SYAHRIZ meneliti wajahnya di cermin. Tangannya ligat memakai necktie pada bajunya. Sekejap dibuka kembali. Selepas itu, dia merengus. Apasal dia boleh lupa macam mana nak pakai? Itulah jarang sangat masuk kerjakan.
"Awak ok?"tegur Haura.
Syahriz hanya menganggukkan kepalanya. Dia baik saja tapi necktie ini yang buat dia jadi gila. Haish, nak saja dia pijak benda ni.
Haura tersenyum kecil melihat wajah lelaki itu berkerut. Macam susah saja nak pakai. Aih, tak reti minta tolong ke? Sombong betul.
"Nak saya tolong?"pelawa Haura.
Kesian pula bila lelaki itu sudah meraup wajah kasar. Pasti dalam keadaan serabut sangat. Pagi-pagi lagi sudah serabut.
"Tak apa. Aku boleh buat sendiri."tolak Syahriz.
Haura terus mencebik. Ceh,boleh buat sendiri konon. Poyo betul. Suami siapalah ni. Tanpa dipinta, lantas Haura menapak ke arah suaminya. Tangan suaminya ditempis. Necktie suaminya dibetulkan.
"Awak balik bila?"Haura memulakan perbualan.
"Malam. "balas Syahriz sepatah. Matanya memandang wajah isterinya. Tangannya mula naik memegang pinggang isterinya.
"Awak nak saya hantarkan makan ke nanti?"
Syahriz tersenyum. Dia mengelengkan kepalanya. Makanan daripada rumah tak pernah sampai ke dalam pejabatnya. Jadi biasanya dia tidak akan makan bila waktu kerja.
"Ok. Tapi jangan lupa makan. Demam awak tu tak kebah lagi"pesan Haura. Risau betul bila suaminya mahu kerja harini. Sudahlah badan lelaki itu lesu. Terasa seperti isteri derhaka pula.
"Hmm. Kau pun sama. Jangan lupa makan."kata Syahriz. Tangannya naik mengerlus lembut bibir gadis itu. Haura tersenyum. Dia mengangguk perlahan.
"Kau sayang aku?"tanya Syahriz. Entah kenapa dia tanya soalan sebegitu. Dalam banyak-banyak soalan, kenapa mesti soalan itu juga yang keluar?
"Mestilah saya sayang awak. Kenapa awak tanya?"
Syahriz mengelengkan kepalanya. Matanya daripada tadi memandang bibir gadis itu. Dia rindukan belaian gadis itu. Sudahlah semalam tak mendapat.
"Rose.."soalan tadi tidak dijawab malah dia memanggil gadis itu. Haura mengumam perlahan. Baju kemeja suaminya dibetulkan apabila dia sudah selesai memakaikan necktie lelaki itu. Nasib baiklah dia tahu.
"Boleh aku nak kiss?"tanya Syahriz polos. Serta merta Haura tersenyum kekok. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Kiss eh? Macam lain je permintaan lelaki itu.
"Kiss?"
Apabila soalan itu dilontarkan, Syahriz tersenyum menyenget. Laju saja dia mendekatkan wajahnya ke wajah isterinya.Haura terus memejamkan mata.
Dapat dia rasakan bibir Syahriz semakin dekat mendekati dahinya. Tangan lelaki itu perlahan-lahan naik ke belakang badannya untuk menahan pergerakan.
"Astagfirullah! Maksiat!"
Serta merta mata Haura terbuka besar. Diamenolak dada lelaki itu supaya jauh darinya. Macam serupa kena tangkap basah.
Apabila ditolak, Syahriz terus memandang tajam ke arah Rafqi yang menutup matanya. Aish, asyik kacau daun saja ni. Bila masa aku nak bermanja!
"Apa kau nak?"tanya Syahriz kasar. Rambutnya dibetulkan supaya kemas.
"Saya baru nak ajak tuan pergi sekarang sebab tuan dah lambat ni. Saya tak tahu pulak tuan nak sambung buat projek semalam."balas Rafqi selamba.
Syahriz mengeluh perlahan. Memang dia sudah lambat tapi tak perlulah sampai mahu terjah masuk terus. Aish, nasib baik Rafqi saja. Kalau orang lain memang jatuh aibnya.
YOU ARE READING
SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]
De Todo𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬: The king of dark devil 𝑳𝒆𝒆 𝑺𝒚𝒂𝒉𝒓𝒊𝒛 𝑫𝒂𝒏𝒊 | 𝑵𝒖𝒓 𝑯𝒂𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒐𝒔𝒆 Color personality:🔴🟢 "Buang masa saja ada isteri. Lagipun perempuan ni hanya akan menambahkan beban dalam hidup aku." Pada awalnya,itu cuma kata-ka...