Bab 15

199 15 4
                                    

Hujung minggu yang penuh dengan kejutan sudah melabuhkan tirainya, tibala hari isnin yang membosankan. Bak kata pepatah 'Monday blues'.
Elide pergi kerja seperti biasa, sedang khusyuk Elide menghadap kertas kerja di hadapan computer tiba-tiba muncul Kak Hanan di sebelah mejanya.

"Hii cik adik manis, tekun bekerja tu..." usik Kak Hanan sambil senyum mengusik

"Kerja mesti la kena buat bersungguh dok" balas Elide sambil memberhentikan kerja nya sekejap. Bukan curi tulang yee!

"Ni, akak datang nak bagitahu Tengku Ahriman nak  jumpa Elide." Jelas Kak Hanan.

"Bila tu kak"

"Sekarang la, tak kan malam ni pula." Kata Kak Hanan dengan selingan loyar buruk

"Ok ok Elide pergi sekarang, thank you akak inform" ucap Elide sambil bangun dari kerusi dan terus ke bilik Tengku Ahriman.

Macam biasa la kan, nak masuk bilik orang kena ketuk pintu dulu. Kalau main terjah je silap-silap bukan kena halau keluar bilik tapi kena halau dari syarikat terus mungkin.

Elide masuk ke bilik itu setelah mendengar perkataan 'masuk' dari Tengku Ahriman.

"Ye ada apa Tengku nak jumpa saya?" soal Elide sambil berdiri di hadapan meja Tengku Ahriman.

"Lunch ni ikut I pergi jumpa client and tengok site. Ini dikira your first project. Disebabkan you sudah hampir 5 bulan disini. Jadi, I nak tengok hasil tangan you. Do you get it?" dingin betul suara itu.

"Faham Tengku."

"Now, you may go out."

Elide terus keluar dan tidak lupa juga mengucapkan terima kasih. Setiba di mejanya, jantung berdengup memang tak tenang dah.

Elide juga keliru, adakah ini perasaan suka? Atau kerana takut?

Suka maybe sebab sikap cold Tengku Ahriman itu membuatkan Elide ingin mengenalinya dengan lebih dalam.

Takut pula kerana Elide merasakan Tengku Ahriman ini seorang yang tegas dan misteri, lebih-lebih lagi parut yang ditangannya.

Pada Elide parut itu melambangkan sesuatu buat Tengku Ahriman. Elide mengabaikan semua persoalan itu dan cuba untuk fokus bekerja sebelum lunch hour.
Timer pada phone nya berbunyi, kemudian menenyeh ikon stop pada phone itu untuk memberhentikan timer phone berbunyi. Elide meng'set'kan masa lunch hour agar Elide menepati masa. Maka, Elide bangun dari tempatnya dan pergi ke bilik Ahriman.

Belum sempat Elide mengetuk pintu itu, tiba-tiba pintu itu terbuka dari dalam dan terpacul muka Ahriman.

"Errr maaf saya ingat nak panggil tengku tadi." Terang Elide dengan sedikit getar suaranya.

"I boleh ingat sendiri, don't worry." Berbasi-basian sahaja Ahriman berkata.

Mereka menghala ke lif bersama dan sehingga la tiba di tingkat G. Pintu lif yang terbuka itu mengejutkan Elide yang berada di dalam lif.

"Hiii Elide, ehh hiii Iman nak pergi mana?" tegur Tengku Harraz.

Bagaimana Tengku Harraz mengetahui nama Elide? Mesti la sewaktu makan malam haritu, ayahanda memperkenalkannya kepada si Tengku Harraz Irfan tu la! Also, Tengku Ahriman Ilyas juga sudah mengetahui bahawa Elide anak kepada Tengku Eskandar.

Ahriman tidak menjawab soalan Harraz sebaliknya terus meluru keluar dari lif itu. Elide yang melihat situasi itu berasa janggal dan keluar dari lif dan berhenti di hadapan pintu lif untuk menjawab soalan Tengku Harraz tadi.

"Hmm saya dengan Tengku Ahriman nak pergi lunch dengan client." Beritahu Elide.

"Oh, kalau macam tu, hati-hati yaa. Plus, jaga hati awak untuk saya." Terus sahaja Harraz menutup pintu lif itu.

Unbelievable love Where stories live. Discover now