❀•°•════ஓ๑🕊♡🕊๑ஓ════•°•❀Kereta mercedes benz putih memasuki kawasan banglo perumahan milik Encik Eskandar. Kelihatan seorang lelaki yang sudah berumur berdiri didepan pintu dengan riak khawatir.
Sebaik sahaja Ayya membuka seat belt dan membuka pintu kereta, Encik Eskandar terus menghampirinya.
"Ayya where are going? are you okay princess? anything hurt??" tanyanya dengan wajah yang cemas.
Ayya menghiasi wajahnya dengan senyuman untuk memberikan jaminan kepada papanya bahawa dia baik-baik sahaja "No pa. I'm okayyy! Semalam Ayya ngantuk sangat baru balik dari hospital, rasa macam tak larat nak balik rumah so Ayya tidur jelah dekat hospital tu. I'm sorry pa for make you worried." Ayya memberi alasan.
Encik Eskandar melepaskan nafas lega. "I'm worried princess.. papa call Ayya tak angkat-angkat pun."
"Charger Ayya tertinggal kat bilik." Ayya segera mencari alasan agar penipuannya tidak ketahuan sambil menunjuk ke arah biliknya itu. "Hehehe, i'm sorry again"
"Hm takpelah yang penting anak papa ni fine fine je. Papa gelabah dah bila bibik cakap Ayya belum balik dari malam tadi." celoteh Encik Eskandar
Ayya dan Sofea yang melihat gelagatnya itu saling berpandangan dan tergelak bersama-sama.
Encik Eskandar berkerut. Ada yang lawak ke?
"Why?""No paa.." Ayya cuba untuk memberhentikan tawanya.
"Pakcik ni tak pernah berubah. Ada je gelagatnya yang buat kitorang geli perut." jelas Sofea.
Encik Eskandar membuat muka tak puas hati. "Pakcik risau, bukannya buat lawak"
Ayya mencuit pinggang Sofea untuk berhenti ketawa. Karang, ada yang kena tidur luar susah juga.
"Dah-dah. Masuk sana. Bibik dah masakkan sarapan tu. Tinggal makan." Encik Eskandar memusingkan badannya dan berjalan masuk ke dalam.
Ayya memandang Sofea. "Kauu.. galak eh gelakkan bapak aku. Karang dia merajuk siap kau"
Sofea tersengih sambil mengeluarkan dua jarinya. "Hehe.. peacee.."
"Dahlah cepat masuk nanti dia bisingg" Ayya menolak badan Sofea agar segera bertindak.
Saat hendak melepasi pintu rumahnya, Ayya melihat keluar sebentar. Sepertinya ada orang yang memerhati. Beberapa saat dia terpegun disitu, Ayya akhirnya menggelengkan kepalanya.
"Perasaan aku je kot."
❀•°•════ஓ๑🕊♡🕊๑ஓ════•°•❀
Lucas yang sedang memerhatikan Ayya terkejut saat Ayya memutarkan badannya dan melihat kearahnya. Lucas segera menyembunyikan dirinya disebalik tembok rumah tersebut.
Kemudian, Lucas mencuba untuk melihat kedalam rumah tersebut semula. Pintu rumah tersebut sudahpun tertutup dan tiada orang diluar. Lucas melepaskan nafas.
Dia terlalu takut untuk muncul dihadapan Ayya walaupun dia tahu Ayya tidak akan mengenalnya. Ya. Tidak akan mengenalnya.
Lucas perlahan kembali berjalan ke kereta miliknya. Tanpa ia sadari, ada mata yang memandang dari dalam rumah tersebut. Disebalik jendela salah satu tingkap diatas.
Ayya tersenyum puas dibalik jendela biliknya. "I got you."
❀•°•════ஓ๑🕊♡🕊๑ஓ════•°•❀
Deruan angin sepoi-sepoi menampar lembut pipi gebunya. Ayya menghirup udara pagi yang segar diberanda kamarnya. Secara tiba-tiba dia terfikirkan tentang sosok lelaki sebentar tadi.
Siapa lelaki tadi? Macam pernah nampak.. tapi dekat mana? kepalanya mula berdenyut-denyut. Ayya melepaskan nafas berat. Dia tahu ini akibat electricity dekat kepalanya sedang tidak mahu menyatu.
"Ya Allah.. bantulah hambamu ini untuk mengingat kembali.." ucapnya lirih
YOU ARE READING
M A T E E N' S
RomancePercintaan?? Aish sangat anti dengan hal tersebut. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya menjadi seperti itu setelah satu kejadian yang berlaku padanya 5 tahun yang lalu. Tetapi ada sesuatu yang mampu menggetarkan jiwanya. Sebuah buquet tulip merah...