Tok! Tok! Tok!
Farraz sedang tekun meneliti minit mesyuarat untuk petang nanti sewaktu pintu pejabatnya diketuk seseorang.
"Masuk." Arahnya.
Pintu dibuka. Farraz mengangkat kepala untuk melihat siapakah gerangannya.
"Abang!" Kyrana muncul di muka pintu dengan senyuman lebar di bibir.
Terus Farraz tutup minit mesyuarat itu. Senyuman Kyrana tak dibalas. Muka masam ditayang. "Baru ingat abang ya. Ingat lupa dah."
Kyrana ketawa. Dia melangkah masuk ke dalam pejabat Farraz. "Mana ada lupa. Kyra busy exam la."
Farraz senyum. "Tahu. Abang saja usik. Lama sangat tak jumpa Kyra."
"Abang tu bila nak datang rumah? Banyak kali dah Kyra dengar mama tanya pasal abang." Kali ini Kyrana pula yang mencebik. Kerusi di depan meja Farraz dia tarik. Dia duduk di situ.
Farraz ketawa. Nampaknya dia pula yang kena. "Abang busy la. Sana sini papa hantar abang. Salahkan papa."
Terjegil biji mata Kyrana. "Ohhh, report kat papa. Siaplah abang!"
Farraz ketawa. Dia bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah Kyrana. Rambut Kyrana yang cantik lurus dia gosok-gosok sehingga berserabut.
"Eeee, apa ni abang. Rosaklah rambut Kyra!" Ujar Kyrana sambil menolak tangan Farraz dari rambutnya.
"Padan muka. Siapa suruh nak report kat papa." Selamba Farraz menjelirkan lidah kepada Kyrana. Dia suka mengusik Kyrana. Gadis itu sudah dia anggap seperti adiknya sendiri.
"Jahatlah abang ni!" Kyrana bangun dan terus meluru ke arah Farraz. Perbuatan lelaki itu harus dibalas. Dia cuba mencapai rambut Farraz namun pantas dihalang oleh lelaki itu.
Farraz senyum. "Ohh, balas dendam ya."
Kyrana masih berusaha melawan. "Mestilah. Abang dah rosakkan rambut Kyra!"
Farraz ketawa. Dengan mudah kedua tangan Kyrana dia pegang. "Mana ada rosak. Cantik je abang tengok."
Kyrana memuncungkan bibir. "Tipu! Abang saja je."
Farraz tersenyum lebar. Tangan Kyrana dia lepas. Disebabkan geram, hidung Kyrana dia tarik kuat.
"Sakitlah, abang!" Kyrana menjerit marah.
Farraz melepaskan hidung Kyrana yang sudah merah. Senyuman tak berhenti bermain di bibirnya.
"Jahatlah abang ni!" Masam muka Kyrana sambil mengosok-gosok lembut hidungnya yang sakit.
"Mana ada jahat. Abang rindu adik abang ni je. Lama sangat tak jumpa."
"Dia yang rindu lepas tu sakitkan kita pulak." Omel Kyrana sendiri. Farraz dia jeling.
Ketawa Farraz pecah. Sebab itulah dia suka mengusik Kyrana. Gadis itu terlalu comel.
"Abang..."
Farraz berhenti ketawa apabila hujung bajunya ditarik Kyrana. Wajah gadis itu nampak serius. Dahi Farraz berkerut.
"Ya? Kenapa Kyra? Kyra ada masalah ke?" Tanya Farraz mulai kerisauan. Dia sudah kenal sangat dengan Kyrana. Gadis itu mudah dibaca.
"Kyra nak minta tolong abang boleh?"
Makin berkerut dahi Farraz. "Tolong apa?"
"Tapi, abang kena janji tak boleh bagitahu Angah pasal ni? Abang tak boleh bagitahu semua orang. Janji?"
Farraz menelan air liur. Jantungnya berdegup kencang. Dia diserang perasaan risau. Dia risau Kyrana sedang bergelumang dengan masalah besar. "Okay. Abang janji. Apa dia?"
YOU ARE READING
NOT INNOCENT
Romance"Kyra nak minta tolong abang boleh?" Makin berkerut dahi Farraz. "Tolong apa?" "Tapi, abang kena janji tak boleh bagitahu Angah pasal ni? Abang tak boleh bagitahu semua orang. Janji?" Farraz menelan air liur. Jantungnya berdegup kencang. Dia diseran...