Bab 2

267 14 0
                                    

Sudah sebulan Elide menuntut di UM, selepas hari pertama jejakkan kaki kemudian diteruskan dengan 2 minggu orientasi untuk membiasakan diri dengan suasana di tempat baru.

Alahh masa mula masuk sekolah rendah dengan menengah pun ada orientasi kan? Jadi tak pelik kalau dekat university ada orientasi. Selepas minggu orientasi barulah Elide start belajar bidang asasi perubatan.

Hari-hari Elide dapat disesuaikan diri, maka tiba lah masa untuk Elide mencari kerja shift hour atau part time.

Untuk apa?

The answer is; untuk kos rawatan bonda lah.

Keadaan bonda sekarang hanya bergantung pada ubat dan Elide telah mengatakan kepada Dr hassan untuk meneruskan rawatan kimoterapi dan radioterapi setelah Elide mendapat kerja berdekatan UM.

Disebabkan pada hari sabtu Elide dan Zahra tiada kelas untuk dihadiri maka, mereka membuat keputusan untuk mencari kerja sampingan bersama.

"Jom kita jalan sikit dekat banyak-banyak kedai tu." Kata Zahra kepada Elide.

Mereka berjalan kaki tidak jauh dalam 10- meter dari UM ke Kawasan kedai-kedai tersebut.
Elide menegur kerana ada kedai bunga pada pertama pandangan mereka.

"Ehh ni ada kedai bunga, jom masuk kita tanya nak?"
Sambil menarik tangan Zahra memasuki kedai bunga itu.

"Akak ada kerja kosong tak kat sini?" tanya Elide

Seorang pekerja wanita dalam lingkungan 30-an yang begitu comel wajahnya senyum sambil membalas

"Sorry dik, tiada kerja kosong kat sini."
Pekerja itu melihat reaksi kecewa dari wajah Elide dan menyambung kata dengan senyuman ikhlas.

"Kalau dik nak kerja kosong cuba tanya kedai café hujung lorong ni, sebab café tu baru je buka 3 hari lalu. Mana tahu ada rezeki awak berdua ni kan."

Terus berubah 180 darjah wajah Elide dan Zahra menjadi ceria.

"Terima kasih kak." Ucap mereka berdua dengan sungguh gembira.

Elide dan Zahra berjalan terus ke café hujung lorong ini dengan semangat yang berkobar-kobar dan doa agar ada kerja kosong untuk mereka.

"Bismillah..."
Ucap Elide dan Zahra sambil melangkah kaki kanan masuk ke café tersebut.

Kemudian mereka terdengar, "Selamat datang..." sapaan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dengan suara yang kedengaran maskulin.

Maskulin yee bukan suara bapok bapok tu tau.

Herm siapa je tak cair dengar suara maskulin gitu kan.

Maka, Zahra memulakan langkah nya bertanya, "ada kerja part time tak dekat café ni?"

Elide yang melihat perubahan Zahra itu terus menahan gelak. Kalau ikutkan tanduk Elide yang hampir nak muncul ni, mahu je dia kenakan Zahra untuk gelak kuat- kuat. Tapi kan nanti pelanggan café itu ingat dia pesakit hospital tanjung rambutan yang terlepas pula. Jadi, dia hanya memerhati sahaja tingkah laku Zahra itu.

Elide melihat tanda nama pekerja lelaki itu tertulis 'Rafael' mengerti la Elide bahawa lelaki itu bernama Rafael. Rafael menjawab soalan Zahra yang agak mengejut itu.

"Oh, kerja kosong, kejap saya tanya bos dekat bekalang."

Zahra hanya setia menanti dengan sengihan tidak lekang di bibir. Perbuatan itu membuatkan Elide menegurnya,

"Zahra kau ok tak ni? Risau aku tengok kau ni."
Sambil Elide menolak sedikit bahu Zahra untuk duduk tunggu di kerusi berdekatan.

Zahra hanya membalas dengan anggukan sambil kekal menyengih seperti kerang busuk, mungkin sengihan Zahra wangi sedikit berbanding kerang busuk kan.

Unbelievable love Where stories live. Discover now