"Weh Naim!" Jeritan Hakeem kedengaran di kawasan perjumpaan merekaKahar, Hakeem, Ariz, Zahrin, Fakhri, Ayam...dan kesemua mereka datang untuk misi menyelamatkan kawan mereka iaitu Amira
"Weh weh tolong aku please, tolonglah! Bini aku hilang, aku pun tak tau dia kat mana sekarang ni! Aku sekarang tengah buntu nak fikir mana nak cari! Sudah lah dia tu mengandungkan anak aku ya Allah!.." Adu Naim
Kesemua mereka menggosok dan menepuk badan Naim sekali sekala memberi nya semangat untuk mencari Amira. Mereka turut risau tentang nya
"Kau...dah buat laporan polis? Apa dorang cakap?" Ariz mula bersuara
"Diorang kata, diorang akan cuba untuk cari di merata tempat yang jarang orang pergi, atau bangunan yang dah lama kene tinggal. Sekarang aku tengah tunggu keputusan polis. Tapi aku tak boleh lah duduk diam je, aku nak diri aku sendiri jugak jumpa isteri aku!" Bersungguh Naim berkata
Tidak lama selepas itu, terdengar seorang anggota polis menerpa ke arah mereka. Sepertinya ada sesuatu hendak ditanya
"Assalamualaikum encik, saya anggota polis yang turut terlibat dengan kes isteri encik yang hilang ni...hanya nak memberitahu bahawa kami belum dapat menjumpai isteri encik selepas 3 jam kami mencari isteri encik di merata tempat yang kami syak menjadi tempat dimana isteri encik diculik dan dikurung masa ini".
"Waalaikumsalam encik, betul-betul lah yang encik belum jumpa isteri saya dekat mana-mana?!" Tanya Naim dengan takungan air mata yang menunggu masa untuk melimpah keluar
"Ya. Betul encik, tapi kalau encik mahu mengikuti kami beroperasi mencari isteri encik kami boleh izinkan"
Mendengar kata anggota polis itu terus bersinar mata Naim, dia bersemangat untuk mencari isterinya yang hilang itu
"Kalau macam tu, kita boleh sambung mencari isteri encik. Kalau encik ada apa-apa, encik boleh hubungi saya terus. Nah ini nombor telefon khas untuk kami beroperasi pada waktu kecemasan bersama orang awam"
Tanpa sebarang kata diucap, Naim dan yang lain menaiki motor berkuasa tinggi untuk misi mencari Amira. Dalam hati jangan cakap lah, sudah doa macam-macam
"Kita berpecah ye encik!" Naim sekadar mengangguk tanda setuju
--------------------------------------------------
Di tempat lain..
"Eh pompuan! Kau bangun sekarang!"
Amira mencelikkan matanya apabila pipinya terasa ditampar oleh seorang yang menculiknya
Datang seorang lelaki membawa makanan untuk diberi kepada Amira
Perut Amira sudah 2 hari tidak berisi, dia tidak berhenti berdoa agar anaknya di dalam kandungan baik-baik sahaja
"Aku bawa kan kau makanan, aku nak kau makan sampai habis. Kalau tak habis...baik kau mati je dengan anak kau" kata perempuan yang kononnya mengetuai penculikan itu
Bungkusan makanan itu dilemparkan dihadapan Amira. Kejam punya manusia!
Amira mula mengesot untuk mendekati makanan tadi. Dengan tangan yang berikat dia hendak makan untuk mengisi perut yang sedang berbunyi
Dia tidak bergerak untuk menyuap makanan kedalam mulutnya. Dia masih berfikir macam mana nak makan
Buta ke diorang ni? Aku tangan berikat kot, nak makan macam mana? Bodoh!
"Eh kenapa kau tak makan?! Aku dah bagi makanan tu makan lah!!" Perempuan tadi mula menjerkah Amira dan mendekatinya
"Oh, aku lupa. Tangan kau kan berikat...macam mana nak makan ye tak? Tak apa lah..aku tolong suap kau eh. Kesian pulak anak kau nanti lapar...tak pasal pasal mati pulak dalam perut HAHAHHA!" katanya lagak seorang psiko
YOU ARE READING
Adakah Kita Kan Bahagia?[C]
RomanceAmira Adriana dan Nor Naim adalah sepasang kekasih dari zaman persekolahan mereka di KUDRAT. Dan mereka bercadang untuk melangkah ke alam perkahwinan. Tetapi, mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah mereka akan berbahagia semula...