ENAM - BERITA TERGEMPAR

1.7K 4 0
                                    

Let's keep this goin' all night 🎶🎶

All night 🎶🎶

Berulang-ulang kali ringtone lagu all night milik Steve Aoki dan Lauren Jauregui berkumandang tapi Farraz masih nyenyak tidur.

Lagu itu berbunyi lagi. Jika itu nyanyian live, pasti lauren jauregui sudah menghempuk Farraz kerana membuat dia mengulang chorus sama itu lebih daripada sepuluh kali. Tapi mujurlah kali ini, Farraz tersedar.

Dalam keadaan mamai, tangan Farraz mengagau mencari telefonnya. Setelah jumpa, dia hanya melihat sekilas sebelum menjawab panggilan itu. Nama Zarul yang tertera di skrin sempat dia baca.

"Hello?" Lemah suara Farraz. Dia masih mengantuk.

"Oi, kau tidur lagi ke? Kau tahu tak jam dah pukul berapa? Kau tengok jam sekarang!!!" Jerit Zarul dihujung talian.

Terus bulat mata Farraz. Kepala dia angkat.

8.13pagi.

Shit!

Dia dah lambat! Meeting pukul 8.30pagi jadi dia cuma ada 17 minit untuk bersiap!

"Kejap, sebelum tu aku nak kau tengok berita yang aku hantar ni." Bagaikan tahu, Farraz nak mematikan talian itu, Zarul terlebih dulu menghalang.

"Berita apa pulak, aku dah lewat ni." Keluh Farraz. Meskipun begitu dia tetap membuka aplikasi whatsapp.

"Berita ni lagi penting daripada meeting kau!" Ujar Zarul membuatkan Farraz mengerutkan dahi.

HUBUNGAN MESRA QALISYA DAN LELAKI MISTERI DI TEPI PANTAI.

Tajuk berita itu langsung tak menarik perhatian Farraz tapi disebabkan Zarul, link website itu dia buka.

"Kecoh cerita pasal kau dan Qalisya."

Belum sempat Farraz membaca penuh berita itu, Zarul sudah menyampaikan perkara itu kepadanya.

"Cerita aku...?" Soal Farraz kebingungan.

"Ya. Kau dan Qalisya."

Pautan artikel dibuka dan Farraz menganga apabila gambar dia dan Qalisya terpapar di permulaan berita.

"Siapa yang ambil gambar ni?" Itu soalan pertama yang keluar dari mulut Farraz.

"Ha, itu yang aku nak tahu. Aku tak rasa kau yang plan semua ni. Aku rasa Qalisya." Ujar Zarul.

Farraz termenung seketika apabila mendengar ayat Zarul. "Kenapa pula Qalisya nak buat benda ni?"

"Manalah aku tahu. Maybe dia desperate nak tunjuk kat orang yang dia ada boyfriend?"

Farraz mengeleng-geleng. Andaian Zarul dirasakan tak masuk akal. "Tak mungkinlah. Aku tak rasa Qalisya macam tu."

Zarul mendengus. Dia tak suka apabila Farraz cuba berfikiran positif dengan perempuan itu. Dia yakin perempuan itu bukanlah perempuan yang baik.

"Aku tahu kau risau, tapi bila dah sembang dengan Qalisya semalam, aku rasa dia berbeza dari apa yang kau fikir." Terang Farraz. Zarul terlalu mudah percaya khabar angin.

"Habis tu, kau tak pelik ke tiba-tiba artikel macam ni keluar? Tak pernah lagi aku tengok artikel macam ni pasal Qalisya. Selalu pasal perangai dia je."

Makin berkerut dahi Farraz. "Kau tak suka Qalisya tapi kau ambil tahu pasal dia?"

"Eh, bukan kau ada meeting ke pagi ni?" Zarul tiba-tiba menukar topik.

Mendengar saja perkara itu, kelam-kabut Farraz bangun. "Weh, tutup. Tutup. Aku nak mandi. Dah lambat."

Farraz terus berlari ke bilik air manakala Zarul pula ketawa mengekek dengan gelagat sahabatnya itu.

-----------------

Farraz melajukan langkah. Dia perlu mengejar Qalisya.

"Isya!"

Terkejut dia apabila bukan hanya Qalisya yang berpaling ke arahnya. Semua yang ada di mesyuarat tadi berpaling ke belakang. Mereka nampak terkejut. Hanya seorang dua yang tersenyum-senyum.

Muka Farraz merona merah. Entah kenapa dia malu. Lebih-lebih lagi apabila Qalisya yang selama ini dikatakan dingin sedang tersenyum mesra kepadanya.

"Ya, kenapa?"

Nyaris pengsan Farraz apabila mendengar suara lembut Qalisya. Dia terasa seperti sedang bermimpi. Mana pergi Qalisya yang garang dan dingin yang selalu diceritakan Zarul?

Mungkin tersedar perubahan ketara dirinya, Qalisya berdehem. Dia kembali serius. "Ikut aku."

Berkerut dahi Farraz melihat gelagat perempuan itu. Sekelip mata dia berubah. Benarlah kata orang, perempuan itu makhluk yang aneh. Namun begitu, dia tetap melangkah mengikut Qalisya.

Mereka sampai di satu tempat yang sunyi. Qalisya berhenti dan berpaling ke belakang.

"Ada apa kau nak jumpa aku?"

Farraz senyum. Qalisya yang serius sudah kembali. Dia berpaling ke kiri dan kanan. "Kita dua je sekarang, mana Qalisya yang sebenar?"

Qalisya nampak terkejut. Tapi, Farraz mengabaikan perkara itu. Dia perlukan penjelasan daripada Qalisya. Telefon bimbit dikeluarkan.

"Apa ni?" Farraz menayangkan skrin telefonnya Qalisya.

"Haa?? apa ni?" Qalisya merampas telefon  di tangan Farraz. Matanya bulat melihat artikel di skrin telefon lelaki itu.

"Itu yang aku nak tahu. Cerita ni pasal kita berdua, kan?" Soal Farraz.

"Ni baju yang aku pakai semalam! Siapa punya kerja pulak ni?" Ujar Qalisya. Tangannya tak berhenti scroll skrin telefon Farraz untuk membaca berita itu.

"So, ni bukan kerja kau?"

"Of course not!" Qalisya menjawab dalam nada yang agak tinggi. Apabila tersedar yang dia hampir menengking Farraz, Qalisya meminta maaf. "Sorry. Aku tak sengaja."

Farraz mengangguk-angguk. "Tak apa." Dia faham. Kalau bukan Qalisya yang buat, memang logik dia marah apabila dituduh begitu.

"Aku tahu kau curiga tapi aku pun boleh tanya benda yang sama. Ni kerja kau ke?"

Farraz tak menjawab. Dia baru tersedar perkara itu.

"Lagipun dah sah-sah ni bukan kerja aku. Kau tengoklah gambar ni. Aku nampak berisi. Gelap pulak tu. Tengok dia edit gambar kau. Nampak terlalu handsome, macam fake pulak."

"So, kau nak cakap aku hensem la ni?" Farraz senyum sinis. Keningnya diangkat-angkat.

"Nope! Aku nak cakap kau fake!" Kutuk Qalisya selamba sebelum dia memulangkan telefon Farraz dan mula melangkah.

Farraz tergamam dengan perangai selamba Qalisya. Dia kemudiannya ketawa. Perempuan itu langsung tak sama dengan apa yang diceritakan Zarul.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 23 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NOT INNOCENTWhere stories live. Discover now