Bab 6

203 14 0
                                    

"Betul ke tempat yang kau siasat ni tempat dia bekerja?" tanya seorang lelaki agak berusia dalam linkungan 40-an kepada pekerjanya di hadapan kedai supermarket eco shop dimana Elide bekerja.

Lelaki berusia itu mengenakan sut kerja yang agak kemas dan mempunyai lencana yang agak unik pada dada sebelah kirinya.

"Betul Tengku, kalau ikutkan apa orang kita siasat memang Cik Elide bekerja disini." Balas seorang lelaki muda agak takut- takut tetapi yakin dengan jawapannya. Kelihatan lelaki muda itu adalah orang kanan bagi lelaki berusia yang digelar Tengku itu.

Setelah merasa tidak berpuas hati dengan jawapan orang kanannya, Lelaki bergelaran Tengku itu masuk ke dalam kereta berjenama Audi A7 Sportback dan meminta pemandunya meneruskan perjalanan.

Elide mula keluar dari tempat menyoroknya setelah melihat lelaki bergelaran Tengku itu pergi.

"Hoi, buat apa macam mengendap orang ni." Tegur satu suara lembut tetapi agak tinggi sedikit oktaf suaranya.

"Ya Allah kak yani, mujur saya tak de penyakit jantung. Kalau tak, memang arwah dah saya kat sini." Kata Elide sambil mengurut sedikit dadanya.

Hampir sahaja teguran itu menjadikannya arwah disitu.

Eh jangan! Dia tidak sempat kahwin lagi ni.
Cewahh kau Elide mengatal ek!

"Hihihi, maaflah akak tengok kau dari tadi macam mengendap orang. So, tu yang tegur ni. Kenapa? Ada mission impossible yang kena kau selesaikan ke?" tanya Kak Yani itu lagi sambil menyilangkan tangan ke dada dan mengangkat sebelah keningnya seperti sedang menyoal siasat penjahat pula gayanya.

"Ehh tak la kak saya tengah tadi perhati ada labah-labah lalu dekat rak ni, nak buang labah-labah tu takut effect barang kan." Jawab Elide.

Hebat betul alasan itu seperti pijak semut pun tak mati. Tiberrrr!

Pintar juga Elide ni erk hehehe. NOTED! SOMETIMES SOMETIMES JE YE DIA PANDAI. BUKAN SEMUA PERKARA!

"Bagusnya kamu ni. Baru la nampak macam pekerja yang bertanggungjawab. Bangga akak dengan kamu." Ucap kak yani kepada Elide dengan menurunkan tangan yang bersilang tadi serta memberikan senyuman bangga dan berlalu pergi ke bahagian kaunter tempat kak yani bertugas.

"Fuh, mujur tak berapa kantoi." Ujar Elide sambil melepaskan nafas lega. Kemudian, meneruskan kerja yang ada.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Elide meneruskan hidupnya dengan menghadiri kelas. Hari ini kelas yang terakhir sebelum mula projek seni sebagai markah exam dan juga sebelum mula exam bertulis.

Apa ingat budak seni tak perlu menduduki exam bertulis ke haa?

"Okay, you guys fokus pada bahagian reka cipta produk dan penggunaan multimedia yang kita pernah bincang setiap aplikasi dan sejarahnya." Terang Prof Carol dengan bersemangat sekali. Sayang student la katakan.

Semasa di dalam kelas Elide sungguh tekun menyalin setiap apa yang diperkatakan oleh Prof Carol.

Kenapa?

Orang dah bagi klu untuk study apa nanti tak kan nak sia-sia kan peluang yang ada, betul tak?

"Remember how to divide your time perfectly when you're in project. Please always aware with your deadline and also study smartly." Sambung Prof Carol lagi sambil berharap yang semua pelajarnya akan lulus dengan cemerlang.

Elide masih kekal tekun memandang papan putih yang telah Prof Carol letakkan tajuk-tajuk yang penting dan tidak lupa juga mencatit setiap satunya tanpa gagal.

"Okay student, that's the end of class for the last time. Hope you guys will achieve your dreams and always be a star that don't forget to sparkle" pesanan terakhir dari Prof Carol kepada para pelajar.

Elide bergegas mengemas barangannya dan terus ke café UiTM untuk mengisi perut yang agak kosong dari pagi kerana tidak sempat bersarapan.

Reason?

Bangun lambat la apa lagi kan. Mentang-mentang bulan tengah mengembang itu yang terlajak tu.

Elide agak terkejut apabila tiba di café, "huishhh ramainya orang. Ada party ke apa ni? Eh takkan la party siang-siang panas macam ni pula." Macam biasa Elide suka berkata sendirian.

Harapnya tiada orang yang mendengar dia yang seperti orang kurang upaya otak kerana berkata sendirian ini.

Tanpa membuang masa Elide terus ke destinasi membeli makanan, iaitu membeli sandwiches telur. Elide perlu berjimat demi mengumpul duit selepas tamat belajar nanti. Elide berfikir bukan senang nak dapat kerja selepas tamat belajar. Lagi-lagi dalam keadaan zaman covid begini.

Bukan tidak mahu menggunakan duit biasiswanya, tetapi mungkin dengan menyimpan itu lebih baik, kan? Ahh takde bangkang-bangkang, korang setuju je dengan cara Elide ni.

"Makcik, sandwiches telur ni nak dua tau." Kata Elide sambil menghulurkan wang note RM5 tanpa menunggu jawapan dari makcik itu.

Makcik itu hanya menerima wang dari Elide dan mengucapkan terima kasih. Elide hanya membalas dengan senyuman manis.

Si Elide ni memang suka senyum, jadi jangan pelik kalau banyak dia senyum dalam cerita dia ni.

Elide meneruskan perjalanan ke taman UiTM yang dibina untuk menjadi tempat tarikan orang ramai. Taman itu hanya mempunyai pokok-pokok bunga dan beberapa bangku serta meja. Tidak lupa juga dekat taman ini ada tong sampah yang disediakan bagi mengelakkan manusia-manusia disini menjadi sampah masyarakat kerana kurang adab.

Okay back to story, kenapa Elide pergi taman tu?

Elide suka melepak disitu sambil menghirup udara segar. Katanya dapat banyak ilham bila dalam keadaan tenang. Jadi, Elide membuat keputusan untuk makan sandwichnya di situ.

Elide memilih meja bangku yang agak redup agar tidak kepanasan semasa dia ingin melukis. Selepas duduk dan mula membaca doa makan Elide mula makan sambil melilau mata melihat pergerakan manusia yang ada di Kawasan itu.

Ada yang tengah tidur pun ada, jangan pelik pula.

Kerana disitu kawasannya agak berangin jadi sedap untuk orang kata take a nap. Ada juga yang sedang membuat kerja dan sebagainya lah.

Setelah Elide selesai makan, Elide muka mengeluarkan sketch booknya dan mula menzahirkan semua idea-idea yang akan dia gunakan semasa exam nanti. Setelah merasa otak nya cramp untuk menghasilkan idea, Elide mula membuka nota-nota sejarah seni dan maklumat fakta tentang topik exam.

Hanya begitu ringkas hari-hari Elide semasa menjadi pelajar.

Bully?

Not to her.

Being hate?

She never cares about others

Catch feelings?

Kalau ada pun dia abaikan kerana ada amanah yang lebih besar perlu diselesaikan.

Semua itu tak penting buat seorang Elide Eratna. She will never jump into troubles. Never! If she does, hope she will find way back home.

Zaman belajar bagi seorang Elide Eratna hanya sehingga di sini sahaja. Perjalanan hidupnya masih panjang dan masih banyak cabaran yang perlu ditempuhi.

Semestinya seseorang yang bertungkus lumus dalam sesuatu perkara akan berjaya, betul?

Elide berjaya mendapat 3.88 pointer hampir 4 flat. Tapi mungkin itu takdir yang dia perlu terima dan redha.

Elide ingat lagi semasa hari graduasinya, Zahra sanggup mengambil cuti di pejabat ayahnya demi menghadiri majlis graduasi Elide. Zahra yang menamatkan pelajaran lebih awal berbanding Elide itu sudah bekerja di tempat ayahnya menubuhkan syarikat, iaitu syarikat pentadbiran muzium seni milik keluarganya.

Semoga kita semua tetap berusaha dan tidak berputus asa demi syurga perhentian yang terakhir.

TBC

a/n
- feel free to vote and comment, have a nice day everyone ✨

Unbelievable love Where stories live. Discover now