PROLOG ¡

728 22 0
                                    





❀•°•════ஓ๑🕊♡🕊๑ஓ════•°•❀


"Ayya, patient wad dahlia you check?"

Seorang gadis cantik yang memakai baju kurung lace batik berwarna lilac dan dipasangkan dengan tudung shawl putih yang baru sahaja melepaskan kot putih miliknya menoleh kearah suara tersebut.

"Ohh..Anna. Ingatkan siapalah tadi. Sudah, baru je Ayya check patient katil 38 tu." Ayya menjawab dengan senyuman dan nada yang lembut

Anna mengangguk. "Baguslah macam tu.."

Setelah hening beberapa saat, suara Anna memecahkan kesunyian. "You ni kan Ayya.. you sepatutnya jadi doctor tau dekat sini. Bukannya jadi nurse. You ada kelebihan. Pandai. Kenapalah elok-elok awak boleh jadi doctor sahaja nak juga jadi nurse??"

"Sebab.. semua orang boleh jadi doctor tapi... tak semua orang boleh jadi nurse." Ayya ketawa kecil sembari dia mengucapkan itu dan dia berbisik "saya memang sukakan cabaran jadi awak maklum aje lah ye, hehehe"

Anna tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. "Ayya...Ayya... you ni memang unik lah. Ha, kalau macam tu bagitau I apa yang susah sangat jadi nurse kalau nak dibandingkan ijazah kedoktoran you tu?"

Ayya menggulungkan bibirnya kedalam. Membiarkan dia memikirkan jawapan yang sesuai.
"Hmm... maybe by becoming a doctor, the challenge is to use expertise and cleverness or skills. while being a nurse, the challenge is even worse. Awak bayangkan, ada ke doktor yang melayan kerenah macam-macam patient dia all the time 24/7 ? No, right? Ada ke awak pernah nampak doktor bantu nurse bersihkan, tukarkan pampers patient? For the sure tak pernah. Sebab itulah saya kata.. jadi nurse the challenge is even worse." Ayya mengakhiri kata katanya dengan senyuman puas kerana dia dapat menjawab soalan itu dengan benar.

"Wah... honestly, i memang baru terfikir benda alah ni bila you cakap macam tu. Tak sangkakan seberat tu nak jadi nurse." Anna membalas sambil perlahan mengangguk.

"Aipp! Dahlah tu, Anna. Melayan awak tak balik-balik kang saya ni nanti. Besok pagi saya kena datang lagi nak check patient. Saya balik dulu ye, Anna" Ayya berkata sembari mula mengambil semua barangnya dan begnya.

Anna tersenyum "Okay..okay.. sorrylah. Take care, Ayya. You tu perempuan bawa kereta malam-malam macam ni. Bahaya" katanya mengingati.

"Ay ayy captain!" Ayya menabik hormat lalu berjalan keluar dari bilik tersebut.

❀•°•════ஓ๑🕊♡🕊๑ஓ════•°•❀


Let me introduce myself first. My name is Ayya. Tapi itu cuma nickname saya je. Nama sebenar, Nuraish Daneeya. Saya seorang doktor di Hospital Columbia Asia. Doktor yang menyamar menjadi nurse? Entahlah. tak tahu nak jelaskan macam mana. Yang jelas, saya memang dari dulu bercita-cita nak jadi doktor but at the same time teringin nak jadi nurse. Faham tak?

Saat Ayya sedang berangan, telefon bimbit miliknya berbunyi. My hero. Ayya tersenyum. Dia menggeser tombol hijau tanda mengangkat panggilan tersebut.

"Hello, Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam. Ayya dekat mana ni? Bila balik? Okay tak dekat hospital tu? Boleh drive malam-malam?? Kalau tak boleh papa pergi ambil Ayya sekarang" Wow.. baru je angkat call dah kena serbu pelbagai soalan ye!

"Papa.. sabar, sabar. Cakap slow-slow, tanya slow-slow. Laju-laju nak pergi mana pa?" tegur Ayya. Dia tersenyum mendengar gelagat heronya itu.

"Papa risau, sayang"

"I know pa. Don't worry. Ayya bukannya budak kecil lagi, kan Ayya dah besar."

Dia sedar, papa khawatirkan dirinya. Papa seperti itu sejak 7 tahun yang lalu. Sejak kejadian itu... sejak Ayya koma... papa jadi lebih protective. Lebih-lebih lagi waktu malam. Entahlah.

Kedengaran Encik Eskandar mengeluh. "Sekarang Ayya dekat mana?"

"Otw balik pa"

"Yelah. Take care anak papa."


❀•°•════ஓ๑🕊♡🕊๑ஓ════•°•❀l

M A T E E N' SWhere stories live. Discover now