🌷: 006

96 48 10
                                    

LANGIT terkekek sendiri melihat wajah masam Senja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGIT terkekek sendiri melihat wajah masam Senja. Sejak dia balik dari makan tengah hari tadi, gadis itu langsung tidak memandangnya. Jika pandangan mereka sekalipun bertemu, Senja akan langsung menjelingnya.

Di luar, berbakul-bakul makian yang Senja berikan padanya. Mulutnya dari tadi terkumat-kamit menyumpah seranah bosnya itu. Macamlah dia tak sedar yang dari tadi Langit seronok mentertawakannya. Suka betul dia menganiaya seorang Senja.

“Sabar Senja,” nasihat Aqilah mengelus-elus belakang tubuhnya lembut.

“Tengah sabarlah ni, kalau tak sabar dah lama saya bakar office dia tu. Sehari kalau tak buli saya tak aman agaknya hidup dia.” Rengus Senja kesal. Kalau tak memikirkan susahnya sekarang untuk mencari kerja, dah lama dia berhenti.

Aqilah hanya menggeleng perlahan.

“Senja, masuk!” Suara Langit menyeru kedengaran dari interkom.

“Hah tengok tu, tu mesti nak kenakan saya lagi tu.” Senja merebahkan kepalanya ke atas meja. Ya tuhan sumpah aku penat! Jeritnya dalam hati.

“Dah-dah, pergi masuk. Nanti dia mengamuk.” Aqilah cuba memberi semangat. Kesian sebenarnya dia lihat Senja yang tak habis-habis dibuli oleh Langit. Tapi kalau tak bergaduh, rasa sunyi pula. Haih, entahlah.

Nafas panjang terhela. Senja tersenyum lemah kepada Aqilah. Kalau tak ada Aqilah yang selalu menyabarkannya, dah jadi gila rasanya dia.

Senja mengetuk pintu pejabat Langit.

“Masuk!”

Langit menahan tawa pabila wajah cemberut Senja menyapa kornea matanya. Macam muka monyet terminum cuka, masam semacam. Hah engkau tayanglah muka gitu, lagilah aku nak buli kau. Langit gelak jahat dalam hati.

“Siram pokok kaktus aku, lepas tu kau pergi periksa stok kopi aku dekat pantri ada berapa, aku rasa tinggal sikit. Nanti sebelum balik kau pergi restock. Esok aku tengok kau tak restock, mati kau.”

Dalam hati Senja beristighfar, cuba menahan amarah. Mana tidaknya, semua kerja-kerja itu sepatutnya bukan tugasnya. Dah macam pembantu rumah dibuatnya. Senja takkan terkejut kalau esok-esok Langit suruh dia iron baju atau siapkan sarapan untuk dia.

“Baiklah Encik Langit, ada apa-apa lagi ke?” Senja senyum plastik. Kalau ikut geramnya, mahu botak kepala di Langit itu dikerjakannya. Sabar sajalah, Senja.

“Kau ada lesen kereta, kan?”

Senja mengangguk. Ah sudah. Aku rasa tak sedap hati ni, bisiknya dalam hati. Lagi-lagi bila melihat senyum yang penuh dengan muslihat seketul Langit itu, tambahlah Senja rasa seram sejuk.

“Kau pergi isi minyak kereta aku. Nah kunci,” Langit menyorong kunci keretanya pada Senja, membuatkan darah gadis itu makin menggelegak.

“Alang-alang tu tolong singgah Mixue, teringin pula aku.” Sambungnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KITA & WAKTUWhere stories live. Discover now