🌷: 004

106 56 4
                                    

SENJA meluruskan tulang-temulangnya akibat terlalu lama duduk di atas kerusi kerjanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SENJA meluruskan tulang-temulangnya akibat terlalu lama duduk di atas kerusi kerjanya. Matanya melotot ke arah bilik bosnya. Sejak pagi tadi macam-macam kerja dia suruh Senja buat. Kerja yang sapatutnya bukan miliknya pun Langit suruh dia buat.

“Senja!” Suara Langit yang memanggilnya membuatkan Senja segera beristighfar, menyabarkan hati. Boleh saja kan guna telefon, tak perlu nak terpekik-terlolong.

“Ya Encik Langit?” Senja berdiri sopan di hadapan meja Langit yang sedang kelihatan sedang sibuk menghadap skrip komputernya.

“Photostat dokumen ni satu set.” Sebuah fail tebal diletakkan di hadapannya.

“Yang ni 10 salinan. Aku nak guna petang ni pukul 3. Siapkan 15 minit sebelum meeting mula. Tak siap mati kau aku kerjakan.” Sebuah fail lain ditindih di atas fail tadi. Tak selesai disitu, Langit kembali menyambung.

“Yang ni pula lima salinan. Tolong binding sekali. Dengan kemas.” Sebuah lagi fail diletakkan di atas mejanya.

“Dah sana keluar. Nak muntah aku tengok muka kau lama-lama.” Langit terus tunduk menaip sesuatu pada laptopnya. Wajahnya serius, seolah sedang menguruskan sesuatu yang penting.

“Baiklah,” sahut Senja pendek. Sebelum keluar dari bilik puaka itu, sempat dia mencuri pandang ke skrin laptop Langit. Sibuk betul nampaknya. Tengah uruskan apa agaknya? Logo ‘X’ berwarna biru tua itu benar-benar membuatkan darah Senja naik mendidih. Twitter!?

Laju kakinya diatur keluar. Kenapa mesti suruh aku buat kerja ni? Kenapa tak suruh office boy buat? Kenapa aku? Kenapa!? Hati Senja memanas.

Belum sempat dia keluar, suara Langit menghentikannya.

“Buatkan aku air. Kopi.” Arah Langit tanpa mengangkat wajahnya daru skrin laptop.

“Baik Encik Langit,” ucapnya lembut walhal dalam hati sudah berbakul menyumpah seranah lelaki berwajah model ini. Nafas dihembus perlahan. Sekarang nak suruh aku jadi tea lady pula?

“Baik? Oh aku tahu aku memang baik, susah-susah je puji.” Balas Langit selamba, sengaja memanaskan lagi hati Senja.

Senja mencemikkan wajahnya. Baik? Eh aku tak gila lagi la nak puji kau tu baik. Menyampah! Segera langkah kakinya dibawa beredar dari situ.

Langit tersenyum sinis melihat langkah Senja yang sudah menghilang dari biliknya. “Kau takkan bertahan lama, perempuan gila.” Dia tertawa sinis, mengatur rancangan untuk mengenakan Senja selepas ini.

Beberapa minit kemudian, Senja kembali masuk membawa secawan kopi lalu diletakkan dengan berhati-hati di hadapan Langit.

“Jemput minum, encik.” Pelawanya.

“Aduh!” Terkocoh-kocoh Langit mengeluarkan lidahnya yang terasa pedih itu. Panas woi!

“Kau ni nak bunuh aku ke apa? Panas gila! Pergi buat yang baru!” Langit memandang tajam wajah Senja yang sedikit terkejut tadi. Kalau dah menjerit macam nak bagi satu alam dengar, siapa saja tak terkejut?

KITA & WAKTUWhere stories live. Discover now