK? Dapat tangkap mat saleh tak?"

Qaseh ketawa kecil.

"Kau ni. Tak habis-habis dengan mat saleh. Aku bagitahu Izzul baru tahu."

Sofea mencebik. "Ala, janganlah. Bagi la aku chance nak flirt. Next month aku dah kena gari tau", kata Sofea.

Qaseh senyum nipis. Bulan depan Sofea bakal mendirikan rumah tangga bersama Izzul. Dua insan yang secocok, sepadan. Memang beruntung Izzul dapat bakal isteri secantik Sofea.

"Macam mana preparation? All done?", tanya Qaseh.

"95%. Lagi 5% tu sebab aku tak berapa nak ready. Nervoussss", kata Sofea.

"Nak nervous apa, bukan kau tak kenal Izzul. 8 tahun bercinta kan. Dia masih Izzul yang sama." Sambil itu tangan Qaseh mengambil telefon bimbit berbunyi tanda ada notification masuk.

Qaseh melihat satu mesej menandakan duit bulanan sudah masuk. Sudah 8 tahun Qaseh menerima duit bulanan dari sebuah organisasi. Apa yang Qaseh tahu, katanya itu adalah duit dari arwah ibu dan ayah Qaseh. Selepas kematian arwah nenek, dia menerima satu jumlah duit yang agak besar setiap bulan. Tidak pernah pun sekali dia tidak terima duit. Qaseh malas mahu ambil tahu, bila dia telefon katanya itu adalah duit arwah keluarganya. Jadi, dia iyakan saja.

Qaseh dan Sofea bertukar cerita masing-masing kerana terlalu lama Qaseh pergi meninggalkan bumi
Malaysia. Terlalu banyak borak sehinggalah Sofea menghantar Qaseh pulang ke rumah Qaseh yang terletak di tengah ibu kota.

Bagasi besar Qaseh mendarat di hadapan sebuah rumah 2 tingkat. Rumah yang dibeli hasil titik peluhnya sendiri. Sofea meletak beg terakhir Qaseh di atas lantai.

"I'm glad you're back, Qaseh", kata Sofea.

Qaseh senyum kecil.

"Thanks Sofea for everything. Kalau takde kau, tak tahu la apa nak jadi kat aku", ujar Qaseh. Wajah Sofea dipandang penuh hiba. Kalau dia tak bertemu dengan Sofea, dia takkan menjadi Qaseh yang sekarang.

Sekali Lagi CintaWhere stories live. Discover now