BAB 70

3.6K 73 7
                                    

2 BULAN KEMUDIAN..

JAM di dinding dikerli beberapa kali. Syahriz mengeluh. Perut yang sudah berbunyi dipegang. Alahai, lagi 4 jam lagi mahu berbuka puasa. Tapi perut dia sudah lapar kut. Tak akan lah mahu makan sikit pun tidak boleh?

"Daddy! I dah balik!"panggil Sumaiyah. Laju dia berlari ke arah Syahriz yang baring menelentang di atas lantai.

"Mana mommy dengan uncle Raf?"tanya Syahriz. Rambut Sumaiyah yang sedikit kusut dibetulkan.

"Mummy cook. Uncle pula ada dekat luar"balasnya. Wajah lemah Syahriz dipandangan sayu. Kesian daddy kena puasa. Syahriz hanya mengangguk. Langsung dia mengalihkan perhatian ke arah aiskrim yang berada di tangan Sumaiyah.Terus kecur air liur dia dibuatnya.

"Mana you dapat aiskrim ni? Bukan ke you puasa mayah?"tanya Syahriz. Matanya tidak lepas dari memandang aiskrim itu. Macam sedap aje. Kalau dia makan sikit aiskrim tu tak apa kan?

Sumaiyah tersengih menanyangkan gigi putihnya. Aiskrim itu disorokkan. Alah kantoi pula!

"Tadi I dah puasa. Sekarang, i nak berbuka puasa lah daddy."balasnya. Sempat lagi dia tersengih. Langsung, kening Syahriz ternaik. Aik, buka puasa? Bukan Haura kata buka puasa bila dengar azan maghrib ke? Azan asar pun belum masuk lagi. Macam pelik aje ni.

"Boleh ke macam tu?"

Sumaiyah terus menjungkitkan bahunya. Entah, tapi mummy bagi aje dia beli aiskrim ni tadi.

"Mummy cakap i aje yang boleh. You tak boleh"balasnya. Sempat lagi mayah buli daddy. Langsung, Syahriz mencebik. Ceh, memanglah Haura bagi. Kan budak lagi. Aduhai, kenapalah bulan puasa ni menyeksakan? Haura kata bulan puasa ni seronok. Tapi, apa yang seronoknya?

"Ermmm, daddy tolong bukakan. I nak makan"pinta Sumaiyah. Lengan Syahriz digoyang-goyangkan. Syahriz mengeluh. Wajah Sumaiyah dipandang.

"You yang nak makan kan. Kenapa daddy pula yang kena buka?"soal Syahriz. Ada nada mengajuk di situ. Sumaiyah tersenyum kecil.

"Alah, daddy... You kan daddy I? You mesti kena tolong"balas Sumaiyah. Bijak betul bila menjawab tapi bila belajar matematik tak tahu pula nak jawab.

"Haih, yalah mayah."Syahriz pasrah. Nasib baiklah anak. Kalau tidak memang dia tidak akan layan. Plastik Aiskrim itu dikoyakkan sebelum menghulurkan kepada Sumaiyah.

"Thanks Daddy! " Dengan senyuman lebar, Aiskrim itu terus masuk ke dalam mulut. Ermm, sedapnya!

Syahriz terkedu. Air liur diteguk payah. Ya Allah, besarnya dugaan bulan puasa ni. Entah kenapa dia lihat aiskrim itu sedap sangat. Padahal sebelum ini, aiskrim itu tidak menarik perhatian dia pun.

"Psst mayah.."Syahriz memanggil serupa berbisik. Tidak mahu sesiapa dengar. Kalau Haura nampak ini memang habis dia dikerjakan nanti.

"Psst mayah!"seru Syahriz lagi. Tapi kali ini lengan Sumaiyah ditarik-tarik. Sumaiyah menjeling. Ini mesti Daddy nak aiskrim dia.

"Apa you nak daddy? I nak makan lah!"rengusnya. Geram! Wajah Syahriz dipandangan dengan sebelah mata.

Syahriz tersengih. Bibirnya diketap rapat.

"Mayah...boleh tak daddy nak sikit aiskrim you tu?"perlahan suara Syahriz bertanya. Lengan Sumaiyah dicucuk-cucuk. Sumaiyah menjuih bibir. Langsung dia menjarakkan diri dari Syahriz.

"Tak boleh!"

"Eh apa pula tak boleh! Daddy yang mandi you dulu tau!"rengus Syahriz. Kecil besar saja dia pandang budak ni. Sumaiyah mencebik.

"Mana ada! Mummy yang selalu mandikan I masa you pergi kerja!"bantah Sumaiyah. Dia masih ingat lagi mummy yang selalu mandikan dia. Bukan daddy!

"Oh kalau macam tu, siapa yang selalu tidur dengan you"

"Mummy!"balas Sumaiyah. Syahriz mengetap bibir. Aduh, apa lagi modal yang dia ada?

"Herh, habistu siapa yang selalu belikan you coklat gajah hah!"bagus. Harap-harap inilah yang boleh buat dia rasa sedikit Aiskrim itu. Lagipun tekak dia sudah kering ni. Sudahlah hari tengah panas.

"Heh, uncle Raf boleh belikan untuk i lah!"jawab Sumaiyah. Kalau Daddy tak nak belikan dia masih ada uncle apa? Kan bijak tu!

Syahriz menghela nafas. Alah, satu gigit pun dia sudah bersyukur tahu. Kedekut betul. Anak siapa lah ni!

"Okay fine. Daddy tak kisah pun!"rengus Syahriz. Tanpa memperdulikan Sumaiyah, laju dia menapak masuk ke dalam bilik. Pintu bilik sengaja dihempas kuat. Biar bergegar rumah ni dia kerjakan! Sumaiyah hanya mengendahkan saja. Aiskrim ditangan digigit. Ermm! Nikmatnya bila dapat makan.

Daddy?

Apa dia kisah daddy nak merajuk. Merajuklah! Dia ada mummy apa? Lagipun mummy kata Daddy banyak duit. Pergilah beli sendiri. Tak akan lah itu pun dia mahu ajar? Hemp!



















































KUAH kacang yang masih panas di dalam kuali besar dilihat sekilas. Syahriz mengaru kepala. Kenapa pula ada banyak sangat lemang dengan ketupat? Siapa yang mahu makan segala makanan ni?

"Ummi, kenapa banyak sangat masak harini? Dekat luar tu ada lemang tengah bakar. Ada kenduri ke esok?"tanya Syahriz polos.

Jujur, dia keliru. Haura kata sama ada esok atau lusa Raya tapi kenapa pula bakar lemang bagai? Macam mahu buat kenduri kawin pula. Tak akan lah untuk Rafqi kut.

Puan Aida tersenyum kecil. Kuih raya yang sudah siap dibakar diletakkan ke dalam balang kaca yang kedap udara.

"Esok dah diumumkan raya. Tak akan lah Haura tak bagi tahu apa-apa pun pasal Hari Raya dekat kamu?"balas Puan Aida pelik. Tak akan lah lelaki itu baru sambut hari raya kut. Selama ini tak pernah sambut ke?

Syahriz tersengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Ada cuma masa dekat bandar tak ada pula Haura masak semua ni. Saya cuma tahu masa hari raya datang rumah orang mintak duit aje"balas Syahriz jujur. Seperti itulah yang dia tahu. Itupun dia lihat di televisyen. Nampak dari gaya memang seronok tapi itulah dia tidak pernah pula rasa bahagianya menyambut hari raya di kampung. Haura dan anak dia kata seronok.

"Dekat bandar dengan kampung suasananya memang lain. Tapi, esok kamu tengok sendiri betapa seronoknya beraya dia kampung ni."balas Puan Aida. Balang kuih raya itu disusun di atas meja sebelum dia menapak pergi meninggalkan Syahriz. Syahriz pula hanya mengangguk faham. Kalau begitu, baiklah. Dia sendiri akan rasa nikmatnya hari Raya.

"Daddy!"jerit Shah. Sumaiyah dan Syahmi berada di sebelah kiri dan kanan abang sulungnya. Wajah terkejut ayahnya dilihat.

"Ye sayang. Kenapa?"balas Syahriz. Kepala anak-anaknya diusap. Apabila mahu mencium kepala, Syahriz mengerutkan kening. Kenapa anak dia bau seperti asap pula ni? Ada kebakaran ke?

"Anak-anak daddy main api ke ni? Rumah siapa yang terbakar?"tanya Syahriz. Keliling rumah dilihat. Rasanya tak ada pula bunyi siren. Peliknya.

Sumaiyah tergelak kecil. Langsung pipi Syahriz ditekup menggunakan tangan kecilnya.

"Kitorang main bunga api lah daddy. Daddy nak main sekali tak?"ajak Sumaiyah. Dengan mata dikelipkan berkali-kali untuk memujuk. Syahriz terus membulatkan mata. Bunga api?

"Bunga api siapa korang main?"

Mereka tersengih. Lantas satu nama disebut serentak.

"Uncle Raf. Tapi daddy nak tahu tak, uncle raf nak pasang bunga api besar! Uncle kata bunga api tu bunyi macam bom. Daddy tak nak tengok sekali ke?"Syahmi pula berkata. Dari riak wajah seperti tidak sabar saja mahu melihat bunga api yang dikatakan itu. Pasti seronok!

Syahriz tergamam. Macam bahaya aje bunyinya.

"Bunga api besar?"

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now