Part 5

333 35 5
                                    

"S.. Seth", suara Qaseh tersekat di kerongkong.

"Hello, Qaseh."

Qaseh melepaskan pelukan suaminya dan dia berdiri di hadapan Seth yang jauh lebih tinggi darinya. Kepala didongak melihat wajah Seth Xavier yang sedari dari tadi memandang Qaseh tajam. Hanya senyuman kecil sahaja diberikan kepada isterinya.

Seth mengambil gelas di tangan Qaseh, diisi dengan air oren sebelum gelas itu diserahkan kepada Qaseh. Qaseh pula minum seteguk, rasa payau. Tiada rasa oren kerana terlalu terkejut melihat insan di hadapannya.

"Drink, Qaseh", kata Seth. Qaseh meneguk habis air oren sebelum Seth mengambil gelas tersebut dan diletakkan di atas meja. Mata Qaseh tidak lepas memandang Seth. Mulutnya terkunci.

Perasaan Qaseh tidak dapat digambarkan. Yang pasti dia sangat takut. Insan yang ditinggalkan begitu lama akhirnya berada di depannya. Sejuk tangan Qaseh.

Seth pula hanya diam. Masing-masing membalas pandangan mata. Banyak maksud di sebalik pandangan mereka berdua. Sarat dengan persoalan dan penjelasan.

"Aw..awak buat apa kat sini?", tanya Qaseh. Qaseh cuba menutur kata dengan baik.

"Attend a wedding obviously", kata Seth Xavier. Seth nampak sangat segak dan misteri mengenakan sut serba hitam pada malam ini. Rambut kemas disisir, jambang kemas terjaga dan wangian tubuh badan Seth menusuk ruang rongga hidungnya.

"Awak kenal Sofea?", soal Qaseh. Mana mungkin Sofea mengenali Seth. Kalau Sofea kenal, sudah lama Sofea beritahu Qaseh.

"Saya kawan dengan ayah Sofea. He is my client", ujar Seth.

Terkejut Qaseh mendengar jawapan keluar dari mulut Seth. Betapa kecilnya dunia ini. Siapa sangka suaminya sendiri berkait rapat dengan ayah Sofea!  Ahh, sudah tentu daddy kenal dengan Seth.

"Suprise?", soalan Seth buat Qaseh terdiam. Dia masih lagi cuba memproses keadaan sekeliling. Seth berada di depannya. Seth berkawan dengan ayah Sofea. Hampir saja dia mahu pitam. Jantung masih laju berdengup. Seth sudah ada di depannya, bagaimana dia mahu lari?

Qaseh mengundurkan kaki ke belakang. Perlahan tapak kaki Qaseh mahu pergi dari sini. Dia sangat takut dengan lelaki di hadapannya kini. Dia mahu lari dari sini.

"Where are you going, mia moglie?"

Tapak kaki Qaseh terhenti. Telinganya jelas menangkap bahasa asing yang keluar dari bibir Seth. Qaseh kaku tidak tahu mahu ke mana.

"Nak lari lagi? Tak cukup 8 tahun awak lari dari saya?", soal Seth perlahan di telinga Qaseh. Kata-kata Seth berbaur perli.

Wajah Qaseh sedari dari tadi masih lagi terkejut. Nafas terasa pendek bila dekat dengan Seth. Lelaki itu pula memandangnya ibarat singa kelaparan! Siapa tak takut.

"Seth.. saya nak pergi. Saya.."

"Pergi mana lagi, Qaseh? Nak pergi lagi hilangkan diri? Berapa tahun pula kali ni?", tanya Seth. Lelaki itu santai berdiri dengan kedua-dua tangan berada di dalam poket seluar. Tapi Qaseh, penuh dengan debaran.

"Seth.. tolong. Jangan buat saya macam ni."

"Buat apa, Qaseh? Apa yang saya buat sampai awak tinggalkan saya?", soal Seth. Bermacam-macam soalan tersimpan di dalam hatinya selama 8 tahun. Selama 8 tahun juga lah dia setiap hari tertanya kenapa Qaseh pergi tinggalkannya.

Qaseh cuba menahan air mata. Dia tidak mahu menangis di majlis perkahwinan Sofea. Dia tidak mahu orang ramai melihatnya menangis di hadapan lelaki ini.

"Don't cry, mia bella", kata Seth.

Dan sejurus itu, air mata yang ditahan akhirnya jatuh juga. Mana mungkin dia bisa menahan air matanya. Laju tangan Qaseh mengelap air matanya.

Sekali Lagi CintaWhere stories live. Discover now