Seminggu. Sudah seminggu aku berbaring di atas katil. Aku mengusap perutku yang tidak lagi terasa berat. Hanya cahaya matahari dari luar tingkap yang menyinari bilikku.
Seminggu ini juga, aku masih tidak dapat lupakan kejadian buruk yang telah berlaku kepada aku. Segalanya berlaku sepantas kilat.
Lorenzo? Dia tak mati. Dia hanya ditahan dalam penjara bersama Serena selama dua puluh tahun. Sangat tak adil bagiku. Tapi sekurang-kurangnya tempat dia melakukan kerja kotor itu bakal dirobohkan tidak lama lagi.
Faris? Pengakhiran paling buruk bagi dia dan aku masih tidak dapat lupakannya. Kalau aku tahu Serena sudah lama mengintip ketika itu, berkemungkinan aku masih dapat bertemu dengannya hari ini.
Tiba-tiba bunyi pintu bilik diketuk dari luar. Aku hanya diam sambil melihat pintu itu perlahan-lahan dibuka.
Kelihatan Arjuna membawa sebuah mangkuk dan segelas air kosong di tangannya. Dia tidak berbaju. Balutan besar yang membaluti pada bahagian badannya masih ada begitu juga pada kepalanya. Wajahnya pula perlahan-lahan makin pulih daripada kesan lebam dan luka sebelum ini.
"Your breakfast is here." Arjuna senyum manis. Kedua-dua belah tangannya diangkat sebelum kaki mula menapak mendekatiku.
Aku tidak membalas senyumannya. Wajahku kosong tidak berekspresi. Aku hanya melihat dia menapak ke arahku sebelum mangkuk dan gelas itu diletakkan di meja sebelah katil.
"Hari ini abang ada masakkan sayang bubur ayam." Arjuna mengambil sesudu bubur sebelum disuakan ke mulutku.
"Sampai bila abang nak rahsiakan daripada Laila?" Soalku tiba-tiba. Tangan Arjuna terus mengeras sambil tatapannya menghadap kepadaku. Selama seminggu, Arjuna langsung tak beritahu apa yang telah terjadi padanya selama tiga bulan lepas. Apa yang aku tahu, dia datang kepadaku dengan wajahnya yang pucat seperti baru dibelasah.
"Laila memang tak layak untuk tahu ke? Memang Laila bukan orang penting bagi abang?" Pandanganku menjadi kabur. Air mata mulai terkeluar dari tubir mataku.
"Sa—"
"Laila gugur." Sambungku laju. Arjuna seolah-olah tersentak.
"Laila gugur, abang. Disebabkan dia, Laila gugur! Laila gugur! Anak kita dah tak ada... Sebab dia, dan sebab abang!"
Tanganku memukul-mukul dada bidang Arjuna dengan sekuat mungkin sehingga badannya tertolak ke belakang. Arjuna masih diam tetapi matanya terbuntang luas. Tergamam dengan kata-kataku.
Penyeri keluarga kami yang pertama...
Dijemput tuhan.
Suasana pada malam ini sungguh sunyi. Aku kini berada pada ruang tamu bersama dengan keluargaku. Abang Han tidak dapat datang semula ke Itali kerana dia perlu menghadapi peperiksaan semester.
Ikutkan gerak hati aku, mungkin ibu dan ayah mahu aku dan Arjuna pulang ke Malaysia lebih awal. Tapi, mereka langsung tak bersuara. Sudah tentu saja ibu dan ayah tahu apa yang berlaku pada aku. Ibulah orang pertama yang aku lihat ketika aku berada di hospital ketika itu. Apa yang berlaku pada aku setelah aku direnjat dengan elektrik, aku langsung tak ingat.
"Jadi... Ka..."
"Tak nak. Kakak tak nak balik." Laju saja aku memotong percakapan Aaron. Aku sudah buat keputusan. Biarlah aku tinggal disini lebih lama sedikit. Ada sesuatu yang perlu aku buat sebelum pulang ke tanah air.
"Tapi Lai..."
"Laila akan balik bila Laila nak balik." Putusku. Sudu dan garpu yang dipegang aku letakkan semula ke atas pinggan. Terus aku angkat kaki untuk menuju semula ke bilik tanpa menghabiskan makanan yang tersisa di dalam pinggan.
Sampai saja di depan pintu bilik, aku terduduk di atas lantai. Diriku terasa lemah. Aku tak mampu bersuara. Bagaikan ada sesuatu yang menghalang tekakku. Mungkin itu ialah diriku sendiri. Aku tak kuat. Aku tak kuat seperti yang lain. Aku lemah.
Tiba-tiba, bahuku terasa sentuhan lembut seseorang dari arah belakang. Aku tidak mampu bergerak, sebaliknya aku hanya biarkan saja.
Arjuna memelukku dari arah belakang. Dagunya ditopang lembut pada bahu belah kananku. Dia mengunci diri aku dalam dakapan hangatnya.
"Abang minta maaf, sayang. Abang sedar, abang tak mampu jadi suami yang terbaik. Abang cuba.. dan abang gagal." Dia berkata. Nada suaranya sungguh lembut.
"One fine day, I'll tell you what happened to me. But for now, please don't force yourself too much."
Kepalaku berpaling ke arahnya dek pelukan dilonggarkan. Dengan mata yang sembab, aku menatap wajahnya. Biarlah buruk sekalipun, aku hanya mahu melihat wajahnya sekarang ini.
Beberapa saat selepas mata aku puas menatapnya, aku pula yang membalas pelukan Arjuna. Tapi pelukan aku erat. Sangat erat bagaikan tidak mahu dilepas.
Tangan besar Arjuna dapat dirasakan melalui sentuhan lembutnya pada rambutku. Perlahan-lahan dia mengusap rambutku sebelum dikucup sekilas.
"I promise, dear. I will tell you. Now, you just need a good rest."
YOU ARE READING
LAILA'S BROTHER (HIATUS)
Romance𝟏𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 ❝𝙄'𝙫𝙚 𝙗𝙚𝙚𝙣 𝙬𝙖𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙢𝙚.❞ 𝙝𝙚'𝙨 𝙤𝙗𝙨𝙚𝙨𝙨𝙚𝙙 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙝𝙚𝙧𝙤'𝙨 𝙬𝙞𝙛𝙚. SLOW UPDATE! 100% IDEA SENDIRI. WARNING! READ AT YOUR OWN RISK! ⚠️ VIOLE...