BAB 1

214 22 4
                                    







enjoy the story !
kalau boleh korang vote la sekali 🥹🥹

❀•°•════ஓ๑🕊♡🕊๑ஓ════•°•❀




"Daris, kau dah atur masa meet dengan Dato' Nazrin?" tanya seorang lelaki yang berbadan tegap, sedang memakai jam tangannya.

"Eleh, Dato' konon.." usik Daris, Personal Asisstant nya.

Pergerakan Lucas yang sedang memakai jam terhenti seketika. Dia tersenyum tipis. Rindu.. tapi dia sedar, dia harus berperilaku profesional. Sebatas pertemuan dengan klien syarikatnya, Dato' Nazrin. Seketika senyumannya memudar. "Be profesional, Daris."

"Aik? Aku tak profesional ke?" Daris menundingkan jarinya pada dirinya sendiri.

"Okay fine, aku faham tapi biarlah kau happy sikit. Dah berapa tahun aku jadi PA kau ni asyik tengok muka acah cool kau ni bosan jugak. Cuba senyum."

Lucas mengeluh. "I can't.." Sejak dia balik Malaysia, inilah hal yang paling dia takuti. But at the same time, sedikit sebanyak dia bahagia. Rindunya terubat walaupun hanya melihat sekilas.

Daris menggeleng-gelengkan kepalanya "Iyelah, ikut kau. Kau kalau tak sayangkan dia, lepas jelah"

Sejurus Daris berkata, Lucas terus merenungnya dengan pandangan sinis "Maksud kau?" tanya Lucas dengan nada yang menunjukkan dirinya tidak senang dengan kata-kata Daris tadi.

"Kau tahu maksud aku. Just let it go, Ris. I know you." kata Daris dan langsung keluar dari ruangan tersebut. Memberi ruang kepada Lucas untuk berfikir dengan tenang.

Lucas yang masih berada diruangan tersebut hanya terdiam seribu bahasa sambil masih memikirkan tentang apa yang baru sahaja Daris bicarakan...



❀•°•════ஓ๑🕊♡🕊๑ஓ════•°•❀


Burung berkicauan, bersama dengan pemandangan dipagi hari. Ayya menghirup udara segar selepas penat berjogging satu perumahannya. Kini, dia singgah ditaman berdekatan dan berehat sebentar sambil menikmati pandangan. Tenang. Earphone ditelinganya telah berganti lagu, tetapi Ayya masih duduk bersandar dibangku tersebut sambil memandang keatas. Ini adalah caranya buat melepaskan segala beban fikirannya tentang pekerjaan dan..

Mimpi ngerinya.

Setelah kejadian itu, Ayya yang baru sahaja tersedar dari komanya dan dapat tidur tanpa menggunakan ubat tidur, mimpi tersebut seringkali menerpa. Didalam mimpinya Ayya tampaknya seperti..

Seperti dia menonton kematian seseorang. Bahkan Ayya sendiri sepertinya tidak pernah melihat wajah tersebut saat dia sedar. Dimimpinya itu, lelaki tersebut mati dipangkuannya. Keadaannya didalam mimpi itu seringkali menangis terisak-isak. Entah mengapa setiap kali mengingati mimpi tersebut, air matanya mengalir. Ayya kerap mencuba mengingat kembali wajah lelaki tersebut tetapi hampa. Setiap kali mencuba, kepalanya akan bertambah sakit..

Lagu 'Bunga Terakhir' terpasang di Iphonenya. Sedikit ia tersentak. 'Bunga terakhir..?' Ayya teringat bunga terakhir yang dia dapat setelah dia sedar dari komanya, tahun lalu. Pada hari lahirnya. Bunga tulip merah yang dikirim bersama satu kad yang ada tulisannya.

for : my sweetie aish
from : le vôtre

"red tulips symbolize deep love for someone. keep your heart for me, dunia. i'm always for you and i'm only yours. forever."

"Aww.." Ayya mengerang sedikit sambil memegang bahagian kepalanya yang berdenyut-denyut. Ayya mencuba berdiri untuk pergi ketempat yang agak ramai. Karang, jadi sesuatu lepastu dia sorang-sorang kat situ tak ke naya?

Dia berjalan perlahan tetapi semakin lama sakitnya semakin menjadi-jadi sakit dikepalanya itu. Akhirnya Ayya terjatuh di kawasan yang berhampiran dengan jalan raya.

Saat matanya sudah hampir tutup sepenuhnya, Ayya merasakan bahawa bahunya disentuh oleh seseorang.

"Dunia..?"

"Are.. are you okay?" tanya suara tersebut dengan nada sepertinya sangat cemas

"Don't leave me again, sayang. Please.. I'm begging-..."

Dunianya terus gelap.

❀•°•════ஓ๑🕊♡🕊๑ஓ════•°•❀

M A T E E N' SWhere stories live. Discover now