Bab 14

175 15 2
                                    

Sabtu yang di tunggu-tunggu, tiba la hari majlis rasmi keluarga dari Tengku Eskandar. Elide mengenakan gaun yang di belinya bersama Zahra bersama tudung bercorak berwarna emas pastel.

"Elide dah siap belum?" laung Tengku Eskandar dari bawah.

"Dah siap ni" balas Elide sedikit kuat sambil mempercepatkan langkahnya keluar dari bilik dan turun kebawah.

"Haa jom, kang kita je yang sampai lewat dekat dewan tu kang." Ajak ayahanda sambil melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Elide keluar dari pintu rumah selepas selesai memakai kasut high heel jenis wedge berwarna cream juga sesuai dengan baju gaun untuk malam itu.

Jarak rumah agam Tengku Eskandar ini dengan dewan keluarganya hanyalah 30 minit sahaja.

Kenapa dewan keluarga ayahanda? Majlis rasmi keluarga ini diadakan setiap tahun, dan dewan itu dibina dengan wang keluarga Tengku Eskandar untuk memudahkan ahli keluarga berkumpul di dalam satu majlis.

"Tengku, kita dah sampai." Tegur Pak hanif

Terdapat 2 orang pengawal yang membukakan pintu kereta untuk Elide dan Tengku Eskandar. Mereka melangkah bersama-sama masuk ke dalam dewan itu.

Keadaan di dalam dewan itu, sangat la di banjiri dengan ahli keluarga Tengku Eskandar. Elide melihat kanak-kanak berlari dan berkejaran antara mereka di kawasan lobi yang luas.

Reka bentuk dewan?

Tak perlu cakap la memang cantik dengan segala hiasan dan kreativiti dalam bidang seni bina. Kombinasi warna dewan tidak kelihatan bosan dan warna yang digunakan sangat la menyerlahkan lagi reka bentuk dewan ini.

Sepanjang di lobi menghala ke arah tempat makan, Tergantung gambar nenek dan datuk moyang keluarga Tengku Eskandar ini. Elide dapat lihat bagaimana ahli keluarga ini dijaga dengan rapi dari dahulu supaya keturunan mereka mengetahui salah silah keluarga.
Setiba mereka di hadapan pintu ruang makan, Elide menarik sedikit lengan Tengku Eskandar.

"Ayahanda, Elide takut." Luah Elide dengan suara sedikit berbisik.

"Tak pe, ayahanda ada dengan Elide kan." Kata Tengku Eskandar jujur agar anaknya tenang.

Mereka berjalan bersama masuk ke dalam dan menegur ahli keluarga yang sudah tiba.

"Ehh, Assalamualaikum Eskandar." Tegur Tengku Noah sambil berjabat tangan dengan Tengku Eskandar.

"Waalaikumsalam, haa ni kenalkan anak aku... Elide Eratna." Ucap Tengku Eskandar sambil mengenalkan anaknya kepada keluarga.

Elide sedikit terkedu semasa mengetahui bahawa Tengku Noah adalah sepupu kepada Ayahanda. Ini bermakna ....

'Tengku Ahriman Ilyas adalah dua pupu aku la kan!!' bisik hati Elide sambil mata melilau mencari kelibat bossnya itu.

"Hmm ayahanda, Elide minta diri nak pergi restroom kejap tau" kata Elide sehingga Tengku Eskandar membalas dengan anggukan. Kemudian, Elide berlari keluar mencari restroom.

Elide memasuki restroom untuk membasuh tangan nya dan menenangkan dirinya yang 'shocked' itu.
Selepas berasa sedikit tenang, Elide melangkah keluar menghala ke bahagian escalator dengan niat ingin merantau di setiap pelosok dewan ini.

Tiba-tiba langkah yang terhenti kerana Elide memerhati seseorang yang amat dia kenali... Tengku Ahriman Ilyas!

Elide cuba mengekori Tengku Ahriman dan menyorok sekali sekala di sebalik dinding agar Tengku Ahriman tidak perasan akan kehadirannya. Elide melihat bahawa Tengku Ahriman sedang berjalan bersama Tengku Aidan.

Elide tahu Tengku Ahriman dan Tengku Aidan ini kacip kerana mereka akan sentiasa keluar lunch bersama ketika hari bekerja.

Elide masih mengendap pergerakan Tengku Ahriman sehingga la diorang masuk ke dalam satu bilik, kelihatan bilik itu seperti bilik rehat untuk keluarga Tengku Noah kerana terdapat nama Tengku Noah pada pintu bilik itu.

Setelah Elide puas melihat Tengku Ahriman, Elide membawa diri turun ke bawah semula kerana risau ayahanda mencarinya. Sewaktu Elide hampir di escalator, Elide terserempak dengan seorang lelaki yang agak familiar tapi dimana yaa mereka bertemu?

"Err hii awak ni siapa yaa, saya tak pernah nampak awak pun?" tegur satu suara

'Suara itu! Suara yang sama dengan lelaki yang tegur sewaktu Elide tergelincir di lobi pejabat'

Elide dengan rasa nak terhenti jantungnya berdegup, kerana banyak betul kejutan untuk nya harini. Adakah ini hadiah daripada keluarga besarnya untuk hari lahir nya yang lalu?

"Er, saya datang dengan ayahanda saya ... Tengku Eskandar." Terang Elide dengan takut-takut.

'Jangan la dia kena halau pula sebab tidak pernah dilihat sebelum ini.' rayu hati Elide.

"Oh! So,you're the lost child." kata lelaki itu dengan yakin. Elide keliru kerana itu adalah soalan atau pernyataan.

"Hmm I guess so..." sayup sahaja suara yang keluar dari mulut Elide.

"Ok la saya pergi turun dulu ya." Tanpa ingin berkenalan dengan lelaki itu, Elide terus menuruni escalator.

Elide memandang belakang melihat lelaki tadi dan berpaling semula ke hadapan, lelaki itu hanya masih tetap berdiri di tempat mereka bertembung tadi.

"Ayahanda dah makan?" tanya Elide sewaktu tiba di meja makan mereka.

"Ayahanda tunggu Elide, what keeps you up for too long? Ada apa-apa terjadi ke?" soal Tengku Eskandar kembali.

"Oh, sakit perut" Elide tipu sunat.

Mereka pun mula makan dengan makanan yang sudah terhidang di depan mata.

"Sorry pa lama sikit, uruskan kerja tadi." Kata satu suara.

"Uhukkkk hukk ukk," tersedak Elide apabila mendengar kepunyaan suara itu tadi. Pantas sahaja Tengku Eskandar menghulurkan gelas berisi air masak kepada Elide.

Elide menyedut air masak itu dengan rakus. Geram dengan kejutan harini.

'Jika lelaki yang di escalator itu memanggil Tengku Noah sebagai papa, ini bermakna lelaki yang bercakap dengannya tadi adalah CEO GIC, TENGKU HARRAZ IRFAN!!!!!' getus hati Elide yang sedang membara.

Setahunya Tengku Ahriman hanya mempunyai dua adik beradik dan Tengku Ahriman adalah si adik.

'AAAHHHH, STUPID KAU ELIDE ERATNA!!' marah hatinya.

TBC

a/n
- feel free to vote and comment, have a nice day everyone ✨

Unbelievable love Where stories live. Discover now