Soryyyy sebab lambat sangat ☹️☹️
So now, enjoy this chapter cintaa 🫶🏻🫶🏻❀•°•════ஓ๑🕊♡🕊๑ஓ════•°•❀
"Papa kena tau jugak" pintas Sofea
"Tak boleh.. kau tau kan berapa banyak kali papa aku masuk wad jugak kalau tahu aku macam ni??"
Ayya membangkang."Lah.. Habistu daritadi papa kau call aku aje jadi aku bingung nak jawab ape. Aku taknak tipu papa kau, nanti aku dapat dosa tipu orang tua. Kau jangan.." Sofea memberi amaran. Bukan apa, Sofia dengan Encik Eskandar tu dah macam kawan rapat dah. Semua pasal Ayya mesti Encik Eskandar tanya Sofea.
"Ishh.. Aku ni-.." ucapan Ayya dipotong saat seorang jururawat memasuki bilik tersebut dengan satu buquet bunga ditangannya.
"Ya Nasywa kenapa? Ada perlu apa-apa ke?" tanya Sofea kepada jururawat tersebut.
"Macam ni Puan Sofea, tadi ada sorang lelaki ni bagi bunga ni dekat kaunter. Dia minta tolong saya untuk bagi bunga ni dekat Puan Nuraish Daneeyya wad 808." jelas jururawat tersebut
Ayya yang sedang menikmati makanannya berhenti seketika saat mendengar itu. Ayya menoleh dan melihat kearah bunga tersebut. Sebaik sahaja melihat bunga tersebut, matanya sedikit membesar akibat terkejut.
Ayya menunjuk kearah dirinya. "Saya? Dari siapa??"
Jururawat tersebut menghulurkan bunga tersebut kepada Ayya dan disambut olehnya. "Maaf, saya kurang tahu puan. Tadi lelaki tu pun bagi pesan suruh hantar bunga ni and then terus pergi."
"Baru je eh?"
"Ye puan."
Ayya langsung bergegas menurunkan kakinya dan memakai seliparnya lalu mengambil kantong air yang disalurkan ketangannya.
Sofea yang melihat tingkah Ayya pun ikut panik. "Ehh Ayya kau nak pergi mana ni??!"
"Kejapp! Kau duduk sini diam-diam. Aku nak keluar."
"5 Minit jeeee!" potong Ayya saat melihat reaksi Sofea seperti hendak membantah.
Melihat Sofea tidak jadi untuk memotong kembali ucapannya itu, Ayya pun bergegas jalan keluar dari bilik menuju ke ruang kaunter tersebut.
Maklumlah.. Ayya baru sahaja menerima rawatan, jadi baru jalan sikit dah mengah dulu. Sambil mengaut kembali nafas-nafasnya, Ayya melihat sekeliling dia. Tiada tanda-tanda ada orang lelaki berdekatan area situ. Ada pun yang dah tua-tua. Takkan lah diorang yang bagi, kan?
Ayya melepaskan nafas beratnya. "Hufttt.." Dia melihat kembali bunga yang berada ditangannya itu. Tulip. Again and again tapi Ayya masih tidak tahu siapa yang memberikannya.
"Why.."
❀•°•════ஓ๑🕊♡🕊๑ஓ════•°•❀
Lucas memasuki keretanya dan melepaskan cermin mata hitamnya. Saat itu, jelaslah kelihatan air matanya sudah menitik. Lucas meremas stereng kereta kemudian menekup mukanya.
"Why.. Why not me.."
"ARGHHH!!" Lucas mengamuk. dia menumbuk numbuk stereng keretanya seperti orang gila. Memerlukan beberapa minit untuk dia melampiaskan segala emosinya.
Lucas perlahan kembali tenang dan mengumpulkan nafasnya semula. "Yeah.. at least i can saw her from a far didn't i? God, please help me." ucapnya sembari menggenggam kedua tangannya..
❀•°•════ஓ๑🕊♡🕊๑ஓ════•°•❀
Seperti biasa, sebaik sahaja Ayya sudah disahkan boleh keluar hospital, dia langsung bergegas keluar. Semestinya ditemani oleh Sofea lah. Mana taknyaa, balik-balik kalau tak ada Sofea sebagai barang bukti mana lah papa nak percaya cakap dia tu.
Sofea memandu kereta milik Ayya kerana mengkhawatiri keadaan Ayya yang baru sahaja hendak memulih.
Keadaan didalam kereta sedang hening. Sofea memutuskan untuk memulakan pembicaraan mereka.
"Ayya"
"Hm?" Ayya menyahut tetapi pandangannya masih lagi menghadap ke hadapan.
"Seriously you did not remember anything about your past? Even a little bit babe?" Sofea melontarkan buah soalan keras kepada Ayya.
Ayya meraup wajahnya sebaik sahaja mendengar soalan itu "Aku pun kalau boleh nak ingat semua benda tu..." jawab Ayya. Lirih.
Sofea yang mendengar jawapan tersebut langsung melihat ke cermin side mirror kirinya. Jelas disitu dia boleh melihat kesedihan yang mendalam. Kelihatannya jujur bahawa Ayya masih belum mengingati apa-apa pun tentang masa lalunya itu.
Bukannya Sofea tidak percayakan Ayya, disebabkan Sofea tahu Ayya adalah seorang yang pendiam dan hanya menyimpan dihatinya, Sofea gusar. Takut-takut Ayya sudah mula mengingat sesuatu dan melakukan tindakan luar kawal.
Sofea melepaskan nafas berat dan ingin menenangkannya. "Ayya.."
"Boleh tak kau ceritakan masa lalu aku? Aku dah lama nak minta kau ceritakan tapi papa asyik larang aku untuk minta dengan kau." Ayya memintas
Sofea terdiam mendengar permintaan sahabatnya itu. Bukannya tidak mahu, tetapi..
Beberapa minit telah berlalu.
"Sof? Kau kenapa diam je? Tak boleh cerita jugak?"
Melihat kebisuan sahabatnya itu, Ayya sudah mengagak. Dia sandarkan kepalanya dikerusi. "Haihh.. i should now my past but people who know about it doesn't want to share it. What would i do, right?"
Sakit. Ayya mengucapkan ayat tersebut dengan nada seperti berjauh hati. Sofea kawan rapatnya kot. Takkanlah benda besar yang sepatutnya dia tahu, Sofea tak mahu beritahu juga.
"Ayya.." Sofea memanggil. Tetapi tiada sahutam. Tampaknya, kali ini Ayya benar-benar berjauh hati.
"You know that i love you, kan? I'm your bestfriend and you're my bestfriend. Kalau kau takde, aku dengan siapa? Pasal masa lalu kau.. one day aku akan ceritakan but not now. So far are you understand?" Sofea menjelaskan mengapa dia tidak mahu bercerita sekarang.
Ayya yang mendengar itu langsung melepaskan nafas lirih. "yeah.."
Sorry ayya.
❀•°•════ஓ๑🕊♡🕊๑ஓ════•°•❀
Kalau ada apa-apa yang korang nak betulkan ke ape ke comment jela tauuu 😾😾
YOU ARE READING
M A T E E N' S
RomancePercintaan?? Aish sangat anti dengan hal tersebut. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya menjadi seperti itu setelah satu kejadian yang berlaku padanya 5 tahun yang lalu. Tetapi ada sesuatu yang mampu menggetarkan jiwanya. Sebuah buquet tulip merah...