LENGAN Syahriz ditarik sehingga ke dapur. Selepas itu,Rafqi mengeluh perlahan. Penipisnya dipicit. Sekejap dia melangkah ke hadapan, selepas itu dia berpatah balik. Masalah, masalah. Kenapalah sampai begini? Ayah saudaranya pun satu. Kenapa perlu libatkan adik dia pula?
Haish, dia pula yang serabut. Syahriz dairpada tadi hanya beriak tenang. Matanya daripada tadi melihat Rafqi yang kehulur kehilir. Macam ada masalah negara pula. Sedangkan dia baik saja.
"Raf apa-"
"Shuttt"potong Rafqi. Tangannya terus naik menekup mulut Syahriz. Syahriz tergamam. Lain macam perangai lelaki itu sekarang.
"Pasal apa yang babah cakap, tuan jangan ikut sangat kehendak dia. Saya tak nak masalah bertambah pula nanti"pesan Rafqi. Syahriz mengeluh. Lah, pasal tu saja ke? Dia baik sajalah.
"Aku tak cakap pun yang aku nak kawin dengan adik kau."balas Syahriz tenang. Rafqi pula yang mengeluh.
"Memanglah! Kalau adik saya ikut cakap dia macam mana? Tuan pun tahu kan adik saya suka tuan dulu. Aish, sebab itulah saya malas nak balik sini"rengus Rafqi. Boleh jadi gila dia nanti. Aih, tak boleh nak berehat langsung!
"Aku tak akan duakan Rose. Sesiapa pun tak boleh jadi orang ketiga dalam rumah tangga aku. Walaupun aku terhutang budi dengan keluarga kau, tapi aku tak boleh nak ikut kehendak mereka."balas Syahriz. Rafqi melepaskan keluhan. Pandangannya teralih ke arah Syahriz.
"Habis sekarang ni apa yang tuan nak buat? Kalau puan tahu habislah. Saya tak nak puan lari pula nanti. Tuan nak ke?"tanya Rafqi. Wajah Syahriz terus pucat. Yalah. Kalau dulu Haura berani mahu memarahinya tapi tak mustahil sekarang Haura akan bawa diri nanti. Aish, takut pula dia bila fikirkan balik.
"Kalau tak ada cara lain, aku bunuh orang tua tu"cadang Syahriz. Rafqi terus memukul kepala tuannya.
"Tuan jangan, nanti jadi kes polis pula. Lagipun tuan kan nak berubah?"pujuk Rafqi. Syahriz mengelengkan kepalanya.
"Eh, babi.Aku mesti bunuh orang tua tu. Kalau tak makin merepek dia tanya aku soalan nanti"balas Syahriz dingin. Dia mahu menempis tangan lelaki itu namun tidak berjaya. Rafqi memang handal bab menahan orang. Haish, susah betullah.
"Babi tu apa?"tanya seseorang. Lantas Syahriz dan Rafqi terkejut. Serta merta mereka menoleh ke arah Ryan yang memegang botol susunya. Rafqi melepaskan keluhan. Lah budak rupanya.
"Ryan, pergi main dekat atas. Nanti mama marah."kata Rafqi perlahan. Ryan mengelengkan kepalanya.
"Tak nok"balas Ryan. Rafqi mengeluh perlahan. Dia cuba memikirkan cara supaya anak buahnya pergi. Haish, budak degil susah betul mahu kawal.
"Ryan, nanti pak ngah belanja coklat. Nak?"tawar Rafqi malah Ryan hanya mengelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Dia mahukan benda lain. Rafqi mengeluh lagi. Haih, apa yang dia nak buat ni?
"Ryan nak tak uncle bawa Ryan naik vroom, vroom?"pelawa Syahriz. Ryan terus menganggukkan kepalanya laju. Syahriz tersenyum. Dia mengosok kepala budak kecil itu.
"Pergi main toys dekat atas ok? Kalau tak nak dengar cakap uncle, uncle tak nak bawa Ryan naik vroom,vroom"balas Syahriz. Suaranya dilembutkan. Ryan terus menganggukkan kepalanya laju. Dia nak pergi! Lantas dia berlari naik ke atas. Syahriz tersenyum menang. Senang.
"Pasal hal ni, aku akan selesaikan sendiri. Lagipun, aku tak ada duit nak upah kau jadi jangan meminta. Dah bye, aku nak pergi pujuk mak buyung aku sekejap"balas Syahriz. Sengaja dia melanggar bahu Rafqi semasa menapak pergi. Rafqi terpinga-pinga. Uih, kurang asam betul. Nak saja dia halau lelaki itulah!
"Ceh, cakap lah kau dah miskin"gumam Rafqi. Lantas dia menjegilkan matanya. Haish, ini kali pertama dia buat kerja free. Selalunya berbayar. Tapi tak apa lah hal rumah tangga orang kan.
YOU ARE READING
SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]
Diversos𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬: The king of dark devil 𝑳𝒆𝒆 𝑺𝒚𝒂𝒉𝒓𝒊𝒛 𝑫𝒂𝒏𝒊 | 𝑵𝒖𝒓 𝑯𝒂𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒐𝒔𝒆 Color personality:🔴🟢 "Buang masa saja ada isteri. Lagipun perempuan ni hanya akan menambahkan beban dalam hidup aku." Pada awalnya,itu cuma kata-ka...