"Jauh termenung."
Sapaan itu mengembalikan Farraz ke alam nyata. Meskipun agak geram kerana si pemanggil itu sudah menganggunya, dia tetap berpaling.
Puteri Qalisya?
Farraz menganga. Dia sungguh terkejut melihat perempuan yang sedang berdiri di depannya itu.
"Sekarang kau free, kan?" Tanya Qalisya. Seperti Farraz, dia turut melabuhkan punggungnya di atas kayu besar itu.
"Kenapa?" Tanya Farraz sambil mengerutkan dahi. Dia pelik dengan sikap Qalisya yang nampak terlalu selesa meskipun inilah pertama kali mereka berbicara.
"Aku ada benda nak cakap."
Makin berkerut dahi Farraz. "Pasal apa?"
"Pasal kerja."
Mendengar saja ayat itu, Farraz terus mengeleng. Dia tak kenal Qalisya dan tak pernah bercakap dengan perempuan itu, tapi sudah terlalu banyak cerita buruk yang dia dengar tentang perempuan itu. "Nope. Sorry. Aku busy."
Kali ini Qalisya pula yang mengerutkan dahi. "Tapi tadi kau cakap kau free."
Farraz mengeleng. "Aku tak ada cakap pun aku free. Aku cuma tanya kenapa."
Qalisya menganga. Jelas dari riak wajahnya dia langsung tak menyangka jawapan itu daripada Farraz.
"Kalau tak ada apa-apa lagi, kau boleh pergi. Aku tengah busy ni." Bunyinya agak kasar tapi Farraz memang tak nak ada apa-apa kaitan dengan perempuan itu. Bukan cuma kerana cerita yang didengarnya tapi juga kerana perempuan itu telah menganggu waktu sendirinya.
"Tapi, kau tak nampak macam busy pun?"
Soalan Qalisya nyaris membuatkan Farraz hilang sabar. Untuk menenangkan diri, dia menarik nafas sedalam-dalam. Qalisya dipandangnya.
"Sekarang ni aku tengah me-time. Kau pula datang kacau. Kau nak cakap pasal kerja, dalam meeting esok kita cakap. Bukan sekarang. Faham?" Farraz sudah pun rap. Semua itu dihambur hanya dalam sekali lafaz.
Qalisya terdiam. Mukanya berubah keruh. Dia seakan-akan baru tersedar perkara itu.
Farraz pula diburu rasa bersalah. Mungkin dia terlalu berkasar dengan perempuan itu. Belakang lehernya digaru-garu. "Sorry. Aku tengah serabut. Kalau boleh aku memang tak nak cakap pasal kerja sekarang."
Muka Qalisya sudah merona merah. "Eh tak tak. Bukan salah kau. Salah aku. Aku minta maaf. Tak patut aku kacau kau macam ni. Sekali lagi sorry. Aku minta diri dulu."
Farraz tak sempat membalas apa-apa, perempuan itu sudah mengangkat kaki dan melangkah pergi. Dia terpinga-pinga apabila reaksi Qalisya tak seperti yang didengarinya.
"Qalisya! Qalisya!" Kuat Farraz menjerit memanggil nama perempuan itu. Senyuman dia ukir apabila Qalisya berhenti melangkah. Laju dia bangun mengejar perempuan itu.
"Kenapa ya?" Soal Qalisya apabila Farraz sampai di depannya.
"Kau mesti free sekarang, betul tak?" Tanya Farraz.
Dahi Qalisya berkerut. "Ada apa ya?"
"Aku nak tanya kau satu benda." Jawab Farraz.
Makin bertambah kerutan Qalisya. "Tanya apa?"
"Kau dah ada boyfriend?"
Pertanyaan Farraz jelas mengejutkan Qalisya sehingga perempuan itu berundur setapak ke belakang.
"Kenapa tanya macam tu?" Soal Qalisya penuh curiga.
----------
"Bro, aku dengar kau lepak dengan Qalisya?"
Farraz terkejut apabila ayat itu yang pertama Zarul tanya setelah panggilan video itu dia jawab.
"Siapa bagitahu kau? Khairil ke?" Tanya Farraz.
"Of course! Takkan kau nak rahsiakan benda ni daripada aku! So, apa citer? Macam mana kau boleh tiba-tiba kawan dengan Qalisya pulak?"
Farraz ketawa. "Yang kau sibuk sangat nak tahu ni kenapa? Bukan kau tak suka dia ke?"
"Memang aku tak suka dia! Sebab tu aku pelik kenapa kau nak gi kawan dengan dia pulak. Kau tahu kan dia tu kerek nak mampus!" Penuh bersemangat Zarul mengutuk Qalisya.
Laju Farraz mengeleng. "Bro, kau rasa dia macam tu sebab kau tak kenal dia lagi. Kalau kau kenal dia, sumpah kau suka dia."
Zarul membuat muka meluat."Eww, tak nak aku. Geli."
Kuat Farraz ketawa. "Kau jangan geli-geli sangat. Jadi jodoh kau baru tahu!"
Terus muka Zarul berubah serius. "Puaka betul mulut kau. Jodoh-jodoh jangan main ya."
Makin kuat Farraz ketawa. Langsung tak dihiraukan muka Zarul yang berubah masam. Takut betul kawannya itu.
"Suka kau ya. Ingat benda ni lawak ke? Aku baru dengar citer yang Qalisya tu nak buat meeting dengan company aku pulak."
"Ha, tengok. Kan aku kata jodoh." Tersenyum-senyum Farraz mengusik Zarul.
Zarul mengeleng-gelengkan kepalanya. "Tak nak aku! Lainlah kalau aku gila duit."
"Lah bukan kau memang gila duit ke?"
Jawapan selamba Farraz membuatkan Zarul bengang. Terus dia angkat jari tengah kepada Farraz.
Farraz ketawa kuat.
"Dahlah kau. Aku nak keluar. Ada date." Ujar Zarul.
Terus Farraz berhenti ketawa. Dia melihat Zarul di dalam telefon dengan wajah keliru. "Date?"
"Yalah. Aku tak macam kau. S.I.N.G.L.E." sindir Zarul pedas sebelum mematikan panggilan.
Ouch! Pedih betul ayat Zarul. Terasa hatinya bagaikan tertusuk sembilu.
YOU ARE READING
NOT INNOCENT
Romance"Kyra nak minta tolong abang boleh?" Makin berkerut dahi Farraz. "Tolong apa?" "Tapi, abang kena janji tak boleh bagitahu Angah pasal ni? Abang tak boleh bagitahu semua orang. Janji?" Farraz menelan air liur. Jantungnya berdegup kencang. Dia diseran...