❀•°•════ஓ๑🕊♡🕊๑ஓ════•°•❀Ayya telah bersiap dengan mengenakan pakaian blouse merah muda dan seluar palazonya disertakan tudung shawl putih. Dia berjalan menuruni tangga dan menuju ke meja makan. Tuan Eskandar sudah menunggunya disitu sambil meminum kopi kegemarannya.
"Princess nak ke mana pula ni?" Tuan Eskandar bertanya dengan kerutan didahinya. Budak ini.. baru je balik pagi tadi, petang ni nak keluar balik.
Ayya bergumam sebentar mendengar pertanyaan papanya sambil mengoleskan mentega di rotinya. "Kerjalah papa sayang.. petang ni shift Ayya kan"
Tuan Eskandar hanya memerhati gelagat anak semata wayangnya itu. Beliau tersenyum. "Aish.. Aish.. anak papa dah besar.. boleh ke papa ada dengan Aish sampai bila-bila?"
Pergerakan Ayya terhenti dan melihat kearah papanya. Sudah lama papa tidak panggil menggunakan nama sebenarnya. Ayya suka mendengar papa memanggilnya seperti itu tetapi tidak dengan apa yang papa bicarakan.
"Pa.. why are you saying like that?" Ayya bertanya sambil berkerut tanda memprotes
Tuan Eskandar menghirup kopinya sesekali. "Aish tau tak? Papa sejak kebelakangan ni, selalu mimpi mama kamu. Almost everytime i sleep, princess." ungkap Tuan Eskandar. Secara tak sedar dia pun tersenyum. Begitu rindunya beliau dengan isteri tercintanya itu.
Tuan Eskandar mengalihkan pandangan melihat anaknya "Muka Aish mirip dengan almarhumah mama. Sangat mirip.." kata Tuan Eskandar dengan mata yang sudah berkaca-kaca
"Pa..." Ayya turut ikut sebak melihat papanya seperti itu.
"Umur Aish pun sudah masuk 25 tahun, bukan? 25 tahun papa tak jumpa bidadari papa. Papa rindu sangat-sangat.." air matanya sudah mula mengalir dipipi.
Ayya langsung bergegas kearah papanya dan mengelus lembut belakang papanya. Ayya mengambil tisu dan mengelapkan air mata papanya.
"Papa... janganlah macam ni.."Tiba-tiba Tuan Eskandar ketawa kecil. "I have something to tell you, princess."
"About what?"
"About your past" Darah Ayya berderau saat mendengar perkataan tersebut. Setelah terdiam beberapa saat, Ayya pun menjawab
"I'm happy that finally you want to story about my past. Tapi boleh tak lepas Ayya balik kerja?" Ayya tersengih sumbing
Tawa Tuan Eskandar terpecah. Aish.. Aish.. kerjanya memang nombor satulah.
"Iyalah. Papa tunggu dekat rumahlah kalau macam tu."
"Eh? Papa tak pergi office??" Peliknya papa miss pergi office sehari. Perangai Ayya juga turun daripada papanya. Tak boleh betul absen sehari sahaja.
"Papa dah tua lah, princess. Nak wasiatkan company dekat anak papa tapi anak papa ada satu ini saja ha. Dia pun ambil bidang kedokteran macam manalah nak bagi dia?" Tuan Eskandar sedikit menyindir. Iyalah, Tuan Eskandar sudah memperingati anaknya agar melanjutkan usahanya tetapi anaknya tetap ingin melanjutkan kearah yang ia ingini. Yasudahlah.
"HAHAHAHA PAAA! you always like this eh" Ayya sedikit menjeling papanya.
"Dahlah pa, Ayya makin lambat kalau bual dengan papa ni. Ayya gerak dulu yee" katanya sambil mengaut semua barang-barangnya dan menyalami papanya.
"Take care, princess" pesan Tuan Eskandar kepada anaknya.
Ayya menabik hormat "Ay ay captain! hehe.. Assalamualaikum my hero, i'll go first. Byeee!"
Tuan Eskandar hanya melihat kelibat anaknya yang berlari anak kearah keretanya sambil menggelengkan kepalanya.
"Mateen.. Mateen.. you'll happy if you're in my position."
YOU ARE READING
M A T E E N' S
RomancePercintaan?? Aish sangat anti dengan hal tersebut. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya menjadi seperti itu setelah satu kejadian yang berlaku padanya 5 tahun yang lalu. Tetapi ada sesuatu yang mampu menggetarkan jiwanya. Sebuah buquet tulip merah...