Prolog

649 28 2
                                    

Selepas tamat zaman persekolahan. Ya sudah tentu yang kita selalu bicarakan adalah selepas tamat SPM, semua orang seram dengan akronim 3 huruf itu. Disebabkan 3 huruf itu la boleh menentukan masa depan seseorang most of the time. Rezeki tu rahsia Allah.

Elide Eratna, - mendengar jam loceng dari telefon pintarnya menunjukkan pukul 7 pagi selepas merancang untuk melelapkan mata selepas subuh tadi, Elide cuba untuk mengabaikan bunyi itu dengan menarik bantal menutup telinganya, mungkin dia ingat cara itu boleh membuat getaran bunyi tidak dapat menembusi telinga.

Tetapi tekaannya salah kerana Elide masih dapat mendengar dengan jelas bunyi itu. Maka keputusan bijak Elide adalah menekan icon stop pada telefon pintarnya. Kemudian menyambung lenanya yang terganggu tadi sambil menarik selimut menyelubungi satu badan.

Hampir memasuki alam mimpi berjumpa 'prince' tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu biliknya sebanyak 2 kali lalu terus membuka pintu masuk bilik Elide.

Siapakah yang menerjah masuk bilik Elide ni?
Sudah semestinya bonda yang tersayang iaitu Puan Maryam dan kenapa Puan Maryam mengejutnya?

Jawapannya mudah, anak dara tak boleh bangun lewat nanti jodoh tak sampai sampai, Elide ketawa berbahak-bahak selepas mendengar jawapan itu dari bondanya dan mengatakan,
"bruh, zaman bila la guna spekulasi macam tu"

Sebenarnya Elide faham bondanya hanya mahu Elide terbiasa dengan hidup yang berdisplin.

Sambung balik niat Puan Maryam memasuki bilik Elide adalah ingin memberitahu Elide sesuatu sambil duduk dibirai katil .

"Eratna sayang, bangun la jom tolong bonda masak kat dapur".

Elide membalas, "Bonda, 5 minit please".

Sambil mengiringkan badannya menghadap bonda kerana rasa bersalah jika membelakangi bonda.

Niat sebenar Puan Maryam mengejut Elide kerana hari itu adalah tiba. Mesti tertanya-tanya hari apa kan? HOHOHOH, hari result weyyy!!!
Tapi keputusan secara online yee, maklumlah zaman covid.

Puan Maryam tidak mahu memaksa anaknya untuk melihat keputusan itu tetapi sebaliknya cuba menceriakan hari Elide. Selepas beberapa kali Puan Maryam cuba mengejut Elide akhirnya puteri itu membuat keputusan untuk bangun dari tidurnya dan terus ke bilik air yang di dalam bilik itu. Puan Maryam meninggalkan bilik anaknya dengan senyuman yang mekar di bibir.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Elide Eratna mengenakan baju-t lengan pendek dan berseluar track lalu ke meja solek untuk mengenakan rutin skincare. Simple je bagi Elide, ye la nak melaram lebih lebih buat apa kat rumah je pun nak masuk dapur pulak tu! Kemudian Elide mencari bonda di dapur untuk menolong apa yang patut.

Elide menegur bondanya di table island "bonda nak masak apa sarapan?"

Puan Maryam yang sedang memotong sayur bayam bunga membalas, "kita buat nasi goreng favorite Eratna la,boleh?"

"mestilah boleh bonda, kalau macam tu Eratna kupas dan potong carrot ni tau." Jawab Elide
Puan Maryam hanya membalas dengan anggukan.

Setelah makan dan mengemas dapur Puan Maryam mengajak duduk di sofa ruang tamu kerana ada hal serius yang ingin dibicarakan. Elide hanya mengikut langkah bondanya lalu mengambil tempat di sofa.

"Nanti bonda nak pergi hospital, Eratna teman bonda boleh?" Puan Maryam memecahkan kesunyian diantara mereka sambil memegang kedua-dua tangan Elide.

"Kenapa bonda? Bonda sakit apa? Soalan hanya dibalas dengan soalan.

Muka Elide telah menunjukkan kerisauan tetapi Elide melihat wajah bondanya hanya tersenyum lembut.

Bonda hanya mengatakan, "it's okay sayang kamu dengar doktor cakap apa nanti ya?"

Elide hanya mengangguk kecil tetapi dalam fikiran nya bermacam macam persoalan yang muncul.

Serius ke sakit yang bonda lalui?

Takkan la bonda demam? tapi nampak masih kuat seperti macam tak sakit pun.

Kenapa bonda tersenyum dekat aku?

Kalau bonda sakit, cukup ke duit untuk rawatan bonda?

TBC

a/n
- feel free to vote and comment, have a nice day everyone ✨

Unbelievable love Where stories live. Discover now